TuneList - Make your site Live

Saturday 6 July 2013

Si Pendiam dalam Bising

Assalammualaikum hidup.Wahhh tiga hari lagi.Moga aku dan yang lain sempat bertemu dengan penghulu segala bulan ni.Amin.Entry kali ini dipadatkan dengan pendapat aku yang cikai ditambah dengan apa yang aku baca serba sedikit.Bagi menjawab beberapa soalan seorang sahabat aku setelah beliau membaca entry aku yang sebelumnya.
 
 
Soalan dia berkicauan begini.
 
 
Kalau kita ni lebih diam atau tetiba je jadi pendiam macam mana nak overcome pandangan yang tak penting dari orang lain? Salah ke kalau kita tak layan benda-benda tak penting tu sebab nanti kawan sehidup semati tu sentap.Salah kita ke salah mereka yang tiba-tiba nak sentap.Wallawehh.
 
Menurut yang aku baca, dalam dunia ini tiada insan yang betul-betul introvert (pendiam) atau extrovert (si riang ria sosial).Yang ada hanyalah kita ni lebih obvious ke arah mana.Contoh si introvert tu adalah masa untuk datangnya angin gila sampai jadi hyper tahap beruk.Bergantung pada waktu dan orang sekeliling dia.Dan sebaliknya bagi si extrovert.Menurut persoalan sahabat aku ni,dia seperti biasa seorang yang ramah mesra serta friendly.Dia menjadi sedikit introvert sebab nak fokus dengan kerja-kerja dia and at the same time nak kurangkan dosa-dosa free.
 
 
 
Mungkin kawan-kawan sekeliling yang terbiasa dengan gaya extrovertnya merasakan perubahan itu.Dan mungkin mereka berasa sedikit sepi dan bertanya "Kenapa dengan hang ni?Lain ja.Aku ada wat silapke?".Aku rasa kawan-kawan beliau cuma terkejut dan mungkin taknak sampai situasi awkward akan berlaku lantas bertindak menjadi hero kepada persahabatan itu.Menurut buku yang aku hadap kalau kita nak elakkan orang cuba mengomen-ngomen lifestyle kita.Kita cuba explain kat mereka.Alasan konkrit dan kenapa aku jadi camni.Dan minta agar mereka faham lantas memberi ruang.Namun jika mereka tidak boleh menerima dan hampir melontarkan bom tangan maka mereka yang sebenarnya bermasalah.Kalau aku kalau tamau panjangkan cerita sayonara sahaja.Kerana apakah gunanya menghadap insan yang tak mahu memahami.Atau at least cuba untuk faham.
 
Salahkah kita tak layan benda-benda alah tu?(gaya emo).Aku ada baca sebuah buku motivasi "The monk who sold his ferrari".Apa yang dia cakap adalah.Kita tidak akan mampu menyayangi orang lain kalau kita tidak dahulu menyayangi diri kita sendiri.Love yourself first before you can love others.Cara nak sayang diri kita adalah beri ruang kepada diri kita.Buat apa yang kita rasa betul dan berusaha tanak menyakitkan diri sendiri dengan benda-benda simple.Kalau diri sendiri tension jangan haraplah kita nak jaga hati orang lain.Lagi makan hati adalah kot nanti.Bab nak jaga hati kawan ni aku pon jaga-jaga jugak.Sebab aku pon ada pengalaman yang agak pahit ditelan.Jujurkan saja dengan apa kita rasa.Dalam masa yang sama kita dah bebas dari jadi hipokrit.Tapi kalau ada sebab rasional kita nak kena jaga hati kawan maka itu perlu.Dan yang paling penting adalah kawan yang awesome itu menerima seadanya kawannya.Bukan meminta-minta untuk itu ini.Tapi TERIMA.
 
 
 
Dalam novel HLOVATE anthem ni memang sesuai la kalau orang tu tetiba berubah beberapa degree.Aku suka ayat yang cakap "“if you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. don't curse those who calling you ignorant and stupid. find ways to prove them wrong. that, is satisfaction. much more satisfying than cursing them all the way to hell and back” .Tapi kita tak de lah sampai tahap nak curse ke yell ke.Tapi bila kita boleh tunjukkan kenapa kita berubah itu lebih memusakan.Memaafkan.Salah siapa bukan benda yang nak diperkecohkan.Lagi best kalau kita hanya maafkan.Bukan senang nak jadi pemaaf ni.Aku pon boleh terjun longkang jugak.Tapi at least kita try.Bak kata orang Melayu cuba try test(Kalau boleh semua perkataan yang ada maksud cuba tu nak combine.Lebih kurlass katanya)At least kita tak berendam dengan sakit hati atau benci menci atau sesi sentap menyentap.Sebab banyak benda lagi yang kita nak kejar weh.Mana nak kejar cita-cita nak kejar akhirat.Sesi merajuk-merajuk ni adalah sesi zaman tadika dulu kala.Sekarang ni kena banyakkan sesi faham-memahami,tolong menolong,atau sembang-sembang untuk riangkan hati dikala down atau sunyi.Disulam dengan gelak tawa serta sesi sapu air mata dikala sang sahabat perlukan bahu.Itu yang sepatutnya kot tahap-tahap umur dah banyak ni hahaha. Ukhuwahfillah itu penting juga.Malah ada hadis yang cakap "Tidak sempurna iman seseorang itu kalau dia tak mencintai sahabatnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri".Dalam maksudnya.
 
Aku tahu.Bukan senang.Bukan senang nak jadi diri sendiri sebab sering dibayangi takok lama.Bukan senang nak bahagia-bahagia dengan orang sekeliling.Tapi kita dah cuba.CUBA untuk mencantikkan dunia kita.Dalam buku TMWSHF tu pon ada cakap.Run your passion with all of your heart.And try to keep away those hanky panky that will tear you down.Because one day the happiness and success will surely flow over you.Gahaha aku ni geek buku-buku inspirasi camni.Bacalah.Best.Boleh buka otak buka mata.Aku just curahkan pendapat aku.Aku harap sahabat aku itu dapat menangani gelora itu.Amboi bahasa.Kbye.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment