TuneList - Make your site Live

Wednesday 26 June 2013

Kelip-kelip Hidup

Assalammualaikum hidup.Hari ini hujan mencurah-curah keladang gandum.Meningkatkan daya tarikan untuk aku menggoda sang bantal dan katil.Syukur kerana jerebu makin kurang.Moga aktiviti bakar sate warga indon dibantutkan kepesatannya.Alhamdulillah sikit lagi sampailah Ramadhan.Heksaitednya aku.
 
Kelip-kelip itu comel.Serangga yang perutnya ada cahaya.Tengah malam yang gelap pekat.Ada cahaya yang berkelip-kelip.Cantik.Hidup ni pon aku rasa camtu.Tak lain tak bukan kadang-kadang hidup kita mendung malah gelap serta merta.Kita tergagau-gagau kesedihan,kepiluan dan kemarahan.Selalunya aku duduk peluk lutut mata berair-air.Tahap hyper bantal dijadikan punching bag.Last-last tertidur dek exhausted yang melampau.Haha rasa gelap.Tapi selalu saja kelip-kelip itu datang.Allah hantar kelip-kelip tu sebab tahu aku ni lemah sangat.Kelip-kelip tu datang dalam berbagai bentuk.
 
 
 
Apakah bentuk-bentuk kelip-kelip yang datang tu.Tak lain tak bukan ialah pemandangan ciptaan Ilahi yang buat aku terpesona.Luas dan birunya langit.Angin sepoi-sepoi bahasa yang melanggar-langgar badan aku.Cahaya matahari yang kasi warm up badan aku.Burung-burung yang terbang bebas sambil melepaskan bom taik dimana saja mereka mau.Kelip-kelip lain adalah keluarga.Kala aku sedih parents ku cepat saja maklum.Dihidangiku makanan sedap-sedap.Dibawaku jalan-jalan.Diberiku macam-macam mainan.Eh.Hahaha tak lupa jugak kelip-kelip seterusnya adalah kawan-kawan.Bertemakan lawak sengal serta menjadi pakar motivasi tak bertauliah.Cukup.Untuk buat aku berjalan riang semula.
 
 
 
Siapa yang bagi? Tentulah Allah.Aku ni selalu aja lupa kat Dia.Tapi dia terus hantar kelip-kelip ni.Bagi aku enlighten balik.Bagi aku kenal erti syukur.Dan yang paling best menyentapkan aku motip untuk aku terus gagah bergelar manusia.Dia takkan bagi direct segalanya kat aku.Sebab dia tau nanti aku segan sebab aku tak dak apa-apa lansung nak kasi balik.Jadi kelip-kelip tu adalah medium kasih-sayangNya.Tiada kesudahan bagi orang-orang yang mahu berfikir.
 
Aku pon nak jadi kelip-kelip untuk orang lain.Sebab dah banyak kelip-kelip datang kat aku.Terima kasih untuk segalanya.Untuk disenaraikan berapa banyak kelip-kelip itu hadir satu A4 pasti tak pernah cukup.:D
 


No comments:

Post a Comment