TuneList - Make your site Live

Monday 1 July 2013

Si Pendiam

Assalammualaikum hidup.Rumah aku senyap sunyi.Sekarang pukul dua pagi.Semua orang dah diulit mimpi.Macam biasa tengah pagi buta ni lah aku nak hapdet blog.Tajuk entry macam aneh.Saja nak sembang tentang hidup.Bukankah itu topik yang selalu kencang dibualkan.Sebab kita masih diberi peluang untuk hidup.Alhamdulillah.
Pendiam.Introvert.Penyengap.Atau apa saja gelaran yang mahu diberi.Aku adalah salah seorang yang pernah menjadi pendiam.Malah sekarang masih ada juga.Mungkin ada yang kenal aku rasa aku ni bising-bising orangnya.Suka bergurau sengal.Tapi aku sebenarnya mengambil masa untuk develop diri aku agar aku bukanlah sang pendiam.Mungkin sisi pendiam aku masih boleh dilihat oleh orang-orang yang rapat dengan aku.Aku latih diri aku untuk petah berkata-kata.Benda ni jadi lebih giat bila aku masuk hostel.Komunikasi dan teamwork amat diperlukan.Senang kata dari introvert aku nak jadi extrovert.Apa yang buat aku mahu keluar dari dunia diam itu sebab orang selalu menganggap yang si pendiam itu pemalu,tidak konfiden atau anti-sosial.
 
 
Berhujah depan cermin adalah hobi aku.Aku menjadi pendiam kala dulu sebab aku memang begitu wataknya.Aku suka sangat membaca.Terutama tentang fakta,cerita atau psikologi.Jadi masa aku banyak di dalam bilik membaca semua buku.Jangan salah faham aku hanya suka membaca tapi aku agak malas study haha.Aku suka muzik.Masa kecil aku banyak dihabiskan bersama keyboard.Kalau keluar bermain aku tak tahu kenapa anak-anak jiran aku yang perempuan tak berapa suka kawan dengan aku.Kalau aku naik basikal depa kata aku nak show off basikal aku.Kalau aku ada mainan baru pon kata macam tu.Tapi bab nak pinjam mainan aku tu nombor satu.Sampai buaian yang ayah aku buat kat aku kat pokok depan rumah pon habes rosak.Pity me.Aku tak suka melawan apa lagi gaduh.Kalau aku gaduh pon aku akan menangis diakhirnya.Sebab tu aku lagi suka main dengan kawan abang aku.Budak lakikisah apa main je la.Segala aktiviti tak bertauliah aku buat.Tapi tak la semua benda aku ikot.Sebab tu aku lagi suka duduk rumah baca buku.Aku enjoy dengan apa yang aku buat.Mula lah dunia aku yang pendiam.
 
 
Menurut buku yang aku baca si pendiam ni bukannya pemalu.Ada juga si bising yang pemalu.Malu tu adalah orang yang takut dengan judgement orang lain.Cumanya si pendiam ni lebih suka banyak masanya dihabiskan sendirian.Lebih suka berfikir.Dia tak kisah kalau tak ada sapa-sapa dengan dia asalkan dia enjoy apa yang dia buat.Dan kerjanya lebih mantap kalau dia buat sensorang.Cuma apabila ramai orang dia kurang selesa.Jadi tiada salahnya jadi pendiam.Sebab tu antara karakteristik manusia.Cuma penilaian orang lain yang buatkan golongan pendiam ni rasa tertekan.Dan merasakan orang di dunia ni semuanya perlu menjadi extrovert.Cuma kalau anti-sosial tu lain la.Ni cuma pendiam.

Aku cuba menjadi extrovert sebabnya aku nak buktikan pada diri aku yang aku boleh menjadi keduanya.Dan menjadi extrovert kini dah terbiasa dengan aku.Aku suka sembang dengan orang even aku tak kenal.Aku suka kalau diberi peluang untuk bercakap.Aku suka kalau diberi peluang untuk berdebat.Tapi jauh kat lubuk hati aku,aku masih aku yang dulu.Bahagian diri aku yang pendiam masih ada.Cuma ada waktu dan tempatnya.Bagi aku tiada salahnya menjadi pendiam.Dunia kini terlalu menginginkan manusia yang mampu menjual diri mereka sendiri.Contoh yang paling besar adalah interview.Sekarang ni nak layak apa-apa pun perlukan interview.Sosial skill kena besar.Sebab itulah ramai yang introvert kena keluar dari dunia mereka.
 
Of course we can !!
 
Bagi orang yang pendiam aku amat memahami rasa menjadi begitu.Kita ada salah silah masing-masing kenapa kita pendiam.Disebalik diam itu ada bakatnya.Kadang-kadang bakat itu hanya tercurah dikala kita bersendiri.Tetapi dunia amat memerlukan kita untuk mengeluarkan bakat itu.Bakat yang dikurnia Tuhan itu harus kita manfaatkan demi kebaikan orang lain.Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi.Diam tak bermaksud bodoh.Malah lebih banyak kita diam kuranglah dosa kan.Jadi buat mereka yang extrovert hormatilah golongan yang introvert kerana kita saling memerlukan.Semua orang ada bakat yang perlu dikongsikan agar dunia ini menjadi lebih baik.Dan buat para introvert tidak salah mahu mencuba menjadi extrovert.Sebab bagi aku kita berjaya buktikan yang kita boleh jadi keduanya.Tapi kalau lebih selesa jadi diri sendiri.Itu lebih baik :D
 
 

No comments:

Post a Comment