TuneList - Make your site Live

Tuesday 20 August 2013

Am I ready??

Assalammualaikum hidup.Tup tap tup tap tak sampai dua minggu dah lagi nak masuk USM.Tudia cepatnya roda masa berputar.Rasanya baru hari tu abes asasi.Di kala menjadi pemerhati tegar tentang krisis-krisis yang berlaku di dunia persedian untuk  ke menara gading tu haruslah.Dunia menghadapi konflik kezaliman dan kurangnya erti kemanusiaan.Yang memilukan hati krisis itu berlaku dikalangan saudara seakidah.Sejauh mana benar manifesto perjuangan mereka.Tuhan jualah yang mengetahuinya.Yang mampu adalah kiriman doa.Kerana kita perlu yakin akan kemenangan itu tetap akan berpihak pada yang benar.Cuma masanya saja yang rahsia.Kita perlulah berusaha mencari yang benar.Puhhh.Lap peluh.

 
 
Nak masuk USM ni debar la jugak rasanya.Ye lah dah berkurun tinggal buku.Ni pon baru nak selak-selak nota zaman asasi.Warm up la katakan.Dari segi barang-barang tu takdelah dah cari semua.Adalah sikit-sikit lagi yang nak cari.Yang lain-lain tu pakai mana ada aje.Lagipun bab barang tak dak la nak risau sangat macam dulu.Ye lah dulu duduk jauh.Mana boleh main aci nak balik rumah kalau tertinggal barang.Ataupun nak call parents suruh hantar barang.Memandangkan USM ni beberapa jengkal aje.Tapi kenalah jugak naik kereta cross jambatan kebanggaan Pulau Pinang tu.Ceritanya hujung minggu boleh balik rumah.Tapi kena rajin-rajin naik bas laa sebab kalau nak harap parents ambik ceritanya tol banyak lah pulak.Sebelum nak sampai USM dari rumah aku tu adalah 4 tol gate nak kena lalu.Phewww.Minggu orientasi ni bawak apa nak pakai aje lah.Habis orientasi balik rumah laa ambik barang.Wah senang lenang hidup hang Nab.
 
Orientasi ada kem 3 hari 2 malam.Terbaik laaa.Dengar cerita senior-senior yang heksaited nak tunggu junior masuk tu macam seronoklah sangat.Tapi takpelah enjoy je laa.Jangan nak over bergelek laki pompuan sudahlah.Hahaha.9 hari aje nab.Lepas orientasi tu lega.Dari dok SBP dulu sampai sekarang orientasi orientasi aje keja nya.Takpelah adat lah kan nak belajar.Bab persediaan mental ni oke kot setakat ni.Haraplah boleh carry CS tu nanti.Mindsetnya nak buat betul-betul.Tak nak susahkan parents.Nak kasi sukses.Dan nak buktikan kejayaan itu ada kalau ada usaha.Wau cakap berabuk.Lantaklah berabuk ke bekabus ke.Nak kena strive lah.No more jula-joli melampau.Matangkan diri Nab matang matang matang.
 
Hopefully lah nanti jumpa orang yang nak ajak-ajak aku ke dunia tarbiyah.Dey hang la kena cari Nab.ye ye nak kena cari.Cari sampai jumpa.Kalau boleh tu istiqamah.Beringat sikit kat Tuhan kat mak bapak kalau nak buat hapekemende yang luar alam.Jangan nak pikir hang sorang ja.Akak akak usrah kutiplah adik yang dahagakan ilmu ni.Suap-suap sampai gemuk lagi sihat.Harap juga di USM nanti menjadi turning point untuk aku mencari erti hidup dan berbakti sebanyak-banyaknya.Sentap aku baca kat mana ntah dia kata ada orang pengalaman banyak sangat tapi sikit aje yang dipelajarinya.Ada orang pulak pengalaman dia sikit tapi pengajaran yang dia dapat tu banyak dan mencerahkan sepanjang hidupnya.Benarlah matang itu bukan pada usia tapi ia mengenai sejauh mana kita mengambil ibrah pada setiap detik perjalanan hidup kita.
 
Kalau boleh bukanlah CS aje yang aku dapat belajar nanti.Universiti tu kan gedung ilmu.Banyak ilmu yang boleh dapat kalau nak.Ni bukan soal kalau belajar tu dapat pengiktirafan atau tak.Tapi kepuasan untuk mengetahui sesuatu dan dapat belajar sesuatu yang baru.Ilmu itu darilah sehalus-halus seni hinggalah sekompleks-kompleks sains dan teknologi.Luas luas luas.Yang paling aku teringin sekali nak tahu pasal seni seni ni.Hurrmm pandai-pandailah cari peluang nanti.Bab persedia ration-ration ni memang aku nak bawak sebanyak-banyaknya laa.Segala biskut Hup Seng,maruku,kuih raya kita angkut hahaha.Oh ya lastly nak kena mula belajar berjimat.Tahu cara uruskan wang.Apapun kita hanya merancang.Allah jua yang menentukan.Btw selamat melangkah ke dunia UNIVERSITI buat aku dan kawan-kawan.Kbye.

No comments:

Post a Comment