TuneList - Make your site Live

Saturday 24 August 2013

Baring tengok bintang

Assalammualaikum hidup.Kali ni nak nostalgia semacam.Hahaha tahun ni tahun terakhir nak jadi teenagers.Tahun depan insyaAllah kalau panjang umur dah 20 tahun.Waaa kenapa aku rasa tua semacam.Zaman bebudak dah berjalan-jalan tinggal aku.Masa untuk menginjak ke fasa yang aku kena guna sepenuhnya kewarasan akal.Dalam erti kata lain menjelmakan kematangan.Bahasa tu kalau tak hiperbola sangat tak boleh ke.Ni sebab aku demam baca Andrea Hirata.
 
Aku suka gila tengok bintang di langit biru.chewaah.Benda ni aku dah terjebak buat masa zaman hostel-hostel dulu.Zaman baru nak nginjak jadi senior.Ye laaa masa junior form one form two mana nak buat kerja gila sangat.Tido awal aje hahaha.Ye laa tu.Masa form 3 gigih nak PMR.Apalagi maasa form 4 lah kita nak honeymoon.Tabiat yang hampir melingkupkan SPM.Masa hujung tahun dah abes exam final time form 4 sumpah rasa macam dah habis SPM you alls.Segala buku dah dipacking.Kalau sekolah lain sibuk nak ajar silibus form 5.Sekolah aku takdenyaa berkesan.Semua dah siap plan nak tido sepanjang kelas,baca novel sampai pengsan ataupun main sepuas-puasnya.Siap dah bawak dah kad UNO laa ada yang bawak PSP siap.Hahaha itulah sekolah aku JENAN.Cuma cikgu addmath aku aja ajar jugak trigonometry yang masa tu aku paham sepatah ape pon.Berbalik pasal bintang.Malam-malam lepas isyak gitu aku ngan kawan aku akan buat megi pastu makan kat dataran hostel.Walaupun megi diharamkan.Dah kenyang terbongkang tu baring atas kerusi kat dataran tu.Beauty bintang.Rasa macam nak tetido aje kat situ.Tapi tobat satgi warden mai jerkah kami.Walaupun skill sorok menyorok dengan warden kami expert tapi tak nak lah di buat di tengah malam hahaha.Ataupun selinap keluar jalan-jalan jap malam-malam.Tengok langit kat padang.Beauty.Pandangan pada waktu malam sangat indah kecuali kalau buat sorang-sorang,Tu dah ada rasa lain.Dah selinap tu opkos laa ada je terserempak warden.The rest is history.
 
Dah keluar zaman hostel.Duduk rumah takdenya nak nampakbintang bagai.Rumah taman kan sesak-sesak semacam.Dan kalau aku nak gila sangat pegi naik basikal pegi padang kat belakang surau tu.Tobat mak ayah aku pi ligan aku suruh balik.Ye laa taman aku tu jangan buat main banyak international people.Bangla,vietnam,indon,myanmar semua ada.Dan sebab tu lah kucing kat tempat aku tak berapa banyak.Masa tu ingat zaman tengok bintang dah abes laa kan.Bila masuk ASASI kat PALAM dapat kolej dia atas bukit.Tempat tu pon tak pesat sangat langit.Jadi langit sangat-sangatlah clear.Dan ada jugak laa orang yang nak buat aktiviti tengok bintang tu sekali.Hihihi tapi kat PALAM rasa lagi epic kot.Sebab tempat dia cantik luas.Kat depan blok aku tu ada kerusi meja.Tempat tu lah port nak baring tengok bintang.BEST BEST BEST.Cukup tak berkata apa-apa.Aku rasa macam pari-pari taik bintang kat situ.Hahaha.Masa tu laa nak sembang-sembang ala-ala drama asia.Yang spoilnya pak guard ni pon tak nak kalah dengan warden zaman hostel dulu.Kena halau jua.Menghargai pemandangan ciptaan Ilahi buat kan jiwa kita tenang.Sumpah daripada nak hadap lappy ngan phone lama-lama.Tengok ciptaan Allah tu lagi best dan deep.Peneman bintang mestilah bulan.Bulan pon cantik.Aku terbayang kalau dunia yang hanya secebis ujian ni dah indah.Apatah lagi syurga firdausi sana.
 
Huhuhu dah nak masuk USM ni ntah ada tak port nak ngadap bintang.Nampak laut lah kot kan duduk pulau.Hopefully there will be some great views for me.Boleh cuci mata boleh layan perasaan.Emmm apa pon aku memang rindu semua tu.Oke bai.
 
 

No comments:

Post a Comment