TuneList - Make your site Live

Thursday 1 August 2013

VERSUS

Assalammualaikum hidup.Lagi seminggu nak raya.Cepatnya masa berlalu.Rasa macam baru semalam sambut 1 Ramadhan.Rasa macam aku buat apalah sangat bulan ni.Hmmm.Duduk rumah ni aku keja dok baca novel aje laa.Dah berapa banyak buku dengan ebooks aku baca.Hehehe download je ebooks.Free.Cuma pening laa sikit sebab kekadang mengadap lappy dua tiga jam.Lagi best baca buku sebenar boleh baring bergolek sampai tertidur.I can't wait to see USM's library.It seem so big in the photo.(mood heksaited dah datang).Borders pon dekat.Kat situ leh gak baca buku free.Ohhh heaven sebentar.
 
Recently I just reread VERSUS by HLOVATE.Novel Hlovate ni lah satu-satunya novel yang aku boleh baca banyak kali.Even dah tau jalan cerita,tapi sebenarnya bukan nak tengok jalan cerita tu sangat nak tengok mesej dia bawak.Tak kisah laa Ed'sassin yu end up dengan sapa.Kenapa novel ni nama VERSUS.Sebab novel ni mengenai perubahan hidup 180 darjah.Dari totally change la jugak.Kisah macam mana Ed ngan AO ni ubah haluan hidup ke arah yang lebih baik.Dari budak jalanan kepada pecinta Tuhan.Sememangnya HLOVATE ni pernah mengalaminya sendiri dan dia memahami bahawa perubahan itu agak perit dan susah.Sebab kadang-kadang benda yang kita nak tinggal tu memang dah kita sayang sangat.Dek kerana kejahilan,benda yang luar alam pun dah jadi normal.
 
Paling best adalah ayat yang cakap “Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Al - Quran hari-hari, tapi main bola nampak kepala lutut,tak cukup balik lagi.Atau kalau solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang bukan mahram sesuka hati, tu belum cukup baik lagi.”.Enough to explain the situation in Malaysia.Kan.Nak kata kita completely jahil tak jugak.Kita tahu solat.Kita tahu aje hukum hakam.Macam kat sekolah tak belajar.Tapi budaya jahiliyah yang macam dah biasa kat sini.Semua orang pon rasa biasa.Bukannya kita tak solat,tapi benda lain on jugak.Sebabnya kita tak dapat apa sebenarnya Islam nak sampaikan.Kalau kita melihat agama itu lebih kepada budaya.Kita tak dapat nilai tarbiyah tu.Macam zombie.Mati tapi hidup.Hidup tapi mati.Frankly, most of us are facing the same situation.And luckily most of us still try to find back the right path.But we often tremble down in the middle of the way.Because this dunya is just full of fake happiness.
 
VERSUS mengetengahkan konsep domino's effect.Domino's effect ni adalah bila satu domino yang disusun paling depan sekali ditolak domino yang lain akan jatuh berturut-turut.Konsep ni bermula dengan mengenal siapa Pencipta kita.Bila dah ada rasa cinta dan takut akan azabNya kita akan patuh arahan dan laranganNya.Kita mula belajar cara ibadah yang betul.Mula cuba fahami bacaan solat.Baca tafsir.Baca hadis.Belajar ilmu agama.Dan praktikkan agama dalam hidup.Satu demi satu benda tu akan wujud.Kalau kita betul faham dan ikhlas.Sebab kita tahu apa tujuan kita hidup kat dunia.Dan kita bukan sekadar buat sahaja tetapi mengambil hikmahnya.Cakap memang senang.Tapi bila nak buat tu rasa susah sangat.Tapi at least kita cuba."You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better".Insya Allah.
 
“Bukan mudah untuk berubah... dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.” 
 
“Changing for good ain't a crime.”

 




No comments:

Post a Comment