TuneList - Make your site Live

Wednesday 26 June 2013

Kelip-kelip Hidup

Assalammualaikum hidup.Hari ini hujan mencurah-curah keladang gandum.Meningkatkan daya tarikan untuk aku menggoda sang bantal dan katil.Syukur kerana jerebu makin kurang.Moga aktiviti bakar sate warga indon dibantutkan kepesatannya.Alhamdulillah sikit lagi sampailah Ramadhan.Heksaitednya aku.
 
Kelip-kelip itu comel.Serangga yang perutnya ada cahaya.Tengah malam yang gelap pekat.Ada cahaya yang berkelip-kelip.Cantik.Hidup ni pon aku rasa camtu.Tak lain tak bukan kadang-kadang hidup kita mendung malah gelap serta merta.Kita tergagau-gagau kesedihan,kepiluan dan kemarahan.Selalunya aku duduk peluk lutut mata berair-air.Tahap hyper bantal dijadikan punching bag.Last-last tertidur dek exhausted yang melampau.Haha rasa gelap.Tapi selalu saja kelip-kelip itu datang.Allah hantar kelip-kelip tu sebab tahu aku ni lemah sangat.Kelip-kelip tu datang dalam berbagai bentuk.
 
 
 
Apakah bentuk-bentuk kelip-kelip yang datang tu.Tak lain tak bukan ialah pemandangan ciptaan Ilahi yang buat aku terpesona.Luas dan birunya langit.Angin sepoi-sepoi bahasa yang melanggar-langgar badan aku.Cahaya matahari yang kasi warm up badan aku.Burung-burung yang terbang bebas sambil melepaskan bom taik dimana saja mereka mau.Kelip-kelip lain adalah keluarga.Kala aku sedih parents ku cepat saja maklum.Dihidangiku makanan sedap-sedap.Dibawaku jalan-jalan.Diberiku macam-macam mainan.Eh.Hahaha tak lupa jugak kelip-kelip seterusnya adalah kawan-kawan.Bertemakan lawak sengal serta menjadi pakar motivasi tak bertauliah.Cukup.Untuk buat aku berjalan riang semula.
 
 
 
Siapa yang bagi? Tentulah Allah.Aku ni selalu aja lupa kat Dia.Tapi dia terus hantar kelip-kelip ni.Bagi aku enlighten balik.Bagi aku kenal erti syukur.Dan yang paling best menyentapkan aku motip untuk aku terus gagah bergelar manusia.Dia takkan bagi direct segalanya kat aku.Sebab dia tau nanti aku segan sebab aku tak dak apa-apa lansung nak kasi balik.Jadi kelip-kelip tu adalah medium kasih-sayangNya.Tiada kesudahan bagi orang-orang yang mahu berfikir.
 
Aku pon nak jadi kelip-kelip untuk orang lain.Sebab dah banyak kelip-kelip datang kat aku.Terima kasih untuk segalanya.Untuk disenaraikan berapa banyak kelip-kelip itu hadir satu A4 pasti tak pernah cukup.:D
 


Tuesday 25 June 2013

TRANSFORMASI

Assalammualaikum hidup.Aku baru siap lunch.Nak cerita jugak aku makan apa.Aku makan burger telur buatan sendiri.Serta 4 biji tomato ceri dan air kosong.Alhamdulillah aku ada jugak benda nak makan.Apakah motip cerita apa aku makan.Aku mahu sembang soal transformasi.Atau UBAH.
 
Seperti sedia maklum.Aku mengambil satu produk nutrisi dengan tujuan nak jadi slim.Satu benda yang buat aku sedar setelah aku ambil produk itu adalah perubahan.Eh kenapa dah kurus ke?Tak belum lagi.Kita sering dimomokkan bahawa kalau kita nak cantik kena ambik produk itu ini.Hasilnya kita terlalu mengharap kepada produk sehingga tidak melakukan daya usaha ke arah yang kita mahu.Sampai hati kita berharap dekat produk sedangkan kita makhluk bernyawa yang Allah bagi kudrat dan akal.
 
Ceritanya begini.Masa aku ambik produk tu aku ikut jadual dari sarapan sampailah dinner.Maka aku perlu buang tabiat manja aku yang suka mengunyah-ngunyah tanpa sebab yang sesuai.Dalam masa seminggu pon aku kehilangan beberapa kilo.Setelah sebulan ianya semakin baik.Dah lepas tu aku cuba prktikkan tanpa guna produk nutrisi tu.Cuma aku kekalkan jadual makan dan senaman.Makan tetap juga turun lagi beberapa kilo.
 
Nampak tak disitu.Apa yang dapat mengubah diri kita adalah kita sendiri yang cuba nak ubah diri kita.Segala yang lain tu hanya sebagai pembantu.Tiada yang percuma.Usaha itu kena ada.Maka hanya pada Allah sahaja kita bergantung.Selagi kita tak usaha selagi tu kita tak kemana.Ini bukan soal berat badan sahaja juga dalam soal hidup yang lain.Kita kena berani berubah.Berani mengubah cara hidup kita.walau sikit kita ubah.Ada impaknya.
 
So aku dah dapat konsep tu.Konsep kalau kita nak maju kita kena ubah benda yang tak elok jadi elok.Kalau tak sampai bila pon tak kemana.:D

Berkata-kata tentang C.I.N.T.A

Assalammualaikum hidup.Macam biasa sekarang ni tengah pagi buta dan aku masih belum membuta.Nanti sang suria dah nak keluar baru rasa nak buat taik mata.Ntah apa-apa ja.Tajuk kali ni macam hot setap.Kononnya la.Aku rasa nak sembang pasal benda alah ni.Semua sebab aku terbaca status kawan baik aku kat Muka Buku.Status tu berkicauan sebegini.Aku kopi pes je ni.
 
"Tak sangka ada jugak kawan yg sanggup kata camni

" eh,serious ke kau tak pernah couple ?? Lawaknye..huhu,,sekarang zaman org cari pakwe cepat2 laa..kumbang dah makin sikit..ko ingat umo 19 tu muda lagi ke?? "

- amboih aih suka hati dia ja nak kata lawak tak lawak..memang awai lagi pon..belajaq pon tak habih lagi..tak payah la dok paksa org cari kumbang ka gajah ka beruang ka..sabaq dulu naaa
=='"
 
Dan reaksi aku pada masa tu adalah
 
lebih kurang laa.(hidung kembang kempis)
 
Aku tidak menghukum kawan kepada kawan aku tu.Sebab aku ni pon tak lain tak bukan manusia gampang yang sengal.Dek kerana dikhabarkan akhir zaman ni kumbang serta lipas semakin pupus.Dimomokkan diri harus memburu mereka dengan menggunakan Ridsect,Shieltox dan Fumakila dengan berlebihan.Apekah.Aku tahu jika aku berkata begini ada pihak yang akan mengatakan aku hanyalah self denial atau menyembunyikan kejelesan kerana tak ada kumbang atau lipas.Eh.Aku tak boleh nak salahkan sapa-sapa manusia tu ada mulut dan dia punya suka dia nak kata apa.(Tanpa rasa segan silu pada pencipta).Wahaha apakah itu cinta yang kita paham.Aku yang terlebih dos drama korea terbayang-bayang cinta itu adalah babak romentik diselit dengan konflik-konflik mengada.Ye ke?
 
 
 
Muda tak muda.Hahaha.Statement dia akan buat aku buat reaksi macam Prof Severus Snape kerana dia hanya merasa berchenta adalah motip utama menjelang tua.Itu sangat FUNNY.Aku tak ada pengalaman bab-bab cinta romeo juliet.Setakat crush sorang dua itu saja haha.Aku bukan mahu memandang enteng buat insan-insan yang sedang main chenta.Aku cuma tidak suka statement yang mengatakan "ehh siyes ke ko tak penah kapel ni?".Aku jawab "Siyes".Dek kerana dah terbiasa dengan trend bekapel-kapel ni dari yang HARAM jadi PERLU pulak.Ahhaa.Bagi aku bagi mereka yang kapel.Kalau anda nak kapel tu tak perlu lah menyendeng-nyendeng pada orang yang tak kapel dengan soalan bodoh tu.Sumpah sengal.
 
 
Satu lagi aku juga mahu ingatkan diri aku bahawa tiada manusia yang sempurna.Tidak layak kita mahu menilai seseorang itu menggalas segunung dosa dengan apa yang jelas dia lakukan contohnya kapel.Mungkin dibalik kegiatan tanpa sedarnya itu banyak lagi kebaikan yang dia buat cuma bukan gaya dia mahu menayang segala.Boleh jadi hati dia lebih tulus dengan cinta Ilahi.Cuma terkeliru dan tersalah  langkah.Mungkin kita rasa tak penah kapel kita dah bajet suci.Tak.Sebab mungkin kita ada banyak khilaf dan dosa yang tak nampak dimata.Itu lebih bahaya.Maka apa yyang perlu dibenci adalah dosa seseorang bukan orangnya.Konsep utamanya jangan menilai orang tak tentu hala.Sebab kadang terkena balik diri kita yang masih compang camping penuh bintik hitam di hati.
 
Aku juga mungkin terjebak dengan budaya kapel sebegini.Jadi aku bukan siapa-siapa mahu terkinja-kinja kata "Aku takkan kapel".Tuhan maha tahu apa yang akan jadi.Jadi aku mohon maaf kalau apa yang aku kata tadi macam ekstrem.Bebalik pasal cinta.Kalau nak dibentangkan tentang cinta tu sangatlah luas skop dia.Seperti yang semua maklum sangat cinta utama adalah cinta pada ALLAH.Kalau kita berjaya cinta utama tu insyaAllah cinta lain akan hinggap selagi tak langgar batas norma agama.Sangat sukar mahu mengkonsistenkan diri dengan cinta utama ni.Maka apa yang boleh kita buat adalah tidak berhenti berharap dan terus mencuba.Kalau rasa diri tu dah tak muda maka lebatkanlah dengan cinta utama ni.Sebab apa yang paling jauh dari kita adalah masa lampau dan yang paling dekat adalah kematian.Simple saja konsepnya kalau yang utama kita kukuh.
 
senang tak agak agak??
 
 
Aku rasa apa yang utama sekarang adalah ilmu.Sebab dengan ilmu kita boleh nilai mana betul mana salah dari segi cinta ataupun benda-benda lain.So sama-samalah kita jalan-jalan bukak mata bukak otak.Sama-sama pimpin tangan untuk jadi orang yang lebih baik.Sebab kalau aku jatuh ada tangan yang akan menarik aku naik semula.:)

Sunday 23 June 2013

Kawan Bagi Aku adalah....

Assalammualaikum hidup.Di pagi buta inilah aku terdetik nak menaip keyboard bagi menghapdet belog kontang aku.Happy tadi mak tolong habiskan cross stitch yang aku buat sebab aku dah fedap.I love you mom.Di sini aku tak sabar menunggu Ramadhan yang bakal tiba.Enam tahun doe tak posa kat rumah.Dari form 1 sampai form 5 jamah nasik kawah DM.Masuk asasi oke sikit kot ada bazar.Tapi tahun ini akhirnya haha puasa kat rumah.Even mak aku tak akan masak selalu tapi tak pa berbuka kat rumah sangat nikmat.Weee.Oke kali ni aku nak sembang pasal kawan.Hahaha ntah napa nak sembang yang ni.
 
 
 
Kawan macam-macam dah aku rasa.Ada rasa hepi ada rasa gila ada rasa bangang kekadang sampai tahap rasa sampah.Emmm teruk kan aku.Jujur aku cakap aku adalah seorang yang sangatlah kasihan.Aku syukur gila ada jugak orang sudi kawan dengan aku.Aku baca blog Kak MAS(kawan aku).Aku pon rasa benda yang sama ngan dia.Dulu aku sanggup buat apa ja nak jaga hati kawan.Supaya ada kawan.Kalau tak dak kawan SENTAP doe.haha.Kekadang diri sendiri sentap pon takpa asalkan kawan tak sentap.Tapi aku rasa aku lagi banyak buat orang sentap kot.Kenapa kita nak ada kawan.Sebab opkos laa kita tanak sensorang.Ada orang tak kisah.Tapi aku kisah jugakla sebab aku tak suka jadi porebe elon ni.
 
 
 
Aku penah lalui zaman gelap dalam berkawan sampai satu tahap aku rasa takdak kawan pon takpa.Bila pikiaq balik rasa bodohnya aku masa tu.Aku rasa aku lah yang paling benar masa tu walhal aku pon ada compang camping yang amat dahsyat.Nanges penah gadoh pon penah tapi sampai bertumbuk tarik tocang tak lagi laa.Drama sangat tu.Tapi satu yang aku buat rasa nak keluar dari kegelapan tu adalah walau macam mana gampang pon kawan tu kat kita dia penah jugak buat kita gelak macam pesakit mental.Terjun lombong sama-sama.Apa-apa yang hepi lagi ekstrem sama-sama.At least adalah jugak kan.Kadang-kadang lagi banyak yang ganteng dari yang gampang.Tu la yang aku rasa.Aku rasa laa.
 
 
 
Kadang-kadang bila teringat something yang mengecewakan rasa benci tu tiba-tiba ja serang.Tu laa setan ni suka menyocokk ubat benci.Tapi kenangan-kenangan yang penuh gula itulah yang tolong tendang balik semua benci-menci tu.Kawan selamanya tu memang senang dilafazkan.Tapi nak laksanakan tu memang la macam agak mustahil.Sebab dah lumrah laa hidup kita akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.Tapi kalau sekadar menyatakan kawan sampai syurga tu yang paling aku suka.Sebabnya walau kita terpisah ke gaduh ke apa ke kita dah janji nak jumpa kat syurga kan.Tu salah satu motivasi untuk baiki diri jadi lebih baik lagi osem.
 
Kawan.Bagi aku bukan soal lama mana kita kenal orang tu.Tapi adalah soal dia sentiasa terima aku seadanya dan selalu ada.Aku yang futur ini sangat perlu kawan yang menyokong.Biar sama-sama futur pastu bangun dengan perkasanya.Kalau soal makan dalam ni aku dah lama taknak praktikkan.Memangla kita manusia suka tersentap kadang-kadang tapi ku nak campak benda tu jauh-jauh.Sebab aku rasa semua orang ada masalah.Jadi kena tolerate.Kalau kawan kita perlukan ruang.Bagilah ruang.Menjadi belangkas mungkin pada sesetengah orang best mungkin juga menjengkelkan.Terpulang.Asalkan jujur dan bukannya talam lapan muka.Jadi kalau rasa nak ada kawan yang best.Diri sendirilah kena best dulu.
 
 
 
Perkara yang palin utama adalah.Kita kena sayang diri kita ni dulu.Belajar untuk care pasal diri kita dulu.Jangan ingat kita boleh care orang lain kalau kita sendiri pon terabai.Kadang-kadang kita nak sangat kawan kita concern pasal kita.Kita selalu kata kita selalu concern kat dia sangat-sangat tapi in fact kita tak concern kat diri kita dulu sebab tu lah kadang-kadang rasa gampang.Bagi aku aku kena belajar love myself before I can love others.Yeahh belajar untuk itu.Percaya.Itu yang kena jaga-jaga.Percaya dengan jujur bagi aku lain.Aku prefer jujur.Jujur dengan apa yang aku rasa.Kalau sekadar percaya bulat-bulat silap hari terjun gaung kot.Tu yang aku rasa laa.
 
Jadi konklusinya bagi aku kawan tu warna-warni.Macam pelangi.Pandai-pandai lah kita jalan.Jadi kawan yang jujur tu motip utama.Kalau aku sayang kawan aku tu maknanya aku dah berjaya sayang diri aku sendiri ataupun dia dah menyebabkan aku rasa aku sayang diri aku.Lastly kawan yang paling osem adalah kawan yang susah nak sentap ngan kita.Kawan yang paham lawak kuwajaq kita.Yang boleh bluetooth otak.Dan yang rasa carut marut atau maki-maki manja tu adalah mesra.haha bagi aku laa.Tu untuk yang kamcenglaa.Kalau tak tobat gadoh terjung landasa ketapi.Bahaha.Banyak lagi kegampangan kat aku dan aku mahu baiki.May Allah help us.Kbye ^_^

Tuesday 11 June 2013

Kompleks otak aku

Assalammualaikum hidup.Dah lama aku tak buat sesi luah otak kat blog.Rasa nak luahkan semua yang terbenak.Aktiviti pebret aku baru-baru ini adalah menyetalk seorang insan bernama Fynn Jamal.Opkoz aku suka anaknya yang comel tahap lapan.Tapi yang paling kick aku punya otak adalah puisi-puisi serta penulisannya.Aku tahu ramai yang akan sangka cara sampaiannya terlalu direct.Tapi aku suka yang tu tak payah kias-kias terus je sentap kat hati.Mostly apa yang dia tulis kena dengan jiwa aku.Tak hairanlah dia ramai peminat sebat apa yang dia tulis memang kena.Hahaha aku paham sesetengah manusia susah nak terima.So aku tak salahkan hangpa.Banyak lagi benda yang boleh baca.Carilah daripada sumbangkan caci maki.
 
Rasa bangga bila banyak generasi muda yang ada banyak idealogi dan pandangan bernas.Tapi suara-suara itu hnya terngiang-ngiang di laman sosial.Kalau dihala suara itu kepihak yang ada kuasa nyata dipekuk telinga.Katanya kita masih muda masih mentah.Walhal masa muda inilah otak ada pada tahap optimum.Mungkinkah pengalaman penyebabnya.Maka kalau tak bagi peluang memang tak kan pernah ada lah pengalaman itu.Aku generasi Y.Memang kenalah dengan aku sebab aku asyik tanya WHY WHY WHY.Kita hanya boleh sembang kencang dengan kawan-kawan sepermainan.Tapi nyata idea-idea kita hanya akan jadi kepul-kepul awan yang meneduhkan lagi hati yang memang dah kelam.Amboi ayat.
 
Hidup ni kena berani.Macamana nak jadi berani tu?Aku pon tak pasti.Memanjangkan leher cuba menelah masa depan.Mata jadi berbinar.Banyak kes dia.Hemm sebab tu lah kena jadi berani.Anak-anak Malaya ni dah cukup tuah.Makan mostly semuanya cukup.Pakai tak kalah gaya tak lepas trend.Yang susah tu ada.Tapi yang boleh hidup tu banyak.Telinga ni suam aja mendengar semua kebejatan sosial.Ntahlah aku no komen.Jujur aku pon selalu terdetik nak buat benda-benda pelik semua tu konon nampak cool.So aku rasa aku paham.Tapi semua tu bisik-bisik tengik dari setan.Kalau kita tak cuba cari Tuhan memang kita rasa hidup kat dunia ni selamanya.Realiti kita tengah kumpul bekal nak bawak balik.Tapi mostly sibuk nak buat bekal lain.Takpe starting point spiritual journey kita tak sama bak kata Matluthfi.Tapi jangan sampai tak jumpa jalan.Sebab kita dah nampak terang-terang jalan lurus tu.Aku doakan kita semua selamat.
 
Cita-cita?Benda ni yang aku semak nak fikir.Sebabnya tak pernah tetap.Susahnya.Apakah itu PASSION??Aku tak jumpa-jumpa.Cemana rasa dia.Aku cuba buat PASSION tu tapi aku pun tak pasti.Tapi aku percaya selagi kita pijak kat bumi yang nyata dan niat kita elok mesti Tuhan bagi jalan.Kita sering ingat semuanya akan jadi elok-elok sahaja.Hakikatnya kita akan diuji.Ujian itu menilai sejauh mana tulus hati kta yang kita rasa kononnya suci.Aku nak ingatkan diri balik.Jadilah insan untuk berbakti.Bukan nak makan sorang-sorang.Tak best lansung makan sorang-sorang.Ilmu kat diri ni macam semut.Apa sangatlah yang aku belajar.Kadang-kadang tak lekat pun.Dah tulis kat exam semua pon hilang masa tu.Normalah memmori manusia.Tapi kalau tak ingat lansung tu parah.haha(gelak hambar)
 
Apekah yang aku merepek ni.Aku hanya mahukan hari yang lebih baik penuh dengan harapan.Dimana bila aku jalan-jalan semua orang aman-aman dan happy aje.Sukarnya benda tu kat akhir zaman.So pilihan kita sekarang satu aja berjuang berhabis-habisan bagi bahagia yang mungkin bukan disini tapi disana. :D