TuneList - Make your site Live

Monday 29 July 2013

Sampai bila weh?

Assalammualaikum hidup.Sekarang pukul 3.40 am.And I'm not even deadly sleepy.Ni bahana tido siang lama sangat.Esok dah siang baru bertungkus-lumus nak lelap.Apekah jam biologi aku ni pelik sangat.Mengalahkan orang kerja kilang shift malam.Rajin aku tulis blog sekarang.Rajinlah bukannya ada benda nak buat pon.Bila nak masuk U ni.Haha mode heksaited tak hilang lagi.Nanti dah masuk baru hang tau tingi rendah langit.

Terpikir tetiba.Kita umat kat Malaysia ni bergembira bersama Ramadhan.Tambah nak raya.Ramailah umat yang nak beli dan belah.Kuih raya bertan-tan.Maruku cap Kak Kiah.Saf kat masjid untuk tarawih makin hari tinggalah beberapa urat.Dipelopori geng POP.Apekah itu POP?Persatuan Orang Pencen katanya.Yang lain mungkin tengah giat uli tepung nak buat samperit.Enjut telur nak buat bahulu.Perang mercun dengan kampung sebelah.Tak pun layan drama siri Ramadhan sampai nanges-nanges.Sama aje aku.Di antara sepuluh malam terakhir inilah cik Laila nak datang.Tapi orang lagi giat nak cari Lailatul KAMDAR.ha.ha.ha.Gigit jari fikir sedar sedari kat Mesir,Syria,Gaza dan banyak lagu pelusuk tu.Apa lah yang diorang rasa.Macam mana rasa perjuangan tu.Sedangkan kita kat sini makin hari makin gemuk dengan makanan duniawi.Perjuangan nak masukratu cantiklah.Rasa nak tersembur ayaq milo.Entahlah.Tengok diri sendiri bergeleng-geleng aje lah.Sama aje.Persoalannya sampai bila kita nak riang ria kononnya.Lemas dengan jajahan hedonisme.Konon negara merdeka.Tapi fikiran terjajah tak sudah-sudah.Mungkin inilah suntikan musuh ISLAM kat kita.Hedonisme.Persoalan aku sampai bila?

Terbayang pulak kalaulah tiba-tiba aje bom bom datang mendarat kat bumbung rumah.Machine gun memuntahkan peluru bertalu-talu.Apekah akan jadi pada kita.Dengan iman sekelumit semut.Apakah kita mampu untuk berdiri di medan jihad andai sahaja benar-benar berlaku.Gigit jari.Pengsan.Bila kita tengok dunia luar rasa berdiri bulu roma.Mungkin bukanlah semuanya senang kat Malaysia ni.Tapi adakah kita sampai tahap mereka.Golongan ulama pulak saling bertelagah.Ada jugak manusia yang tak sudah-sudah tabur fitnah.Kadang-kadang rasa macam hidup kat Malaysia ni macam mimpi aje.Bukan realiti bukan.Macam mana negara luar itu kadar indipendasinya yang tinggi.Merongkah mereka untuk langkah lebih maju.Tapikita hanya penuh mimpi-mimpi yang disuap-suap.Budaya suap-suap sampai gemuk tu bermula dari tadika-tadika lagi sampailah ketua.Tiada invensi sedikit sekali inovasi.Macam mana ni?Hanya mampu tengok dan tengok.Sampai bila?Akupon tak tau.Kbye.

No comments:

Post a Comment