TuneList - Make your site Live

Thursday 9 May 2013

The AFTERMATH of the result

Assalammualaikum hidup.Wahhaaa hari yang dinanti telah tiba.Semuanya sudah terjawab.Tepat pukul 9 pagi semua pelajar UiTM mendapat habuan masing-masing.Dari yang selalu bangun dikala matahari terpacak,terbangun dengan sendirinya dek sindrom kecuakak melampau.Tapi segalanya sudah terjawab.Ada yang gembira mengalahkan kucing dapat ikan goreng.Ada yang hanya memblurrkan diri.Ada yang frust nongengg.Yang penting apa pon keputusannya terimnalah dengan redha.Kerana itu lah yang sebaik-baiknya sudah pon tertulis.
 
 
 
Macamana ngan aku?Pertama sekali time aku buka portal student hati aku sedikit kencang.Tapi bila dah terpacul keluar.Alhamdulillah aku lulus kesemuanya.Aku sudah menjangkakannya.Meskipun ada kecelaruan untuk satu subjek yang amat penting.Tapi yang anehnya aku tersenyum.Aku redha.Sebab aku tahu aku dah buat sehabis baik.Dan aku bahagia subjek yang agak suka aku dapat cemerlang.Alhamdulillah for that.Then aku sedar inilah satu penyedaran yang ALLAH bagi.That I'm good in some other ways.Kadang2 kita nampak kita nak yang tu jeee.Tapi pikiaq2 balik betoi ka kita nak yang tu.Kita dah selam ke apa kemahiran kita.Ternyata keinginan itu hanyalah nafsu semata2 tanpa mengaplikasikan akal yang waras.
 
 
Sekarang aku lega.Aku bersyukur kerana ALLAH telah memberi aku hati yang redha dan berlapang dada.Dulu aku agak terkurung dengan skop yang amat menekan aku sehingga aku tak berusaha untuk menjadi diri sendiri.Aku berusaha untuk memuaskan hati orang lain.Aku cuma takut dikata dan dipandang aneh dek kecemerlangan melampau di zaman lampau.Tolonglah jangan kait sekolah rendah aku dengan PMR dengan SPM.Semua itu rezeki aku di waktu dulu.Dan kini siapa tahu.ALLAH dah tetapkan pada aku.Jadi buat penilai2 diluar sana aku tidak kesah sebab aku hanya mahu dinilai oleh yang maha ESA.Sekarang aku selesai menganalisa result aku.Aku cuma tinggal ingin bertanya pendapat dari parents yang tercinta dari rakan2 yang serba memahami.Dari senior yang x jemu membantu.Dari guru2 yang x pernah prejudis.
 
 
 
Aku tumpang gembira buat rakan yang berjaya.Kalau ada slack sikit tu chill laaa.Tak de sape pon sempurna.Tu maknanya dah tiba masa untuk bangkit.Jangan kecilkan skop hidup anda dek kerana tertekan dengan impian masa lampau.Ketahuilah bumi itu luas.Dan rahmat ALLAH itu terlalu luas.Kalau rasa nak teruskan impian itu bonus.Sebab setiap kejayaan itu pasti ada kegagalan.Jangan mengalah itu sahaja.Wiwiwiwiwiwi kalau kita rasa kita terok ketahuilah ade yang lagi terok.Be thankful.Jadi dah tiba masa kita nak mengorak langkah lebih power lagi wakakaka.Kita masih muda.Memang ajal itu ketentuanNYA.ALLAH menilai dari kesungguhan kita bukan dari apa yang kita dapat.Buat apa dia nak tengok apa kita dapat.DIA dah ternyata MAHA KAYA LAGI MAHA AGUNG.So its quality not quantity.
 
 
 
And one more thing.Ketpikanlah segala impian keduniaan nak kereta Feghagi,rumah banglo 20 thengkat atau apa2 aja.Just be true.Berusaha untuk jadi cemerlang.Berusaha untuk berbakti.Berusaha untuk membuat sesuatu sepenuh hati demi kebaikan seluruh jagat raya.Nescaya segala kesenangan itu akan datang sendiri kepada kamu.AUTOMATIK.Kalu tidak sekarang di akhirat sana.InsyaALLAH.So wish me for the best.And good luck for you guys.It's okay if you wanna let all the tears to rush away all those pain and regrets.But it's a blessing if you just keep smiling and be thankful to the ALMIGHTY.Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.Okay thats all.tata SALAM UKHUWAH. :D (hugss)
 
 


Wednesday 8 May 2013

Syndrome Kromonmon RESULT

Assalammualaikum hidup.Dikala hari ini ramai yang menghapdet status untuk hari esok.Mereka itu adalah sahabat aku dari PALAM.Sesetengahnya menge-tag aku.Ada apa dengan esok??Esok adalah hari yang boleh membuatkan jantung seseorang berdegup lebih kencang.Huhhh dasyat.Satu perkataan yang akan buat orang mengetap gigi setelah 8 bulan bergelar pelajar ASASI.Yaaa perkataan itu lumrah yang harus dihadapi oleh golongan pelajar.RESULT.
 
 
 
Entah mengapa.Aku berasa sedikit kering dengan fenomena ini.Mungkin kejadian yang menimpa aku minggu lepas yang sedikit menganggu fokus aku dan aku lebih gigih memulihkan diri.Secara jujurnya aku bukanlah student yang excellent.Apa yang aku dapat sekadar cukup2 sahaja.Kadang2 teruk kadang2 okey.Aku akui aku sedikit banyak bermain dan kurnag fokus.Namun aku tak nafikan aku juga USAHA.Aku rasa kering sebab aku dah USAHA.Itu aje.Sebab parents aku selalu cakap "Adik dapat apa pon mak dengan abah terima jaa.Janji adik dah usaha"Kata2 itu lah yang dilaungkan sejak aku di zaman sekolah lagi.Dan aku rasa bersyukur dapat parents yang dapat menerima apa sahaja keadaan anak mereka dan membesarkanku yang terlebih besar dengan sepenuh hati ikhlas lagi jujur.
 
Semalam aku menjengah video ceramah Yasmin Mogahed.Rasanya semua orang kenal kot wanita peyymess ini.Ada satu ayat yang dia kata "Kita selalu mintak yang kita nak yang ini nak yang itu".Sepatutnya kita kena mintak macamni"Ya ALLAH berikanlah aku yang terbaik...jika sesuatu itu bukan untukku jauhilah aku darinya..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui".Itu yang sepatutnya.Apa yang penting ialah redha dengan apa yang ALLAH beri.Sebab boleh jadi kita suka sesuatu padahal ia buruk untuk kita.Boleh jadi kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita.Aku ingin mencekalkan hati apa yang bakal diterima esok.Kerana aku percaya itu yang terbaik.Dan apa pon rentaknya pasti ALLAH mahu aku lebih dekat padanya.Itu pasti.
 
 
 
Jadi buat kawan2 yang cuak semedang.Ketahuilah bahawa aku jua cuak.Tapi apa pon yang kita dapat terimalah dengan hati yang redha.Aku percaya kalian pasti baik2 sahaja.Frankly..aku kurang senang jika ada yang menerjah untuk menanya result.Yaaa aku kedengaran agak ekstrem di sini.Tapi itulah yang aku minta.Dari dulu lagi aku x suka.Dan menanyakan result orang bukan laa hobi aku.Aku tahu kadangkala kita x bersedia untuk berkongsi.Kadangkala kita bahagia untuk berkongsi.Tapi biarlah saat berkongsi itu sama2 ada rasa setuju untuk berkongsi.Bukannya kadang2 x nak bagitahu tapi diri ini memerlukan masa untuk retreat.Lambat laun tau jugak kan.Kalau dah tanya tu dia macam dolak dalih tu paham2 je laaa.Bagi dia masa.Jangan jual ikan.Nanti x laku.
 
Apa2 pon doalah yang terbaik.Untuk yang terbaik dan juga untuk ketabahan hati.Ameen.Bila dah dapat result nanti cerah sikit kepala ni.Boleh laa decide betoi2 dalam UPU.Masa ni lah kita nak kena kaji dan rancang balik dengan betol apa yang kita akan buat nanti.Jika dulu ada salah.Baiki.Kalau cemerlang.Improve.Apa pon hiduplah untuk hari ini.Jangan biarkan masa lalu mengurung kita dan masa hadapan menjerat kita.Buat lah yang terbaik untuk hari ini.Dan yang paling penting janganlah menunding jari kepada sesiapa.Kerana masing2 dah buat yang terbaik.Dan apa yang boleh diulangkan TERIMA TERIMA TERIMA dan senyoomm..Okay jadilah hero untuk diri anda untuk selamatkan diri dari kehibaan mahupon ketakburan.
 
 
 
Yup akhir kata.Jangan pernah putus asa dari rahmatNYA.Tak perlu nak berduka-lara.Cheewwahhh...harap2laaa.All the best untuk semua dan selamat melangkah ke alam DEGREE.Okey x tau nak type ape daa...tata.SALAM UKHUWAH.
 


Sunday 5 May 2013

coretan seorang hamba ILAHI :'(


Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi

Assalammualaikum hidup.Meskipun khabar imanku sedikit tenat aku harap ALLAH masih menyiramnya dengan hidayah.Wahai hati yang goyah yakinlah kerana ALLAH itu maha penyayang.Janganlah kau berputus harap dengan rahmatnya.Teruslah mencari dan mencari walau harus rebah berulang kali moga bahagia di sana yang lebih abadi.

 
 
Dulu aku rasa semuanya okay2 saja.Namun ternyata iman aku sakit.Sakitnya bagai dicucuk2 dikhianati aku yang bergelar insan.Dimana silapnya?Ternyata banyak silapnya.Hati ini umpama biskut chipsmore butter yang ada choco chip.Choco chip itulah lompang2 noda aku selama aku berjalan sebagai manusia.Iman aku juga bagaikan biskut.Ya ALLAH terima kasih kerana kau melandakan taufan pada hati aku.Agar aku sedar dan sedar apa khilaf yang aku acap kali mainkan.Mungkin dikala ini aku sedikit menderita mendengar bisikan kehatiku yang bukan2.Ternyata kau mahu aku lebih mengingatimu.Bukan sekadar ingat tapi penuh ketulusan dan kecintaan.
 
Sebagai hamba kepada pencipta aku harus tahu yang Dia menyayangi aku dan mahu aku sentiasa membaiki diri aku.Dalam Al-quran sudahpun mengatakan bahawa yang baik itu jelas dan yang batil itu jua jelas.Kita jualah yang memilihnya.Namun diwaktu dulu aku buta.Bukannya tidak aku menyelak kitab suci itu tapi aku hanya sekadar membaca tanpa ku fahami.Hinggalah pabila tafsir diamati satu per satu disitulah mulanya tersingkap apa yang telah lama tertutup.Aku sememangnya tidak boleh biarkan diri aku tersipu-sipu tanpa usaha untuk menggapai redhaNya.Aku cuma mengharapkan keimanan aku tegap dan kukuh hingga ke nafas yang terakhir.Aku juga menantikan jannahMU.Namun aku masih sangat jauh darinya.Tapi aku benar-benar ingin kesitu.Maka tidak pantas untuk aku duduk tergandah bersama picisan2 dunia ini.

 
 
Ternyata agamaMU ya Rabb sempurna bagi umat manusia.Sama ada untuk memekakkan telinga atau membuka seluas2nya.Tuhan tidak akan membebani aku melebihi apa yang aku mampu.Maka putus asa itu harus tidak ada lansung dalam sekelumit hati yang ingin menerjah hidayah.Aku tahu bukannya susah untuk menjadi hamba yang sejati.Namun godaan syaitonirajjim membuatkan terkadang aku lemas dalam manisnya gula dunia yang ternyata akan bertukar menjadi racun yang paling bahaya.Ledakan2 ingin berfoya hidup segan mati tak mau yang diamalkan banyak menzalimi diri aku.Hatta akulah yang rugi.Rugi serugi-ruginya.
 
Biarlah jatuh bangun aku di medan ini menjadi bukti bahawa aku masih mencari redhaMU ya ALLAH.Sinarkanlah panduan buat aku meredah lautan dusta yang berkalang.Biarlah aku sepenuhnya di dalam agamaMU bukannya aci main celup kejap oke kejap jahanam.Aku tahu iman manusia itu ada turun naiknya.Sebab itulah kena kena usaha.Usaha yang bakal membawa kebahagian abadi.Bukannya sekejap2 macam kat dunia ini.Hidup di bawah syariatMU amat indah.Ternyata engkau menetapkan segalanya2 demi kebaikan hamba2mu.Namun sedikit sekali kami mahu mengerti.Yang batil itu dirasakan lebih bergaya dan membahagiakan.
 
Ya ALLAH berilah jua kesempatan juga kekuatan untuk aku bersama-sama meneraju medan rahmatMU bersama2 saudara ku yang lain.Aku tahu aku ini masih terlalu lompang hatta jalan pon terhinjut2 bagaikan si capik.Temukanlah aku dengan insan yang akan menuntunku agar aku tidak lagi capik agar langkahku lebih bergaya dan osem.Selama ini aku segan berdamping dengan mereka kerana perspektif minda aku yang amat tidak cerdik.Ternyata aku membutakan mata aku terhadap apa yang jelas.Maka berilah aku kesempatan lagi untuk bertemu tangan2 yang akan menarikku masuk ke JANNAHMU ya Rabb.Alhamdulillah selama aku bernafas kau dampingkan aku dengan insan2 yang cukup menghargai aku dan menyayangi aku.Redhailah mereka ampunkanlah dosa mereka terutama kedua ayah bonda ku yang tak pernah jemu atau jelek pada aku yang penuh kehinaan ini.
 
Ya ALLAH seandainya aku terjatuh sekali lagi.Maka bangunkanlah aku.Kerana tiada apa yang dapat membantu aku selainMU.Terimalah aku sebagai hambaMU.Approve kan lah hambaMu yang masih di ambang jahil ini.Aku mahu mencekalkan hati aku dek dugaan yang baru secebis dari ILAHI.Maka aku berharap sesiapa jua sudi mendoakan aku.Moga kita bersama-sama selamat sampai ke pelabuhan sana walaupun terkadang dipukul gelora mahupon tsunami....AMIN.Ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH tetapkanlah hatiku yang berbolak balik ini.Kerana hanya Engkaulah sebaik-baik pelindung... (tears)
 
 
Lestarikan wadi kalbuku oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
Namun ku masih mengharap ampunanMu