TuneList - Make your site Live

Monday 29 July 2013

Duit oh duit

Assalammualaikum hidup.Lagi beberapa ketika nak bukak puasa.Bila tenung-tenung bil yuran nak masuk U rasa kepala memusing sedikit.Parents aku pulak tak mau amek PTPTN.Ye lah takut nanti nak bayar hutang susah.Jadi diorang nak tanggung overall.Rasa gigit jari lah plak.Naseb aku anak last.Tapi still lah bila pikir balik banyak ohh nak pakai.Terpikir pulak orang yang memang kena meminjam untuk belajar.Nanti nak kena bayar balik.Kalau pandai jimat tak pe lah jugak.Tapi darah muda memang macam-macamlah dia nak beli.Itulah aku seumpamanya.
 
Aku bersyukur sebab parents aku memang menyimpan untuk aku sejak aku kecil.Duit gaji diorang boleh dikatakan hampir 1/2 disimpan di bank.Alhamdulillah duit yang diorang simpan untuk aku cukuplah untuk tanggung kos belajar aku sampai aku grad.Kena tambah sikit-sikit lagilah.Bukannya diorang tak mampu nak pakai kereta yang best atau nak pakai phone canggih-canggih.Tapi diorang ni sentiasa beringat.Beringat pasal anak-anak.Beringat pasal benda yang penting.Alhamdulillah diorang dah pon tunai haji.Hutang-hutang rumah kereta pon hampir semua nak settle.Gaya hidup sederhana diorang ni lah yang bagi aku pengajaran.Kalau bab makan tak de lah diorang nak mewah mana.Mana pernah bukak puasa kat hotel ka kedai ke.Selalu pergi restoran-restoran marhaen sahaja.Makan kepci ke mekdi ke.Paling tahan pun pi makan kat Kenny Rogers haha.Tu pon sekali.Ayah aku gelak tengok bil dia.Cakap ni boleh makan lima hari ni.Tak sedap mana pon.Nasik ayam periuk besaq lagi sedap.Memang sempoi aje.Makan nasik ada lauk ikan masin ngan telur pon jalan.Aku po rasa semua lauk-lauk tu sedap.Sebab dah terbiasa.Terbawak cara kampung diorang.Mak abah I'm proud of you guys.Rumah pon diorang pandai deko.Tapi buat peringkat-peringkat.Best ja tengok life diorang.Hahaha tapi susah payah diorang dulu sapa yang tahu.
 
Dulu masa ada KPT boleh lah jugak aku berjimba lala.Tapi sekarang ni susah juga.Aim aku nak apply scholar lepas 1st sem.At least duit yang disimpan tu boleh guna untuk benda lain.Kawin ke hahaha.Haraplah dapat.Dan yang paling penting aku kena belajar berjimat.Dan aku aku nak cuba cari duit sendiri sikit-sikit.Mungkin kerja part time.Atau free lancer.Janji tak kacau study.Sekrang ni memang nak kena pandai cari duit.semua benda pon melambung aje harga naik.Kalau tak usaha gigit jari lah kita.Tapi duit tu bukan tujuan hidup.Tapi nak dibuat alat untuk capai tujuan hidup.Kemiskinan tu boleh mendekatkan kita kepada kekafiran.Tapi tu jenis miskin yang tak nak usaha.Tak apa rezeki Allah tu luas.Cari lah.Oke sekrang nak kena buat budget planner.Yuran banyak mana barang nak beli banyak mana.Yang penting belajar JIMAT.kbye.

No comments:

Post a Comment