TuneList - Make your site Live

Friday 23 August 2013

Bedah Buku : EDENSOR by Andrea Hirata

Assalammualaikum hidup.Aku baru habis reread (baca balik) sebuah novel dari novelis hebat dari Indonesia, Andrea Hirata.EDENSOR.Sebenarnya novel ni aku dah beli masa form two lagi.Bertapa berusianya novel tu.Cuma dulu masa budak-budak aku tak berapa faham apakah anaolgi dan cerita serta mesej yang dia cuba sampaikan.Aku hanya ambil dia sekadar cerita  pengembaraan dan mengabaikan maksud tersurat dan tersirat.Bila baca balik barulah aku tersenyum semula,tergelak sorang-sorang atau menggeleng.Dulu aku dengan kawan aku Filzah namanya minat gila dekat novel Andrea Hirata ni.Kami berkongsi bertukar-tukar buku.Memandangkan hikayat ini ada empat buah buku.Aku beli dua dia beli dua.Minat terhadap sastera ni tak tergambar bestnya.Merentasi latar belakang sesiapa jua.Wah sastera kau.hahaha.Ini adalah kali ketiga aku baca balik.
 
 
 
Oke sebenarnya kisah EDENSOR ni kalau nak lagi faham kena baca buku sulung dia.Aku rasa novel ni cukup terkenal LASKAR PELANGI.Siap ada movie dah pon.Lepas tu Sang Pemimpi.Baru Edensor.Kemudian penutup hikayat Maryamah Karpoov.Aku nak cerita pasal EDENSOR.Kisahnya mengenai dua sahabat IKAL dan ARAI.Lebih tepat lagi ARAI adalah sepupu jauh IKAL.Kalau nak tahu banyak pasal ARAI bacalah Sang Pemimpi.Pada mulanya novel ini berlatar belakangkan sebuah kepulauan yang dihuni orang Melayu,Pulau Belitong.Tempat yang miskin yang pernah dieksploitasi Barat dek kerana khazanah buminya yang mengayakan.Anak-anak dikepulauan itu ramai yang miskin dan tak ramai yang berpeluang untuk bersekolah.Kalau nak tahu lanjut cerita pasal sekolah kat situ kena baca Laskar Pelangi.IKAL adalah nama panggilan.Aku rasa semua coretan Andrea Hirata ni adalah cerita dirinya sendiri cuma ada tokok tambah laa kot.Dipanggil kerana rambutnya yang kerinting.Cerita kelakar bermula apabila IKAL ni sangatlah nakal masa dia kecik.Macam-macam dibuatnya.Kacau imam masjid lah.Mecuri la.Turunkan bendra Indonesia setengah tiang dan macam-macam lagi.Masyarakat Melayu pada masa tu sangat mementingkan nama yang diberi.Dan nama itu membawa maksud yang tertentu.Apabila perangai IKAL ni teruk sangat ayah dia tukar nama agar dia tukar perangai.Last-last macam tu jugak.Akhirnya bapak dia suruh dia pilih nama sendiri.Dia pun pilih nama berdasarkan nama seorang perempuan di dalam berita yang ingin bunuh diri.Dan melekatlah nama uniknya ANDREA HIRATA setelah tiga kali tukar nama.
 
IKAL dengan ARAI ni punyai mimpi yang sangat indah.Diorang nak mengembara di dunia.Tagline yang best dalam novel ni ialah "Bermimpilah Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi tu".Dare to dream big.Berkat susah payah mereka belajar dan bekerja sambilan mereka berjaya dapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke Perancis.Ayat-ayat Andrea Hirata yang jujur mengekspresikan pendapat dia buatkan aku gelak tak memasal.Macam-macam realiti masyarakat dia cupa nak paparkan.ARAI dengan IKAL memang mengharungi macam-macam dugaan masa dekat Perancis.Malam pertama diorang sampai dah kena halau dari apartment yang sepatutnya jadi tempat tinggal mereka  dek kerana salah paham.Mereka bergelandangan pada malam yang suhunya hampir nak mencapai bawah paras kosong.IKAL hampir kehabisan nyawa.Tapi Kebijakan sahabatnya ArAI membuatkan dia boleh bertahan.ARAI menyelimutinya dengan daun-daun yang mampu menghangatkan badan.Itu konsep sains.Humus.Apa yang aku suka Andrea Hirata suka membua paradoks antara masyarakat yang dia perhatikan dengan bangsanya sendiri.Tak lain tak bukan bangsa Melayu.Kadang-kadang ada yang macam lawak.Ada jugak yang bila baca gigit jari tepuk dahi.Realiti oh realiti.
 
Paradoks yang paling aku suka adalah mengenai ahli-ahli kelas IKAL.Semua ahli kelas berasal dari pelbagai negara.Andrea Hirata(AH) melakarkan watak-watak dengan bijak sekali sambil menerapkan identiti bangsa negara masing-masing.Pertama yang dia gambarkan adalah pelajar-pelajar British yang dipanggil The Brits.Dalam kelas The Brits ni adalah pelajar-pelajar yang lantang bersuara menyuarakan pandangan dan ketidak setujuan tanpa ragu-ragu.Tetapi mereka kekal beradab.Ye laa omputih laa katakan.Sekolah di negara mereka membenarkan mereka menyatakan perbezaan pendapat secara positif sejak muda lagi.Berbeza dengan kita kan kan kan.Mereka sangat berketerampilan dan kadang-kadang cepat menyumpah seranah seperti kebiasaan orang-orang British macam Bloody Hell atau Bollock.wahahaha.Seterusnya adalah pelajar dari Amerika.Kalau The Brit tu hebat yang dari negara Uncle Sam ni lagi superb.AH cakap dalam dicussion diorang ni lebih mendominasi,intimidasi dan menyebarkan khabar palsu untuk mengambil alih pemerintahan lepas tu mebangunkan ikatan dua negara kerana politik.Cukup ringkas dan padat untuk menjelaskan AMERIKA.hahahaha.Student dari AMERIKA ni digelar Yankee.Kalau Yankee hebat ada yang lagi hebat dari diorang iaitu pelajar dari German.Mereka tidaklah lantang bersuara tetapi lebih banyak memerhati merancang dan bertindak.Perancangan yang teliti.Mereka mengamalkan konsep 3 P "Preparations Perfect Performances".Dan yang paling hebat dalam kelas itu adalah pelajar-pelajar Yahudi.Seperti yang kita tahu jews ni memang banyak yang pandai-pandai.Sangat genius matematik.AH menceritakan Jews ni baik hati tapi menjaga jarak dengan orang lain.Mereka suka berkumpul sesama mereka dan seperti merencana sesuatu.Itulah jews.Penuh dengan idea-idea yang menggoncang dunia.Yang paling kelakar adalah pelajar yang paling bawah dalam kelas tu THE PATHETIC FOUR.Hahaha.Tak lain tak bukan ahli dia adalah IKAL,seorang pelajar india,seorang pelajar Mexico dan seorang pelajar dari Georgia.Semua negara yang agak miskin dan pernah dijajah.Dalam kelas diorang akan duduk paling depan dan terpaksa membawa perakam sebab tak dapat tangkap apa yang diajar.Keputusan mereka cukup-cukup makan saja untuk pass.Melihat PATHETIC FOUR aku rasa macam aku aje.Tepuk dahi.Tiada kesungguhan.Typical Malays.
 
Kisah selanjutnya adalah bagaimana ARAI dan IKAL mengelilingi EROPAH dengan cara backpacking.Dan mencari sumber duit dengan memakai kostum sebagai ikan duyung.Menjadi patung hidup.Kalau baca novel ni rasa macam aku sekali yang pergi backpacking.AH ceritakan dengan jelas orang-orang yang ditemui sepanjang perjalanan dia.Ada yang diorang kena rompak.Makan daun saja nak bertahan dari mati kelaparan.Oh ya ada satu lagi paradoks yang best.Kisah macam mana IKAL bercakap-cakap dengan poster Adam Smith.Bapa ekonomi.Dia tanya kenapa ekonomi kat negara dia tak kukuh.Adam Smith jawab balik sebab negara si IKAL ni penuh dengan rasuah.Berhutang sana sini.Gali lubang tutup lubang.Sebab itulah tak maju-maju.Mentaliti yang mahukan mudah kaya sekelip mata tanpa usaha serta mementing materialistik.Macam biar papa asal bergaya.Umpamanya seorang yang ingin berhutang datang berjumpa dengan si peminjam dengan menaiki limosin tapi si peminjam datang hanya dengan bas.Aku tepek dahi lagi.Itu macam kat Malaysia jugak je.Matawang pon dah jatuh.Nanti tak lama singgit tu jadi apa dah.Tu lah barang sekarang mahal.RASUAH.
 
Setakat itulah aku bedah.Sebenarnya banyak lagi kot.Kalau baca tak henti-henti jumpa paradoks yang buat kita geleng-geleng.Kadang-kadang aku teringin nak mengembara macam AH.Hahaha takpelah dah bercita-cita tu okelah.Novel ni aku kasi empat bintang setengah.Dia bukanlah novel cintan-cintun melayang tu.Tapi novel yang dihasilkan oleh seorang observer.Ayat dia selamba.Dan lawak.Bertapa AH ni nak live life to the fullest.Jadi dia tak takut nak merantau.Sekian bedah buku EDENSOR dari orang yang takde kerja ni.Kbye.
 


1 comment:

  1. Assalamualaikum,novel Edensor sudah di buat filmnya dan akan tayang bulan Desember 2013.Semoga bisa di tayangkan di negara Anda ya

    ReplyDelete