TuneList - Make your site Live

Tuesday 25 June 2013

Berkata-kata tentang C.I.N.T.A

Assalammualaikum hidup.Macam biasa sekarang ni tengah pagi buta dan aku masih belum membuta.Nanti sang suria dah nak keluar baru rasa nak buat taik mata.Ntah apa-apa ja.Tajuk kali ni macam hot setap.Kononnya la.Aku rasa nak sembang pasal benda alah ni.Semua sebab aku terbaca status kawan baik aku kat Muka Buku.Status tu berkicauan sebegini.Aku kopi pes je ni.
 
"Tak sangka ada jugak kawan yg sanggup kata camni

" eh,serious ke kau tak pernah couple ?? Lawaknye..huhu,,sekarang zaman org cari pakwe cepat2 laa..kumbang dah makin sikit..ko ingat umo 19 tu muda lagi ke?? "

- amboih aih suka hati dia ja nak kata lawak tak lawak..memang awai lagi pon..belajaq pon tak habih lagi..tak payah la dok paksa org cari kumbang ka gajah ka beruang ka..sabaq dulu naaa
=='"
 
Dan reaksi aku pada masa tu adalah
 
lebih kurang laa.(hidung kembang kempis)
 
Aku tidak menghukum kawan kepada kawan aku tu.Sebab aku ni pon tak lain tak bukan manusia gampang yang sengal.Dek kerana dikhabarkan akhir zaman ni kumbang serta lipas semakin pupus.Dimomokkan diri harus memburu mereka dengan menggunakan Ridsect,Shieltox dan Fumakila dengan berlebihan.Apekah.Aku tahu jika aku berkata begini ada pihak yang akan mengatakan aku hanyalah self denial atau menyembunyikan kejelesan kerana tak ada kumbang atau lipas.Eh.Aku tak boleh nak salahkan sapa-sapa manusia tu ada mulut dan dia punya suka dia nak kata apa.(Tanpa rasa segan silu pada pencipta).Wahaha apakah itu cinta yang kita paham.Aku yang terlebih dos drama korea terbayang-bayang cinta itu adalah babak romentik diselit dengan konflik-konflik mengada.Ye ke?
 
 
 
Muda tak muda.Hahaha.Statement dia akan buat aku buat reaksi macam Prof Severus Snape kerana dia hanya merasa berchenta adalah motip utama menjelang tua.Itu sangat FUNNY.Aku tak ada pengalaman bab-bab cinta romeo juliet.Setakat crush sorang dua itu saja haha.Aku bukan mahu memandang enteng buat insan-insan yang sedang main chenta.Aku cuma tidak suka statement yang mengatakan "ehh siyes ke ko tak penah kapel ni?".Aku jawab "Siyes".Dek kerana dah terbiasa dengan trend bekapel-kapel ni dari yang HARAM jadi PERLU pulak.Ahhaa.Bagi aku bagi mereka yang kapel.Kalau anda nak kapel tu tak perlu lah menyendeng-nyendeng pada orang yang tak kapel dengan soalan bodoh tu.Sumpah sengal.
 
 
Satu lagi aku juga mahu ingatkan diri aku bahawa tiada manusia yang sempurna.Tidak layak kita mahu menilai seseorang itu menggalas segunung dosa dengan apa yang jelas dia lakukan contohnya kapel.Mungkin dibalik kegiatan tanpa sedarnya itu banyak lagi kebaikan yang dia buat cuma bukan gaya dia mahu menayang segala.Boleh jadi hati dia lebih tulus dengan cinta Ilahi.Cuma terkeliru dan tersalah  langkah.Mungkin kita rasa tak penah kapel kita dah bajet suci.Tak.Sebab mungkin kita ada banyak khilaf dan dosa yang tak nampak dimata.Itu lebih bahaya.Maka apa yyang perlu dibenci adalah dosa seseorang bukan orangnya.Konsep utamanya jangan menilai orang tak tentu hala.Sebab kadang terkena balik diri kita yang masih compang camping penuh bintik hitam di hati.
 
Aku juga mungkin terjebak dengan budaya kapel sebegini.Jadi aku bukan siapa-siapa mahu terkinja-kinja kata "Aku takkan kapel".Tuhan maha tahu apa yang akan jadi.Jadi aku mohon maaf kalau apa yang aku kata tadi macam ekstrem.Bebalik pasal cinta.Kalau nak dibentangkan tentang cinta tu sangatlah luas skop dia.Seperti yang semua maklum sangat cinta utama adalah cinta pada ALLAH.Kalau kita berjaya cinta utama tu insyaAllah cinta lain akan hinggap selagi tak langgar batas norma agama.Sangat sukar mahu mengkonsistenkan diri dengan cinta utama ni.Maka apa yang boleh kita buat adalah tidak berhenti berharap dan terus mencuba.Kalau rasa diri tu dah tak muda maka lebatkanlah dengan cinta utama ni.Sebab apa yang paling jauh dari kita adalah masa lampau dan yang paling dekat adalah kematian.Simple saja konsepnya kalau yang utama kita kukuh.
 
senang tak agak agak??
 
 
Aku rasa apa yang utama sekarang adalah ilmu.Sebab dengan ilmu kita boleh nilai mana betul mana salah dari segi cinta ataupun benda-benda lain.So sama-samalah kita jalan-jalan bukak mata bukak otak.Sama-sama pimpin tangan untuk jadi orang yang lebih baik.Sebab kalau aku jatuh ada tangan yang akan menarik aku naik semula.:)

No comments:

Post a Comment