TuneList - Make your site Live

Monday 29 July 2013

Duit oh duit

Assalammualaikum hidup.Lagi beberapa ketika nak bukak puasa.Bila tenung-tenung bil yuran nak masuk U rasa kepala memusing sedikit.Parents aku pulak tak mau amek PTPTN.Ye lah takut nanti nak bayar hutang susah.Jadi diorang nak tanggung overall.Rasa gigit jari lah plak.Naseb aku anak last.Tapi still lah bila pikir balik banyak ohh nak pakai.Terpikir pulak orang yang memang kena meminjam untuk belajar.Nanti nak kena bayar balik.Kalau pandai jimat tak pe lah jugak.Tapi darah muda memang macam-macamlah dia nak beli.Itulah aku seumpamanya.
 
Aku bersyukur sebab parents aku memang menyimpan untuk aku sejak aku kecil.Duit gaji diorang boleh dikatakan hampir 1/2 disimpan di bank.Alhamdulillah duit yang diorang simpan untuk aku cukuplah untuk tanggung kos belajar aku sampai aku grad.Kena tambah sikit-sikit lagilah.Bukannya diorang tak mampu nak pakai kereta yang best atau nak pakai phone canggih-canggih.Tapi diorang ni sentiasa beringat.Beringat pasal anak-anak.Beringat pasal benda yang penting.Alhamdulillah diorang dah pon tunai haji.Hutang-hutang rumah kereta pon hampir semua nak settle.Gaya hidup sederhana diorang ni lah yang bagi aku pengajaran.Kalau bab makan tak de lah diorang nak mewah mana.Mana pernah bukak puasa kat hotel ka kedai ke.Selalu pergi restoran-restoran marhaen sahaja.Makan kepci ke mekdi ke.Paling tahan pun pi makan kat Kenny Rogers haha.Tu pon sekali.Ayah aku gelak tengok bil dia.Cakap ni boleh makan lima hari ni.Tak sedap mana pon.Nasik ayam periuk besaq lagi sedap.Memang sempoi aje.Makan nasik ada lauk ikan masin ngan telur pon jalan.Aku po rasa semua lauk-lauk tu sedap.Sebab dah terbiasa.Terbawak cara kampung diorang.Mak abah I'm proud of you guys.Rumah pon diorang pandai deko.Tapi buat peringkat-peringkat.Best ja tengok life diorang.Hahaha tapi susah payah diorang dulu sapa yang tahu.
 
Dulu masa ada KPT boleh lah jugak aku berjimba lala.Tapi sekarang ni susah juga.Aim aku nak apply scholar lepas 1st sem.At least duit yang disimpan tu boleh guna untuk benda lain.Kawin ke hahaha.Haraplah dapat.Dan yang paling penting aku kena belajar berjimat.Dan aku aku nak cuba cari duit sendiri sikit-sikit.Mungkin kerja part time.Atau free lancer.Janji tak kacau study.Sekrang ni memang nak kena pandai cari duit.semua benda pon melambung aje harga naik.Kalau tak usaha gigit jari lah kita.Tapi duit tu bukan tujuan hidup.Tapi nak dibuat alat untuk capai tujuan hidup.Kemiskinan tu boleh mendekatkan kita kepada kekafiran.Tapi tu jenis miskin yang tak nak usaha.Tak apa rezeki Allah tu luas.Cari lah.Oke sekrang nak kena buat budget planner.Yuran banyak mana barang nak beli banyak mana.Yang penting belajar JIMAT.kbye.

Sampai bila weh?

Assalammualaikum hidup.Sekarang pukul 3.40 am.And I'm not even deadly sleepy.Ni bahana tido siang lama sangat.Esok dah siang baru bertungkus-lumus nak lelap.Apekah jam biologi aku ni pelik sangat.Mengalahkan orang kerja kilang shift malam.Rajin aku tulis blog sekarang.Rajinlah bukannya ada benda nak buat pon.Bila nak masuk U ni.Haha mode heksaited tak hilang lagi.Nanti dah masuk baru hang tau tingi rendah langit.

Terpikir tetiba.Kita umat kat Malaysia ni bergembira bersama Ramadhan.Tambah nak raya.Ramailah umat yang nak beli dan belah.Kuih raya bertan-tan.Maruku cap Kak Kiah.Saf kat masjid untuk tarawih makin hari tinggalah beberapa urat.Dipelopori geng POP.Apekah itu POP?Persatuan Orang Pencen katanya.Yang lain mungkin tengah giat uli tepung nak buat samperit.Enjut telur nak buat bahulu.Perang mercun dengan kampung sebelah.Tak pun layan drama siri Ramadhan sampai nanges-nanges.Sama aje aku.Di antara sepuluh malam terakhir inilah cik Laila nak datang.Tapi orang lagi giat nak cari Lailatul KAMDAR.ha.ha.ha.Gigit jari fikir sedar sedari kat Mesir,Syria,Gaza dan banyak lagu pelusuk tu.Apa lah yang diorang rasa.Macam mana rasa perjuangan tu.Sedangkan kita kat sini makin hari makin gemuk dengan makanan duniawi.Perjuangan nak masukratu cantiklah.Rasa nak tersembur ayaq milo.Entahlah.Tengok diri sendiri bergeleng-geleng aje lah.Sama aje.Persoalannya sampai bila kita nak riang ria kononnya.Lemas dengan jajahan hedonisme.Konon negara merdeka.Tapi fikiran terjajah tak sudah-sudah.Mungkin inilah suntikan musuh ISLAM kat kita.Hedonisme.Persoalan aku sampai bila?

Terbayang pulak kalaulah tiba-tiba aje bom bom datang mendarat kat bumbung rumah.Machine gun memuntahkan peluru bertalu-talu.Apekah akan jadi pada kita.Dengan iman sekelumit semut.Apakah kita mampu untuk berdiri di medan jihad andai sahaja benar-benar berlaku.Gigit jari.Pengsan.Bila kita tengok dunia luar rasa berdiri bulu roma.Mungkin bukanlah semuanya senang kat Malaysia ni.Tapi adakah kita sampai tahap mereka.Golongan ulama pulak saling bertelagah.Ada jugak manusia yang tak sudah-sudah tabur fitnah.Kadang-kadang rasa macam hidup kat Malaysia ni macam mimpi aje.Bukan realiti bukan.Macam mana negara luar itu kadar indipendasinya yang tinggi.Merongkah mereka untuk langkah lebih maju.Tapikita hanya penuh mimpi-mimpi yang disuap-suap.Budaya suap-suap sampai gemuk tu bermula dari tadika-tadika lagi sampailah ketua.Tiada invensi sedikit sekali inovasi.Macam mana ni?Hanya mampu tengok dan tengok.Sampai bila?Akupon tak tau.Kbye.

Sunday 28 July 2013

HEKSAITED semacam

Assalammualaikum hidup.Wah aku berpagi-pagian hari ni.Baguih laa.Aku rasa aku ni dah kena sampuk mood heksaited nak masuk U ke apa.Hari-hari aku Google segala benda pasal USM.Pasal course aku.Mungkin dah rasa kematu sangat duduk rumah.Yang tak boleh blah nya seniors-seniors giat betul membantu bakal juniors.Dah berapa puluh group kat FB tu ada aku pon tak tau.Syukur laa ada kawan aku seniors diorang tak buat pon.Siap ada group ikot course.Buat countdown laa.Hahaha bakal-bakal juniors tu ponaku tengok lebih kurang aku je.Heksaited lebih.Hua hua.

Yang menambahkan keheksaitedtan aku ni pulaklepas baca major minor.Rasa precious gila.Tapi rasa konpius.Walaupun lambat lagi.Second year baru ada.Tapi aku rasa happy sangat.Antara course minor yang leh amik.Ada seni muzik,seni halus,math,psychology banyak lagi la.Semua yang aku macam ada minat-minat jugak.Tapi mata tu dah tertala kat seni.Hemm insya-Allah kalau tak ada aral melintang.Boleh lah aku kembangkan bakat terendam aku ni.Ehh.

Yang penting thanks a lot kat seniors-seniors.Pencerahan diorang bagi amatlah awesome.Tu kenal-kenal kat FB.Kalau face to face tak tau lah sampai ke tak keDADDYkasian itu.Haraplah sama.Ada yang risau-risau pasal orientasi.Hemm sebab selalu U ni open-minded.Ada yang risau pasal aktiviti tu campur laki pompuan.Menari bergelek menyanyi semua tu.Cemana nak komen hek.Malaysia ni sememangnya agak liberal.Tapi masa orientasi kat UiTM dulu.Tak de lah rasa teruk pon.Duduk asing-asing laki pompuan.Cuma kekadang tu faci ajak nyanyi joget-joget ringan sebab tanak bagi boring.Tapi pandai-pandai lah jaga diri kan.Buat sopan-sopan takde over.In fact benda ni memang lah tak appropriate dengan Islam.Tapi kalau kitanak bash mendadak macamlah nak berkesan.Pelan-pelan.Moga-moga baik-baik sahaja nanti.

Aku haraplah aku jumpa kawan yang boleh support aku.Aku ni bukannya mesra alam pun.Dah la pelik.Kalau ada stok-stok nak buat bajet tu.Babai siap-siap.Hahaha apa nak kisah jadi diri sendiri.Kalau orang boleh terima kita seadanya.Tu lah namanya kawan.Bukan sang talam lima muka yang nak amek kesempatan.Kbye.

Saturday 27 July 2013

Heart whisper ^.^

Assalammualaikum hidup.Dalam aku duduk-duduk fikir pasal diri sendiri.Banyaknya benda sengal aku dah buat.Banyaknya salah sangka yang tak sangka-sangka.Kadang-kadang rasa cam I'm the worst thing ever.But the only fact is I'm still fine.Sebab aku selalu menerjah perspektif hidup dari lensa mata aku.Sikit sangat dia nak lalu ikut otak dengan hati.Terus lekap kat mata lepas tu ungkapkan benda tu.Senang cakap banyak sangat ASSUME.Banyak sangat assume ni lah yang buat jadi tak ketahuan.Biasalah tu aku baru nak belajar.Walau dah besar tagun belajar tu tak akan pernah ada perkataan berhenti.
 
Rasa macam dah banyak kasi.Tapi realiti banyak kena suap ada la.Dalam hati punyalah ronta-ronta nak bebas macam burung.Nak bawak diri dengan bergayanya.Tapi tak fikir tahap apa aku ni kat mata orang yang masih tak mahu bebaskan aku.Diri sendiri pun jalan tak betul.Asyik nak jatuh.Senyum tengok diri sendiri.Maybe it's not the time yet.Yang aku pasti macam dah separuh lepas.Rasanya dah boleh bangun sendiri kalau jatuh.Perjalanan tu mungkin jauh lagi.Mungkin juga cuma beberapa tapak lagi.But to give all my best is the crucial one.Nak bebas dari angan-angan dulu tu lagi payah.Nak terima hakikat yang diri ini ada bagusnya di landasan lain.The fact that you not really that "science" kid.To blame that you are not do much enough.Honestly,you already give your best.But it didn't really work.Putus asa?Tak lah aku cuma rasa nak pijak arah lain.Arah yang sebenarnya aku dah ada sense of work it out.Benda yang selama ni macam cuba-cuba.Tapi cuba-cuba tu boleh dikatakan lawa lah jugak kan.Kata tak kisah orang nak kata apa.Walau dalam hati rasa nak kasi penampar jepun.Tapi selagi aku sendiri tak keluar dari kancah stereotaip tu.Aku pon sama je macam tu lah agaknya.Never imitate.Create.
 
Sekecil-kecil benda kalau niat hanya kerana Dia maka itu ibadah.Kalau ikhlas tak bercanggah insya Allah pahala tu ada.Untuk menjadi tidak stereotaip itu aku hendaklah letak cita-cita aku bukan nak senang hidup semata-mata.Tapi cita-cita nak curah bakti tu yang mahal.Cakap besar?Ntah lah aku pon baru nak jalan.Kita tengok sama-sama nanti.Biarlah aku bawa diri dengan makna aku jadi diri sendiri.Berpijak pada aku.Biarlah orang nak jalan cemana pon.Aku jalan macam aku lah jugak.Biarpun kadang-kadang senget-senget aku jalan.Nak buat apa aku rasa nak buat selama ni.Untuk peluang belajar buat kesekian kali nya.Aku masih selamat dan Allah masih bagi aku peluang.Sumpah rasa syukur sangat.Dapat belajar lagi.Alhamdulillah.Perangai lama yang keras kepala,sombong,buruk sangka dan suka fikir bukan-bukan tu memang kena campak buang.Rasa diri macam bagus dari orang.Perangai nak kepoh lebih-lebih.Make all those things history.This time you just go humble and steady.Act dumb,you'll learn more.Terima kelemahan dan repair.Senangkah berkata-kata.Tapi kalau tak cuba tak tahu juga.Once again just go humble and steady
 
Aku rasa nak jadi kawan baik dengan buku-buku ni macam zaman darjah-darjah dulu.Sekarang macam kurang.Seminggu dua buku at least.Wah.Banyak buku yang aku teringin nak baca.Tapi bukan semua boleh beli dan dapat.Haraplah library kat USM nanti tu buku dia berkoyan.Ulat buku?Accept your personality proudly.Hemm itulah aku.Selain hantu lagu.Art freak.Thats totally me.Satu je aku nak kena selalu ingat hidup ni kena ikut undang-undang Tuhan.Selagi ikut selagi tu it'll be fine.We need both.Hope and afraid.Ternyata dah umur-umur aku ni bukan lagi umpama kain putih.Maybe dah nak jadi hitam legam.Kena cari inisiatif nak curah clorox banyak-banyak.Lepas tu tambah warna cun-cun banyak-banyak.Hahaha we'll see.Remember jusst go steady and HUMBLE.

Friday 26 July 2013

Miss you badly :(

It's a lame tears.My eyes keep crying for everything.Would that be fine?Such I'm keeping too much.All those things will just make me a bad person wannabe.How long will it last.I'm holding my breath in a silent air.A silent that will kill me for nothing.They said I'm sucked with too much ignorance.The one they just talked about.Is it cares?I don't wanna give a damn.I just pretend not to be real me.History that you guys created obviously made me fake it all.And for sure I just take my path alone.Alone in my world that non of you could barely enter.The lonely world that most of you think was a blankly faded place.But there's million treasures that I will never regret.

World'd ethic.Never assume.ASK.But no one play their parts well.Me myself.Hello there.I just need you for a while.A hug.And I'm gonna let the bad tears run down on your shoulder.I miss you.Never ask why.Only when you around, I really know how to be me.Lets just meet.Even its just one day.Even its just an hour.Don't make me say even its just a second.I really miss you damn much.Please...

Thursday 25 July 2013

Contengan Jalanan Aku

Assalammualaikum hidup.Alhamdulillah dah hari ke-16 Ramadhan.Namun sejauh mana aku menadah barakah bulan mulia ini aku tak pasti.Yang aku pasti meter aku turun naik turun naik.Naik pon tak berapa naiklah sangat.Aku pon story feeling aku ni kat sorang kawan aku.Yang aku kenal sejak tingkatan-tingkatan lagi.Lima tahun tidur bawah bumbung yang sama.Hehe hostel.Kongsi makanan kongsi cerita.Dialah tempat aku nak sembang bila hati aku rasa keruh semacam.Sebab dia ni universal.Baik-baik rock gitu.Walaupun menyandang jawatan Naqibah(jawatan tertinggi bagi badan dakwah untuk perempuan)tapi dia ni sempoi aje.Kalau nak sembang apa-apa pon layan aje lah kan.

Melalui dia lah jugak aku start terjebak dengan HLOVATE.Dulu aku mana ada nak terjebak dengan nobel-nobel ni.Tapi nobel HLOVATE ni lain.Yang rentak ayat dia buat kau rasa itulah apa yang kau alami.Sesuai untuk orang yang macam tercari-cari erti sebuah kehidupan.Santai tapi sentap.Aku suka sebab watak-watak yang dia produce tu bukannya stok-stok sempurna macam sesetengah nobel dakwah.Kalau tengok cover novel pon orang tak agak la tu novel ala-ala dakwah.Watak dia selalunya dari seorang yang keliru,probs dan hidup main aci redah.Watak-watak tu sedikit sebanyak kita boleh gambarkan macam diri kita.Dan perjalanan watak tu nak cari Tuhan itulah yang paling best.Sebab cerita dia berpijak pada realiti.Dan secara tak lansung dalam santai-santai bahasa dia,ada macam-macam fakta yang kekadang kita tak pernah tahu.



Bila aku cerita kat kawan aku probs aku bulan Ramadhan ni.Dia kata kat aku suruh baca balik novel CONTENGAN JALANAN.Dah tiga empat kali aku baca.Tiap kali aku baca tiap kali tu lah nak sentap balik.Biasalah manusia asyik nak lupa aje.Mungkin ada yang kata novel ni boring.Tapi bagi aku novel ni sangat deep.Yang buat kita gigit jari tengok diri sendiri.Kisah FEND yang menemui erti kehidupan pada bulan Ramadhan di negara orang.Ayat "The man who decided to change on 12th hours died on 11th hours" tu lah yang paling buat aku rasa nak pengsan.Punyalah kita lalai dan rasa masa nak taubat tu lambat lagi.Rasa nak enjoy nak buat itu ini dulu.Kita rasa umur 20-an itu tersangatlah muda.Tapi zahirnya dah 20 tahun kita kenal Islam.Eh betul ke kenal.

Ramadhan datang setahun sekali.Bulan yang Allah offer pakej Mega kat kita.Macam aku aku pon selalu macam take for granted aje bulan ni.Apa yang aku tahu tak makan tak minum.Kadang-kadang tidur sampai tak cukup jam.Tu zaman darjah-darjah lah.Masuk SBP aku dapat pencerahan.Mulalah kena Tarawih tetiap malam.Ada tadarus.Ada tazkirah.Qiamullail.Ceramah tu dah berapa dozen ustaz bagi.Terjebak dengan usrah.Memang secara tak lansung hidup kat hostel dah tarbiah aku.Barulah aku tahu apa tu iktikaf.Baru aku tahu cara-cara nak solat sunat semua tu.Baru aku tahu cemana nak jadi makmum masbuk.Baru aku tahu apa itu tazkirah.Baru aku tahu beberapa kisah-kisah para sahabat.Macam-macam yang BARU aku tahu.Dulu hari-hari kena jemaah kat masjid.Dan kat sini lah aku belajar erti ukhuwah dimana kawan-kawan yang lebih arif dari aku sama-sama bawak aku ke jalan yang benar.Nanges.

Tapi sayang.Itu semua hanya benar-benar berlaku di situ.Di sekolahku dulu.Bila dah langkah keluar sekolah rasa macam automatik keluar dari dunia tarbiah.Bila kat rumah benda-benda yang selalu amal kat sekolah entah ke mana.Bila masuk asasi lagi tambah nak jadi galak.Macam aku tak pernah tahu apa yang aku kena tarbiah dulu.Walhal aku sememangnya tahu.Tapi aku buat jugak.Apa yang aku buat tu macam-macamlah.Konon dulu pernah berazam nak tarik orang ke medan dakwah.Tapi bila akak-akak kat situ ajak USRAH aku lekat lah dua tiga kali.Aku nyata lagi syok hidup hu ha hu ha.Senang aje aku kena jentik.Kenapa?Kenapa?Kadang-kadang bila aku macam terjaga sikit aku fikir salah siapa semua ni.Salah aku laa kan.Aku suka aje menyalahkan enviroment kononnya dulu terjaga.Ada ustaz ada badar.The fact is kat situ pon ada macam-macam Rakan Masjid lah.Ustaz Ustazah pon ada.Kawan yang baguih pon ada.Tapi nyata aku belagak.Belagak gila nak mampos.Haktuihh.

Kat Contengan Jalanan tu ada cakap.Mungkin selama ni kita tahu semua itu.Kita baca Al-Quran.Tapi sekadar baca dan tak faham.Kita dengar tazkirah sekadar dengar tak amal.Agama dah macam budaya.Tambah bulan puasa ni.Kita tahu ada bazar pastu dekat raya nak shopping.Dan the most obvious kita sebenarnya lupa erti hidup kita.Kita sangka hidup kita hanya disini.Kita sangka kalau mati pon tak ada apa nak disesalkan.Walhal kita tak buat apa pon yang Allah suruh.Mungkin faktor keselesaan kita kat Malaysia ni buat kita lalai alpa dan tenggelam.Kat tempat lain Allah uji dengan perang,bencana dan kemiskinan.Tapi kat tempat kita Allah uji dengan kesenangan.Kalau kita tewaskan nafsu itu juga jihad.HLOVATE ada kata kalau rasa buang tatoo kat kulit tu sakit,nak buang tatoo dosa kat hati tu lagi perit.TRUE.Susah nak tinggal jahiliyyah ni.Susah sangat.Kadang-kadang yang jahil pon nampak indah.

Kalau kita tak cari kita takkan jumpa.Kalau kita lari kita tak akan selamat.Apa yang boleh buat adalah belajar dan teruskan.Siapa tak nak masuk syurga.Tapi dalam nak masuk tu dok galak tambah saham nak masuk neraka.Nanges tengok diri sendiri T_T.Kbye.

Tuesday 23 July 2013

"Sains komputer??!!", soal makcik Eton dengan senyum sinis.

Assalammualaikum.Kali ini aku mahu cerita tentang apa itu sains komputer.Sebab musabab utamanya adalah aku bakal menjadi pelajar jurusan ini.Lagi satu aku ingin perbetulkan persepsi manusia-manusia yang skeptik dengan course ni.Orang selalu kata graduan course ni melambak.Dan macam-macam lagi.Aku pasti yang tak dapat pekerjaan tu mesti ada kekurangan something.Bidang apa pon ada orang yang menganggur.Mungkin skill yang ada tak dikembangkan sebaik mungkin.Jadi mengapa menghukum course ini sebegini rupa?Haha aku tahu bertegang urat pon tak jadi apa.Malah aku tak ada hak selagi aku tak buktikan yang sukses itu ada dalam bidang ini.Mungkin apa yang dikata-kata itu benar.Tak apa kita tunggu saja.Rezeki itu Tuhan dah tulis.Siapa kita nak kata itu ini.Siapa usaha adalah hasilnya.Diingatkan ini hanyalah pandangan kanak-kanak rebena yang lagi marhaen serta masih amateur tegar.Sebarang kompilasi jantung blogger tak akan bertanggung jawab.
 
Oke mari kita sembang pasal sains komputer.Atau dalam English Computer Science.Selalu orang panggil CS atau CompSci.Firstly kita masuk bab orang kita dulu.Rata-rata masyarakat kita hanya memandang komputer itu sebuah mesin.Jadi bila cakap pasal CS mesti diorang cakap apa yang kau nak belajar sangat ngan komputer tu.Hidup seharian manusia biasa dengan komputer selalunya urusan kerja.MS WORDS,POWERPOINTS,EXCELL,PHOTOSHOP dan banyak lagi software.Tak pon bukak browser nak online.Ramai yang bangga dengan engineer dan cakap engineer lah yang buat banyak mesin.Engineer lah baiki itu ini.Tapi diorang lupa yang software-software tu pon ada orang cipta.Orang-orang tu yang belajar CS ni lah.Dan CS ni pon ada termasuk bidang kejuruteraan.Kejuruteraan perisian.Kalau nak cakap skop masa kini.Tablet yang ada bermacam apps.Operating system phone yang hot setap cam Android,WINDOWS,Blackbery,Apple sapa yang buat ye agaknya.Ramai dok bangga-bangga dengan advancenya apa yang mereka pakai tapi aku tak paham kenapa ramai skeptik dengan course ini??

Ni makcik Eton time baby
 
 
Komputer bukan terbatas pada laptop atau PC.Kalau nak cerita pasal komputer ada mainframe,super computer dan banyak lagi.Dan dalam komputer itu memerlukan perisian.Perisian terhasil dari programming.Benda programming ni lah budak-budak CS belajar.Kalau sangka budak CS ni belajar cara-cara guna MS WORDS dan sebagainya memang silap besar la.Tu orang belajar masa subjek literasi sekolah rendah.Logic la sikit masuk universti nak belajar macam tu lagi.Macam matematik dulu kau belajar campur tolak darab bahagi.Masuk tahap tinggi belajar logarithm,functions,matrices dll.Tak pulak kau cakap hokaloh watpe nak blajaaa math kire kire nombo aje tambah darab tolak bahagi.Same thing goes to CS.Kalau BIO dulu kau takat belajar kulat tumbuh dekat roti.Masuk tahap tinggi kau kena tahu susur galur kulat tu pulak.Got it.Konsep dia sama.Kalau makcik-makcik pakcik-pakcik tu nak skeptic tu aku boleh laa terima lagi.Tapi kalau generasi aku sendiri generasi Y yang celik-celik tengok TV dah tu memang aku tak boleh blah laa kalau nak skeptik haha.Makcik pakcik sekarang pon advance apa pakai Iphone ngan tablet semua.So just gimmie 10 reasons why you telling me this course has no hope??Atau just cakap based apa yang kau dengar-dengar tu memang tak boleh pakai la. 
 
Kalau kat kilang-kilang tu mesin-mesin tu pon ada guna komputer guna software untuk kawal mesin kan.Bidang CS ni luas sangat.Dan bidang ni lah paling cepat advance.Tahun ni kau pakai WINDOWS 8 esok lusa dah WINDOWS 9.Betapa pesatnya bidang ini.Nak cakap pasal peluang pekerjaan.Sila bukak JOBSTREET dan lihat sendiri.Mungkin yang tak tahu programming tu apa?Setiap software itu terbina berasaskan programming.Komputer ni paham bahasa dia aja.Jadi bukan lah tup tup je boleh siap software tu.Nak kena belajar bahasa komputer lepas tu tulis code-code yang panjang berjela barulah siap software tu.Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google haha.CS tak terbatas pada programming aje.Ada multimedia ada sercurity dan banyak lagi lah cabang dia.Kalau kat luar negara siap ada budak-budak dah develop software.Diorang siap proud lagi.Malah nak belajar CS ni adalah antara cita-cita budak-budak.Kalau kat sini cikgu tanya tak lain tak bukan doktor,engineer,lawyer.Nampak sangat ini kesan mentaliti.Dan kes ini jugak untuk course-course lain yang dipandang kecik disini tapi di dunia sana dipandang besar.Thats why negara yang advance teknolog itu cepat aje membangun.Sebab mereka meraikan semua course.Ni tak lain tak bukan masalah mentaliti itu aje.
 
Bidang CS ni juga yang banyak membantu manusia mudahkan kerja.Dari seremeh-remehnya hingga yang paling kompleks.Nak kesan muka penjenayah pon guna teknolgi komputer.Bidang kimia ,perubatan pon guna komputer weh.So budak-budak CS ni boleh menyelit kat mana-mana aja.Ni aku cakap based on apa aku dah pernah belajar dan rujukan yang aku baca.Kalau nak tahu lebih lanjut memang google ada jawapan.Mungkin ada yang cakap."Kawan aku belajar CS tapi modem kat rumah dia rosak pon aku yang tolong.Aku belajar medic"Hahhaaa.Salahkan kawan kau tu jangan nak salahkan CS.Macam konsep kau makan kat kedai, makanan tu tak sedap.Adakah kau pergi marah makanan kau tu.Mestilah cari tukang masak.Untuk cemerlang dalam semua bidang mesti ada passion.Kalau rajin dan pandai maka senanglah nak sukses.Kalau belajar pon mahu tak mahu.Doktor pon ada yang tak cekap.Mungkin dulu dia study aje.Praktik kurang.Macam itulah konsep dia.
 
Sekali lagi ini hanyalah pandangan kanak-kanak rebena yang agak ganas.Banyak lagi aku tak belajar.Panjang lebar aku cakap kalini.Tak apa ini baru permulaan.Janganlah rasa down apa yang kita ada.Tak guna kalau kita nak cakap-cakap selagi kita tak buktikan.Nak bagi orang diam senag aje.BUKTI.Buat insan-insan yang skeptic hormatilah bidang minat orang lain.Kita saling memerlukan.Jangan sombong.Jangan prejudis.Kita sama-sama ada cita-cita.Jadi jangan burukkan imej cita-cita kita dengan menunjal orang lain.Kbye.

Grow up?

I had to learn what I've got,
and what I'm not,
and who I am.
 
Peace be upon my life.The lyrics above really floating me up.Thanks for a brilliant composing.Jason Mraz.Songs speak a thousand emotions.I always think that I'm not grown up as much as my age did.But I believe that it's a sign from the Almighty for me to work harder.To find what I'm missing.
 
Grow up.I'm telling myself again and again.Instead of being protected,I want to protect others.From a needy guy to a giving one.The only solution is to learn.The accelarator for the learning journey is to believe.Believe that I can make it.I can endure it.Stop complaining and start building.Just like a song.To make it beauty, I need soothing melodies and  warm lyrics.The melody and the lyrics is just like faith and effort.A perfect combination for the both things will compose a beautiful song.
 
My first baby step is to learn what I've got.Being thankful and proud.Push it to the limit.For what I'm not.I don't have to make it harder.Because the most important thing is to be happy for who I am.I am who I am.The track might be rough.Luckily I have lots of pit stop to mend me back.They are the backbone of mine.Helping me without doubts.The double F that make me soar like an eagle.Family and friends.I'm too happy that I can smile with heartful tears.
 
 
Now or never.It's the time to chase all those dreams.To give all my best.May God bless me and you.I'm praying for all goods.Success is a journey not a destination.Same goes to the life.Lets begin. ^_^
 
 
 


Monday 15 July 2013

Insya Allah aku datang ^_^

Assalammualaikum hidup.Alhamdulillah UPU dah keluar.Aku dapat apa yang aku memang nak.Sememangnya mak aku hepi gila sebab aku dapat dekat.Universiti yang terletak di negeri kelahiran aku.Universiti Sains Malaysia.Aku harap pilihan aku ni akan membawa kebaikan buat aku di masa hadapan.Aku turut hepi buat kawan-kawan aku yang dapat masuk ke U pilihan masing-masing.Buat yang tak dapat apa yang dihajati mungkin ini lah titik permulaan kejayaan yang tak terduga.

Yeayyy

Sains komputer.Alhamdulillah.Aku harap aku dapat curahkan passion aku dalam bidang ini.Dulu main-main programming ingat tak dak lah nak serius sangat.Aku berpegang kat apa yang mak kata kat aku takkan laa adik saja-saja dapat elok untuk subjek tu.Mak abah aku memang menyokong.Mak dengan abah aku open minded.Alhamdulillah.Mereka tak skeptik dengan course ni.Yup mereka berpandangan jauh.Jadi aku memilih bidang ini tanpa rasa ragu-ragu dan curiga.Salah satu aku risau kalau susah nak catch up kalau further dalam engineering yang lain.Sebab aku bukan spesis rajin sangat.Software engineering ^_^ I'll do the best.

Sumpah tak sabar nak masuk U.Ye lah dok menganggur je kat rumah.Hahaha heksaited dia tak terkata.Jujur aku katakan aku sayangkan UiTM sebab U itu sangat memartabatkan anak bangsa.Disitulah aku mengenal erti hidup di university.Banyak suka duka dengan kawan-kawan.Dengan lecturer-lecturer yang baik hati yang kenal akan student-student dia dan kakitangan yang helpful.Tapi aku tak boleh skeptic dengan USM mungkin di situ tidak kurang hebatnya.Tak kenal maka tak cinta.Walau apa pun UiTM masih ada di hatiku haha.Buat kawan-kawan yang masih dapat meneruskan di UiTM banggakan UiTM oke.

Rindu gila laa


Aku rasa sedih jugak sebab dah berpisah jauh dengan klasmet yang disayangi.Tak pe bermula di tempat baru akan buat kita lebih kuat.Aku berazam nak buat yang terbaik.Lagi satu, Penang dah memang bukan orang lain kat aku.Nak balik rumah pon dalam 30 minit sampaila.So boleh balik selalu hahaha.Tempat dia pon cantik dan banyak mall.Wallawehh.USM aku datang.Yuran dia sedikit mahal juga.Tapi takpe USM ni APEX.Dah macam-macam aku gugel fasal USM ni.Menarik.Orentasi dia siap kena pegi kem.Awesome.Sekarang ni nak kena buat banyak preparation.Barang-barang tak de lah nak beli sangat.Cuma ada lah “sikit” nak beli.Tak payah bawak barang banyak sangatlah minggu orentasi.Nanti balik rumah amek la haha(bahagia).Borang-borang.Serta nak study balik programming.Serta persiapan mental dan stamina.Penting tu.Cousin aku pon ada belajar kat sana.So nak risau apa laa kan.Kampung belah mak aku pon dekat.USM ni university in garden.Mungkinkah lebih hijau dari PALAM.Esok lusa nak pegi tengok lah.



Apa yang aku baca dalam buku panduan tu.Tak leh bawak kenderaan bermotor dalam kampus.Baru berangan nak drive.Tapi tu second year baru boleh.Tu pon kena aktif wahaha.Dengar-dengar senior cakap ramai bawak basikal.Wah nak kena bodek mak abah beli basikal laa.Boleh jaga badan.pfffttt.Bilik kat sana tak lah cun sangat.Ye lah U lama.Tapi bolehlah.Janji wifi laju.Tu dah cukup bahagia.Tengok-tengok video kat Youtube badan dakwah USM ni aktif.So aku tak risau sangat.Terjaga lah kot aku.Harap ada kakak-kakak yang sudi kutip aku masuk group usrah haha. :D


Jadi aku doakan semua kawan-kawan yang lain pon berjaya.Syukur weh kita dapat masuk U.Orang lain berhempas pulas nak masuk ada tak dapat.Yang penting harapan mak bapak.Dan tugas kita untuk berbakti.Nanti dah masuk update-update lah cerita.Kbye.   

Monday 8 July 2013

Random ntah apa apa

Aku hanya ada secebis hati yang kian kontang.Apa yang aku harapkan Ramadhanitu akan menjirus hati aku dengan basahnya cinta kepada Ilahi.Aku sering menunggu yang tak pasti.Sedangkan yang pasti itu ada depan mata.Entah la weh.Memang manusia macam tu kot.
 
Rindu akan zaman darjah-darjah dan zaman kolej-kolej dulu.Eh.Tapi siries cakap aku tak sabar nak masuk uni.Moga Allah bagi aku yang terbaik.Ada mimpi baru.Impian baru.Siapa tahu akan bagaimana masa hadapan itu akan kelihatan.Aku tak boleh rendam diri aku dalam takuk lama duh.Kalau tak perkara yang sama akan berulang.
 
Mungkin ada insan yang berkecik hati atau menyampah dengan aku.Aku minta maaf.Aku sememangnya manusia yang spesis hati batu.Tapi lembik aja sebenarnya.Entah apa yang aku bimbangkan sekarang.Aku cuma harap semuanya akan baik-baik sahaja.Kerana aku bukan siapa-siapa.Tapi aku menagih doa dari semua.Agar aku kuat untuk jalan.Apehal metafora dahsyat sangat ni.Lantaklah.
 
Oi Nabilah.Sudah-sudahla rasa sampah tu.Dah sampai masa upgrade diri jadi berlian pulak.Ewah.Jujurkan saja apa yang kau rasa.Ikhlaskan setiap langkah dan tingkah.Biar tiada siapa lihat.Biar saksinya adalah sang Pencipta.Jangan rakus sangat nak bagi ramai orang sentap.Kau tu dah cukup kasihan.Mujur ada yang masih sudi menjenguk.
 
 

Saturday 6 July 2013

Si Pendiam dalam Bising

Assalammualaikum hidup.Wahhh tiga hari lagi.Moga aku dan yang lain sempat bertemu dengan penghulu segala bulan ni.Amin.Entry kali ini dipadatkan dengan pendapat aku yang cikai ditambah dengan apa yang aku baca serba sedikit.Bagi menjawab beberapa soalan seorang sahabat aku setelah beliau membaca entry aku yang sebelumnya.
 
 
Soalan dia berkicauan begini.
 
 
Kalau kita ni lebih diam atau tetiba je jadi pendiam macam mana nak overcome pandangan yang tak penting dari orang lain? Salah ke kalau kita tak layan benda-benda tak penting tu sebab nanti kawan sehidup semati tu sentap.Salah kita ke salah mereka yang tiba-tiba nak sentap.Wallawehh.
 
Menurut yang aku baca, dalam dunia ini tiada insan yang betul-betul introvert (pendiam) atau extrovert (si riang ria sosial).Yang ada hanyalah kita ni lebih obvious ke arah mana.Contoh si introvert tu adalah masa untuk datangnya angin gila sampai jadi hyper tahap beruk.Bergantung pada waktu dan orang sekeliling dia.Dan sebaliknya bagi si extrovert.Menurut persoalan sahabat aku ni,dia seperti biasa seorang yang ramah mesra serta friendly.Dia menjadi sedikit introvert sebab nak fokus dengan kerja-kerja dia and at the same time nak kurangkan dosa-dosa free.
 
 
 
Mungkin kawan-kawan sekeliling yang terbiasa dengan gaya extrovertnya merasakan perubahan itu.Dan mungkin mereka berasa sedikit sepi dan bertanya "Kenapa dengan hang ni?Lain ja.Aku ada wat silapke?".Aku rasa kawan-kawan beliau cuma terkejut dan mungkin taknak sampai situasi awkward akan berlaku lantas bertindak menjadi hero kepada persahabatan itu.Menurut buku yang aku hadap kalau kita nak elakkan orang cuba mengomen-ngomen lifestyle kita.Kita cuba explain kat mereka.Alasan konkrit dan kenapa aku jadi camni.Dan minta agar mereka faham lantas memberi ruang.Namun jika mereka tidak boleh menerima dan hampir melontarkan bom tangan maka mereka yang sebenarnya bermasalah.Kalau aku kalau tamau panjangkan cerita sayonara sahaja.Kerana apakah gunanya menghadap insan yang tak mahu memahami.Atau at least cuba untuk faham.
 
Salahkah kita tak layan benda-benda alah tu?(gaya emo).Aku ada baca sebuah buku motivasi "The monk who sold his ferrari".Apa yang dia cakap adalah.Kita tidak akan mampu menyayangi orang lain kalau kita tidak dahulu menyayangi diri kita sendiri.Love yourself first before you can love others.Cara nak sayang diri kita adalah beri ruang kepada diri kita.Buat apa yang kita rasa betul dan berusaha tanak menyakitkan diri sendiri dengan benda-benda simple.Kalau diri sendiri tension jangan haraplah kita nak jaga hati orang lain.Lagi makan hati adalah kot nanti.Bab nak jaga hati kawan ni aku pon jaga-jaga jugak.Sebab aku pon ada pengalaman yang agak pahit ditelan.Jujurkan saja dengan apa kita rasa.Dalam masa yang sama kita dah bebas dari jadi hipokrit.Tapi kalau ada sebab rasional kita nak kena jaga hati kawan maka itu perlu.Dan yang paling penting adalah kawan yang awesome itu menerima seadanya kawannya.Bukan meminta-minta untuk itu ini.Tapi TERIMA.
 
 
 
Dalam novel HLOVATE anthem ni memang sesuai la kalau orang tu tetiba berubah beberapa degree.Aku suka ayat yang cakap "“if you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. don't curse those who calling you ignorant and stupid. find ways to prove them wrong. that, is satisfaction. much more satisfying than cursing them all the way to hell and back” .Tapi kita tak de lah sampai tahap nak curse ke yell ke.Tapi bila kita boleh tunjukkan kenapa kita berubah itu lebih memusakan.Memaafkan.Salah siapa bukan benda yang nak diperkecohkan.Lagi best kalau kita hanya maafkan.Bukan senang nak jadi pemaaf ni.Aku pon boleh terjun longkang jugak.Tapi at least kita try.Bak kata orang Melayu cuba try test(Kalau boleh semua perkataan yang ada maksud cuba tu nak combine.Lebih kurlass katanya)At least kita tak berendam dengan sakit hati atau benci menci atau sesi sentap menyentap.Sebab banyak benda lagi yang kita nak kejar weh.Mana nak kejar cita-cita nak kejar akhirat.Sesi merajuk-merajuk ni adalah sesi zaman tadika dulu kala.Sekarang ni kena banyakkan sesi faham-memahami,tolong menolong,atau sembang-sembang untuk riangkan hati dikala down atau sunyi.Disulam dengan gelak tawa serta sesi sapu air mata dikala sang sahabat perlukan bahu.Itu yang sepatutnya kot tahap-tahap umur dah banyak ni hahaha. Ukhuwahfillah itu penting juga.Malah ada hadis yang cakap "Tidak sempurna iman seseorang itu kalau dia tak mencintai sahabatnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri".Dalam maksudnya.
 
Aku tahu.Bukan senang.Bukan senang nak jadi diri sendiri sebab sering dibayangi takok lama.Bukan senang nak bahagia-bahagia dengan orang sekeliling.Tapi kita dah cuba.CUBA untuk mencantikkan dunia kita.Dalam buku TMWSHF tu pon ada cakap.Run your passion with all of your heart.And try to keep away those hanky panky that will tear you down.Because one day the happiness and success will surely flow over you.Gahaha aku ni geek buku-buku inspirasi camni.Bacalah.Best.Boleh buka otak buka mata.Aku just curahkan pendapat aku.Aku harap sahabat aku itu dapat menangani gelora itu.Amboi bahasa.Kbye.
 
 
 
 


Monday 1 July 2013

Si Pendiam

Assalammualaikum hidup.Rumah aku senyap sunyi.Sekarang pukul dua pagi.Semua orang dah diulit mimpi.Macam biasa tengah pagi buta ni lah aku nak hapdet blog.Tajuk entry macam aneh.Saja nak sembang tentang hidup.Bukankah itu topik yang selalu kencang dibualkan.Sebab kita masih diberi peluang untuk hidup.Alhamdulillah.
Pendiam.Introvert.Penyengap.Atau apa saja gelaran yang mahu diberi.Aku adalah salah seorang yang pernah menjadi pendiam.Malah sekarang masih ada juga.Mungkin ada yang kenal aku rasa aku ni bising-bising orangnya.Suka bergurau sengal.Tapi aku sebenarnya mengambil masa untuk develop diri aku agar aku bukanlah sang pendiam.Mungkin sisi pendiam aku masih boleh dilihat oleh orang-orang yang rapat dengan aku.Aku latih diri aku untuk petah berkata-kata.Benda ni jadi lebih giat bila aku masuk hostel.Komunikasi dan teamwork amat diperlukan.Senang kata dari introvert aku nak jadi extrovert.Apa yang buat aku mahu keluar dari dunia diam itu sebab orang selalu menganggap yang si pendiam itu pemalu,tidak konfiden atau anti-sosial.
 
 
Berhujah depan cermin adalah hobi aku.Aku menjadi pendiam kala dulu sebab aku memang begitu wataknya.Aku suka sangat membaca.Terutama tentang fakta,cerita atau psikologi.Jadi masa aku banyak di dalam bilik membaca semua buku.Jangan salah faham aku hanya suka membaca tapi aku agak malas study haha.Aku suka muzik.Masa kecil aku banyak dihabiskan bersama keyboard.Kalau keluar bermain aku tak tahu kenapa anak-anak jiran aku yang perempuan tak berapa suka kawan dengan aku.Kalau aku naik basikal depa kata aku nak show off basikal aku.Kalau aku ada mainan baru pon kata macam tu.Tapi bab nak pinjam mainan aku tu nombor satu.Sampai buaian yang ayah aku buat kat aku kat pokok depan rumah pon habes rosak.Pity me.Aku tak suka melawan apa lagi gaduh.Kalau aku gaduh pon aku akan menangis diakhirnya.Sebab tu aku lagi suka main dengan kawan abang aku.Budak lakikisah apa main je la.Segala aktiviti tak bertauliah aku buat.Tapi tak la semua benda aku ikot.Sebab tu aku lagi suka duduk rumah baca buku.Aku enjoy dengan apa yang aku buat.Mula lah dunia aku yang pendiam.
 
 
Menurut buku yang aku baca si pendiam ni bukannya pemalu.Ada juga si bising yang pemalu.Malu tu adalah orang yang takut dengan judgement orang lain.Cumanya si pendiam ni lebih suka banyak masanya dihabiskan sendirian.Lebih suka berfikir.Dia tak kisah kalau tak ada sapa-sapa dengan dia asalkan dia enjoy apa yang dia buat.Dan kerjanya lebih mantap kalau dia buat sensorang.Cuma apabila ramai orang dia kurang selesa.Jadi tiada salahnya jadi pendiam.Sebab tu antara karakteristik manusia.Cuma penilaian orang lain yang buatkan golongan pendiam ni rasa tertekan.Dan merasakan orang di dunia ni semuanya perlu menjadi extrovert.Cuma kalau anti-sosial tu lain la.Ni cuma pendiam.

Aku cuba menjadi extrovert sebabnya aku nak buktikan pada diri aku yang aku boleh menjadi keduanya.Dan menjadi extrovert kini dah terbiasa dengan aku.Aku suka sembang dengan orang even aku tak kenal.Aku suka kalau diberi peluang untuk bercakap.Aku suka kalau diberi peluang untuk berdebat.Tapi jauh kat lubuk hati aku,aku masih aku yang dulu.Bahagian diri aku yang pendiam masih ada.Cuma ada waktu dan tempatnya.Bagi aku tiada salahnya menjadi pendiam.Dunia kini terlalu menginginkan manusia yang mampu menjual diri mereka sendiri.Contoh yang paling besar adalah interview.Sekarang ni nak layak apa-apa pun perlukan interview.Sosial skill kena besar.Sebab itulah ramai yang introvert kena keluar dari dunia mereka.
 
Of course we can !!
 
Bagi orang yang pendiam aku amat memahami rasa menjadi begitu.Kita ada salah silah masing-masing kenapa kita pendiam.Disebalik diam itu ada bakatnya.Kadang-kadang bakat itu hanya tercurah dikala kita bersendiri.Tetapi dunia amat memerlukan kita untuk mengeluarkan bakat itu.Bakat yang dikurnia Tuhan itu harus kita manfaatkan demi kebaikan orang lain.Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi.Diam tak bermaksud bodoh.Malah lebih banyak kita diam kuranglah dosa kan.Jadi buat mereka yang extrovert hormatilah golongan yang introvert kerana kita saling memerlukan.Semua orang ada bakat yang perlu dikongsikan agar dunia ini menjadi lebih baik.Dan buat para introvert tidak salah mahu mencuba menjadi extrovert.Sebab bagi aku kita berjaya buktikan yang kita boleh jadi keduanya.Tapi kalau lebih selesa jadi diri sendiri.Itu lebih baik :D