TuneList - Make your site Live

Wednesday 8 May 2013

Syndrome Kromonmon RESULT

Assalammualaikum hidup.Dikala hari ini ramai yang menghapdet status untuk hari esok.Mereka itu adalah sahabat aku dari PALAM.Sesetengahnya menge-tag aku.Ada apa dengan esok??Esok adalah hari yang boleh membuatkan jantung seseorang berdegup lebih kencang.Huhhh dasyat.Satu perkataan yang akan buat orang mengetap gigi setelah 8 bulan bergelar pelajar ASASI.Yaaa perkataan itu lumrah yang harus dihadapi oleh golongan pelajar.RESULT.
 
 
 
Entah mengapa.Aku berasa sedikit kering dengan fenomena ini.Mungkin kejadian yang menimpa aku minggu lepas yang sedikit menganggu fokus aku dan aku lebih gigih memulihkan diri.Secara jujurnya aku bukanlah student yang excellent.Apa yang aku dapat sekadar cukup2 sahaja.Kadang2 teruk kadang2 okey.Aku akui aku sedikit banyak bermain dan kurnag fokus.Namun aku tak nafikan aku juga USAHA.Aku rasa kering sebab aku dah USAHA.Itu aje.Sebab parents aku selalu cakap "Adik dapat apa pon mak dengan abah terima jaa.Janji adik dah usaha"Kata2 itu lah yang dilaungkan sejak aku di zaman sekolah lagi.Dan aku rasa bersyukur dapat parents yang dapat menerima apa sahaja keadaan anak mereka dan membesarkanku yang terlebih besar dengan sepenuh hati ikhlas lagi jujur.
 
Semalam aku menjengah video ceramah Yasmin Mogahed.Rasanya semua orang kenal kot wanita peyymess ini.Ada satu ayat yang dia kata "Kita selalu mintak yang kita nak yang ini nak yang itu".Sepatutnya kita kena mintak macamni"Ya ALLAH berikanlah aku yang terbaik...jika sesuatu itu bukan untukku jauhilah aku darinya..sesungguhnya Engkau lebih mengetahui".Itu yang sepatutnya.Apa yang penting ialah redha dengan apa yang ALLAH beri.Sebab boleh jadi kita suka sesuatu padahal ia buruk untuk kita.Boleh jadi kita benci sesuatu padahal ia baik untuk kita.Aku ingin mencekalkan hati apa yang bakal diterima esok.Kerana aku percaya itu yang terbaik.Dan apa pon rentaknya pasti ALLAH mahu aku lebih dekat padanya.Itu pasti.
 
 
 
Jadi buat kawan2 yang cuak semedang.Ketahuilah bahawa aku jua cuak.Tapi apa pon yang kita dapat terimalah dengan hati yang redha.Aku percaya kalian pasti baik2 sahaja.Frankly..aku kurang senang jika ada yang menerjah untuk menanya result.Yaaa aku kedengaran agak ekstrem di sini.Tapi itulah yang aku minta.Dari dulu lagi aku x suka.Dan menanyakan result orang bukan laa hobi aku.Aku tahu kadangkala kita x bersedia untuk berkongsi.Kadangkala kita bahagia untuk berkongsi.Tapi biarlah saat berkongsi itu sama2 ada rasa setuju untuk berkongsi.Bukannya kadang2 x nak bagitahu tapi diri ini memerlukan masa untuk retreat.Lambat laun tau jugak kan.Kalau dah tanya tu dia macam dolak dalih tu paham2 je laaa.Bagi dia masa.Jangan jual ikan.Nanti x laku.
 
Apa2 pon doalah yang terbaik.Untuk yang terbaik dan juga untuk ketabahan hati.Ameen.Bila dah dapat result nanti cerah sikit kepala ni.Boleh laa decide betoi2 dalam UPU.Masa ni lah kita nak kena kaji dan rancang balik dengan betol apa yang kita akan buat nanti.Jika dulu ada salah.Baiki.Kalau cemerlang.Improve.Apa pon hiduplah untuk hari ini.Jangan biarkan masa lalu mengurung kita dan masa hadapan menjerat kita.Buat lah yang terbaik untuk hari ini.Dan yang paling penting janganlah menunding jari kepada sesiapa.Kerana masing2 dah buat yang terbaik.Dan apa yang boleh diulangkan TERIMA TERIMA TERIMA dan senyoomm..Okay jadilah hero untuk diri anda untuk selamatkan diri dari kehibaan mahupon ketakburan.
 
 
 
Yup akhir kata.Jangan pernah putus asa dari rahmatNYA.Tak perlu nak berduka-lara.Cheewwahhh...harap2laaa.All the best untuk semua dan selamat melangkah ke alam DEGREE.Okey x tau nak type ape daa...tata.SALAM UKHUWAH.
 


No comments:

Post a Comment