TuneList - Make your site Live

Monday 8 July 2013

Random ntah apa apa

Aku hanya ada secebis hati yang kian kontang.Apa yang aku harapkan Ramadhanitu akan menjirus hati aku dengan basahnya cinta kepada Ilahi.Aku sering menunggu yang tak pasti.Sedangkan yang pasti itu ada depan mata.Entah la weh.Memang manusia macam tu kot.
 
Rindu akan zaman darjah-darjah dan zaman kolej-kolej dulu.Eh.Tapi siries cakap aku tak sabar nak masuk uni.Moga Allah bagi aku yang terbaik.Ada mimpi baru.Impian baru.Siapa tahu akan bagaimana masa hadapan itu akan kelihatan.Aku tak boleh rendam diri aku dalam takuk lama duh.Kalau tak perkara yang sama akan berulang.
 
Mungkin ada insan yang berkecik hati atau menyampah dengan aku.Aku minta maaf.Aku sememangnya manusia yang spesis hati batu.Tapi lembik aja sebenarnya.Entah apa yang aku bimbangkan sekarang.Aku cuma harap semuanya akan baik-baik sahaja.Kerana aku bukan siapa-siapa.Tapi aku menagih doa dari semua.Agar aku kuat untuk jalan.Apehal metafora dahsyat sangat ni.Lantaklah.
 
Oi Nabilah.Sudah-sudahla rasa sampah tu.Dah sampai masa upgrade diri jadi berlian pulak.Ewah.Jujurkan saja apa yang kau rasa.Ikhlaskan setiap langkah dan tingkah.Biar tiada siapa lihat.Biar saksinya adalah sang Pencipta.Jangan rakus sangat nak bagi ramai orang sentap.Kau tu dah cukup kasihan.Mujur ada yang masih sudi menjenguk.
 
 

No comments:

Post a Comment