TuneList - Make your site Live

Thursday 15 August 2013

HURU HARA DUNIA

Assalammualaikum hidup.Baru-baru ini gempar dibicarakan tentang pergolakan yang berlaku di Mesir.Aku disini hanya mampu membuat muka sedih membaca upadate-update terkini di pesbuk.Ternyata media di Malaysia juga samar-samar mengenai hal ini.Mujur laa ada pesbuk.Syria dah macam senyap sikit.Sekarang Mesir.Dah kalau yang terbunuh tu sampai nak dekat tiga ribu orang dalam masa yang sangat singkat.Itu bukan konflik biasa-biasa.Malah sangat melanggar hak asasi manusia.Inilah akhir zaman.
 
Baru baca blog APG tadi.Sentap gila banyak benda aku tak tau.Ni pon dia kata for Dummies.Aku gigit jari sebentar apakah peranan kita disini.Tadi ada baca status sorang kawan aku.Dia cakap best baru tengok movie apa ntah.Then ada kawan dia komen "Sampai hati hang ada mood nak tengok movie lagi,saudara kat Mesir tu dok menderita".Aku terkedu.Aku keliru.Ternyata bukan masanya untuk kita berjimba lara.Tapi apakah kita perlu berkabung menunjukkan kesedihan sahaja.Bab berjimba tu benda ni dah macam makanan kita.Susahnya nak buang.Tak mustahil nanti Malaysia pon boleh berlaku benda yang sama.Macam-macam cerita laa sekarang ni.But for me,aku rasa kita tak boleh dah nak berjimba lara sangat.Dah sampai masa kita matangkan diri.Mungkin boleh strat pelan-pelan.Sampaibila kita nak tenggelam dalam fantasi bahagia kita kat Malaysia ni.Sedarkah kita itu juga bentuk ujian yang melalaikan kita.Sedangkan mereka disana meyabung nyawa demi mempertahankan jalan yang benar.
 
Ustaz Don pernah cakap dunia akhir zaman ni benda yang boleh selamatkan kita adalah Ilmu.Jadikita lah umat akhir zaman tu.Maka kita kena cedok ilmu tu sebanyak mungkin.Sebab siapa tahu apa akan jadi pada hari esok.Dunia pon dah tak normal lagi.Kalau boleh kita masa jumpa Tuhan nanti dengan Qalbun Salim.Kena pikir balik apa aku dah buat sejak aku bergelar akil baligh.Masya-Allah.Nak buang jimba-jimba tu susahnya rasa.Jelous tengok ada orang berani jejak kaki kat sana sebab nak tolong bela nasib mereka.Bertapa kuatnya azam mereka.Tak hirau nyawa sendiri.Dalam masa yang sama bagi memberikan perspektif yang jelas kepada rakyat Malaysia yang masih terkena pil kuda bahagia.Herrrmmm.Apa yang boleh kita buat disini adalah doa.Mungkin kita tak dapat nak jejakkaki bersama.Tapi doa tu pon senjata.Doa yang ikhlas.Kita yakin yang haq akan tetap menang dan yang batil itu akan tewas jua.Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment