TuneList - Make your site Live

Sunday 28 July 2013

HEKSAITED semacam

Assalammualaikum hidup.Wah aku berpagi-pagian hari ni.Baguih laa.Aku rasa aku ni dah kena sampuk mood heksaited nak masuk U ke apa.Hari-hari aku Google segala benda pasal USM.Pasal course aku.Mungkin dah rasa kematu sangat duduk rumah.Yang tak boleh blah nya seniors-seniors giat betul membantu bakal juniors.Dah berapa puluh group kat FB tu ada aku pon tak tau.Syukur laa ada kawan aku seniors diorang tak buat pon.Siap ada group ikot course.Buat countdown laa.Hahaha bakal-bakal juniors tu ponaku tengok lebih kurang aku je.Heksaited lebih.Hua hua.

Yang menambahkan keheksaitedtan aku ni pulaklepas baca major minor.Rasa precious gila.Tapi rasa konpius.Walaupun lambat lagi.Second year baru ada.Tapi aku rasa happy sangat.Antara course minor yang leh amik.Ada seni muzik,seni halus,math,psychology banyak lagi la.Semua yang aku macam ada minat-minat jugak.Tapi mata tu dah tertala kat seni.Hemm insya-Allah kalau tak ada aral melintang.Boleh lah aku kembangkan bakat terendam aku ni.Ehh.

Yang penting thanks a lot kat seniors-seniors.Pencerahan diorang bagi amatlah awesome.Tu kenal-kenal kat FB.Kalau face to face tak tau lah sampai ke tak keDADDYkasian itu.Haraplah sama.Ada yang risau-risau pasal orientasi.Hemm sebab selalu U ni open-minded.Ada yang risau pasal aktiviti tu campur laki pompuan.Menari bergelek menyanyi semua tu.Cemana nak komen hek.Malaysia ni sememangnya agak liberal.Tapi masa orientasi kat UiTM dulu.Tak de lah rasa teruk pon.Duduk asing-asing laki pompuan.Cuma kekadang tu faci ajak nyanyi joget-joget ringan sebab tanak bagi boring.Tapi pandai-pandai lah jaga diri kan.Buat sopan-sopan takde over.In fact benda ni memang lah tak appropriate dengan Islam.Tapi kalau kitanak bash mendadak macamlah nak berkesan.Pelan-pelan.Moga-moga baik-baik sahaja nanti.

Aku haraplah aku jumpa kawan yang boleh support aku.Aku ni bukannya mesra alam pun.Dah la pelik.Kalau ada stok-stok nak buat bajet tu.Babai siap-siap.Hahaha apa nak kisah jadi diri sendiri.Kalau orang boleh terima kita seadanya.Tu lah namanya kawan.Bukan sang talam lima muka yang nak amek kesempatan.Kbye.

No comments:

Post a Comment