TuneList - Make your site Live

Saturday 27 July 2013

Heart whisper ^.^

Assalammualaikum hidup.Dalam aku duduk-duduk fikir pasal diri sendiri.Banyaknya benda sengal aku dah buat.Banyaknya salah sangka yang tak sangka-sangka.Kadang-kadang rasa cam I'm the worst thing ever.But the only fact is I'm still fine.Sebab aku selalu menerjah perspektif hidup dari lensa mata aku.Sikit sangat dia nak lalu ikut otak dengan hati.Terus lekap kat mata lepas tu ungkapkan benda tu.Senang cakap banyak sangat ASSUME.Banyak sangat assume ni lah yang buat jadi tak ketahuan.Biasalah tu aku baru nak belajar.Walau dah besar tagun belajar tu tak akan pernah ada perkataan berhenti.
 
Rasa macam dah banyak kasi.Tapi realiti banyak kena suap ada la.Dalam hati punyalah ronta-ronta nak bebas macam burung.Nak bawak diri dengan bergayanya.Tapi tak fikir tahap apa aku ni kat mata orang yang masih tak mahu bebaskan aku.Diri sendiri pun jalan tak betul.Asyik nak jatuh.Senyum tengok diri sendiri.Maybe it's not the time yet.Yang aku pasti macam dah separuh lepas.Rasanya dah boleh bangun sendiri kalau jatuh.Perjalanan tu mungkin jauh lagi.Mungkin juga cuma beberapa tapak lagi.But to give all my best is the crucial one.Nak bebas dari angan-angan dulu tu lagi payah.Nak terima hakikat yang diri ini ada bagusnya di landasan lain.The fact that you not really that "science" kid.To blame that you are not do much enough.Honestly,you already give your best.But it didn't really work.Putus asa?Tak lah aku cuma rasa nak pijak arah lain.Arah yang sebenarnya aku dah ada sense of work it out.Benda yang selama ni macam cuba-cuba.Tapi cuba-cuba tu boleh dikatakan lawa lah jugak kan.Kata tak kisah orang nak kata apa.Walau dalam hati rasa nak kasi penampar jepun.Tapi selagi aku sendiri tak keluar dari kancah stereotaip tu.Aku pon sama je macam tu lah agaknya.Never imitate.Create.
 
Sekecil-kecil benda kalau niat hanya kerana Dia maka itu ibadah.Kalau ikhlas tak bercanggah insya Allah pahala tu ada.Untuk menjadi tidak stereotaip itu aku hendaklah letak cita-cita aku bukan nak senang hidup semata-mata.Tapi cita-cita nak curah bakti tu yang mahal.Cakap besar?Ntah lah aku pon baru nak jalan.Kita tengok sama-sama nanti.Biarlah aku bawa diri dengan makna aku jadi diri sendiri.Berpijak pada aku.Biarlah orang nak jalan cemana pon.Aku jalan macam aku lah jugak.Biarpun kadang-kadang senget-senget aku jalan.Nak buat apa aku rasa nak buat selama ni.Untuk peluang belajar buat kesekian kali nya.Aku masih selamat dan Allah masih bagi aku peluang.Sumpah rasa syukur sangat.Dapat belajar lagi.Alhamdulillah.Perangai lama yang keras kepala,sombong,buruk sangka dan suka fikir bukan-bukan tu memang kena campak buang.Rasa diri macam bagus dari orang.Perangai nak kepoh lebih-lebih.Make all those things history.This time you just go humble and steady.Act dumb,you'll learn more.Terima kelemahan dan repair.Senangkah berkata-kata.Tapi kalau tak cuba tak tahu juga.Once again just go humble and steady
 
Aku rasa nak jadi kawan baik dengan buku-buku ni macam zaman darjah-darjah dulu.Sekarang macam kurang.Seminggu dua buku at least.Wah.Banyak buku yang aku teringin nak baca.Tapi bukan semua boleh beli dan dapat.Haraplah library kat USM nanti tu buku dia berkoyan.Ulat buku?Accept your personality proudly.Hemm itulah aku.Selain hantu lagu.Art freak.Thats totally me.Satu je aku nak kena selalu ingat hidup ni kena ikut undang-undang Tuhan.Selagi ikut selagi tu it'll be fine.We need both.Hope and afraid.Ternyata dah umur-umur aku ni bukan lagi umpama kain putih.Maybe dah nak jadi hitam legam.Kena cari inisiatif nak curah clorox banyak-banyak.Lepas tu tambah warna cun-cun banyak-banyak.Hahaha we'll see.Remember jusst go steady and HUMBLE.

No comments:

Post a Comment