TuneList - Make your site Live

Tuesday 25 June 2013

TRANSFORMASI

Assalammualaikum hidup.Aku baru siap lunch.Nak cerita jugak aku makan apa.Aku makan burger telur buatan sendiri.Serta 4 biji tomato ceri dan air kosong.Alhamdulillah aku ada jugak benda nak makan.Apakah motip cerita apa aku makan.Aku mahu sembang soal transformasi.Atau UBAH.
 
Seperti sedia maklum.Aku mengambil satu produk nutrisi dengan tujuan nak jadi slim.Satu benda yang buat aku sedar setelah aku ambil produk itu adalah perubahan.Eh kenapa dah kurus ke?Tak belum lagi.Kita sering dimomokkan bahawa kalau kita nak cantik kena ambik produk itu ini.Hasilnya kita terlalu mengharap kepada produk sehingga tidak melakukan daya usaha ke arah yang kita mahu.Sampai hati kita berharap dekat produk sedangkan kita makhluk bernyawa yang Allah bagi kudrat dan akal.
 
Ceritanya begini.Masa aku ambik produk tu aku ikut jadual dari sarapan sampailah dinner.Maka aku perlu buang tabiat manja aku yang suka mengunyah-ngunyah tanpa sebab yang sesuai.Dalam masa seminggu pon aku kehilangan beberapa kilo.Setelah sebulan ianya semakin baik.Dah lepas tu aku cuba prktikkan tanpa guna produk nutrisi tu.Cuma aku kekalkan jadual makan dan senaman.Makan tetap juga turun lagi beberapa kilo.
 
Nampak tak disitu.Apa yang dapat mengubah diri kita adalah kita sendiri yang cuba nak ubah diri kita.Segala yang lain tu hanya sebagai pembantu.Tiada yang percuma.Usaha itu kena ada.Maka hanya pada Allah sahaja kita bergantung.Selagi kita tak usaha selagi tu kita tak kemana.Ini bukan soal berat badan sahaja juga dalam soal hidup yang lain.Kita kena berani berubah.Berani mengubah cara hidup kita.walau sikit kita ubah.Ada impaknya.
 
So aku dah dapat konsep tu.Konsep kalau kita nak maju kita kena ubah benda yang tak elok jadi elok.Kalau tak sampai bila pon tak kemana.:D

No comments:

Post a Comment