TuneList - Make your site Live

Tuesday 23 July 2013

"Sains komputer??!!", soal makcik Eton dengan senyum sinis.

Assalammualaikum.Kali ini aku mahu cerita tentang apa itu sains komputer.Sebab musabab utamanya adalah aku bakal menjadi pelajar jurusan ini.Lagi satu aku ingin perbetulkan persepsi manusia-manusia yang skeptik dengan course ni.Orang selalu kata graduan course ni melambak.Dan macam-macam lagi.Aku pasti yang tak dapat pekerjaan tu mesti ada kekurangan something.Bidang apa pon ada orang yang menganggur.Mungkin skill yang ada tak dikembangkan sebaik mungkin.Jadi mengapa menghukum course ini sebegini rupa?Haha aku tahu bertegang urat pon tak jadi apa.Malah aku tak ada hak selagi aku tak buktikan yang sukses itu ada dalam bidang ini.Mungkin apa yang dikata-kata itu benar.Tak apa kita tunggu saja.Rezeki itu Tuhan dah tulis.Siapa kita nak kata itu ini.Siapa usaha adalah hasilnya.Diingatkan ini hanyalah pandangan kanak-kanak rebena yang lagi marhaen serta masih amateur tegar.Sebarang kompilasi jantung blogger tak akan bertanggung jawab.
 
Oke mari kita sembang pasal sains komputer.Atau dalam English Computer Science.Selalu orang panggil CS atau CompSci.Firstly kita masuk bab orang kita dulu.Rata-rata masyarakat kita hanya memandang komputer itu sebuah mesin.Jadi bila cakap pasal CS mesti diorang cakap apa yang kau nak belajar sangat ngan komputer tu.Hidup seharian manusia biasa dengan komputer selalunya urusan kerja.MS WORDS,POWERPOINTS,EXCELL,PHOTOSHOP dan banyak lagi software.Tak pon bukak browser nak online.Ramai yang bangga dengan engineer dan cakap engineer lah yang buat banyak mesin.Engineer lah baiki itu ini.Tapi diorang lupa yang software-software tu pon ada orang cipta.Orang-orang tu yang belajar CS ni lah.Dan CS ni pon ada termasuk bidang kejuruteraan.Kejuruteraan perisian.Kalau nak cakap skop masa kini.Tablet yang ada bermacam apps.Operating system phone yang hot setap cam Android,WINDOWS,Blackbery,Apple sapa yang buat ye agaknya.Ramai dok bangga-bangga dengan advancenya apa yang mereka pakai tapi aku tak paham kenapa ramai skeptik dengan course ini??

Ni makcik Eton time baby
 
 
Komputer bukan terbatas pada laptop atau PC.Kalau nak cerita pasal komputer ada mainframe,super computer dan banyak lagi.Dan dalam komputer itu memerlukan perisian.Perisian terhasil dari programming.Benda programming ni lah budak-budak CS belajar.Kalau sangka budak CS ni belajar cara-cara guna MS WORDS dan sebagainya memang silap besar la.Tu orang belajar masa subjek literasi sekolah rendah.Logic la sikit masuk universti nak belajar macam tu lagi.Macam matematik dulu kau belajar campur tolak darab bahagi.Masuk tahap tinggi belajar logarithm,functions,matrices dll.Tak pulak kau cakap hokaloh watpe nak blajaaa math kire kire nombo aje tambah darab tolak bahagi.Same thing goes to CS.Kalau BIO dulu kau takat belajar kulat tumbuh dekat roti.Masuk tahap tinggi kau kena tahu susur galur kulat tu pulak.Got it.Konsep dia sama.Kalau makcik-makcik pakcik-pakcik tu nak skeptic tu aku boleh laa terima lagi.Tapi kalau generasi aku sendiri generasi Y yang celik-celik tengok TV dah tu memang aku tak boleh blah laa kalau nak skeptik haha.Makcik pakcik sekarang pon advance apa pakai Iphone ngan tablet semua.So just gimmie 10 reasons why you telling me this course has no hope??Atau just cakap based apa yang kau dengar-dengar tu memang tak boleh pakai la. 
 
Kalau kat kilang-kilang tu mesin-mesin tu pon ada guna komputer guna software untuk kawal mesin kan.Bidang CS ni luas sangat.Dan bidang ni lah paling cepat advance.Tahun ni kau pakai WINDOWS 8 esok lusa dah WINDOWS 9.Betapa pesatnya bidang ini.Nak cakap pasal peluang pekerjaan.Sila bukak JOBSTREET dan lihat sendiri.Mungkin yang tak tahu programming tu apa?Setiap software itu terbina berasaskan programming.Komputer ni paham bahasa dia aja.Jadi bukan lah tup tup je boleh siap software tu.Nak kena belajar bahasa komputer lepas tu tulis code-code yang panjang berjela barulah siap software tu.Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google haha.CS tak terbatas pada programming aje.Ada multimedia ada sercurity dan banyak lagi lah cabang dia.Kalau kat luar negara siap ada budak-budak dah develop software.Diorang siap proud lagi.Malah nak belajar CS ni adalah antara cita-cita budak-budak.Kalau kat sini cikgu tanya tak lain tak bukan doktor,engineer,lawyer.Nampak sangat ini kesan mentaliti.Dan kes ini jugak untuk course-course lain yang dipandang kecik disini tapi di dunia sana dipandang besar.Thats why negara yang advance teknolog itu cepat aje membangun.Sebab mereka meraikan semua course.Ni tak lain tak bukan masalah mentaliti itu aje.
 
Bidang CS ni juga yang banyak membantu manusia mudahkan kerja.Dari seremeh-remehnya hingga yang paling kompleks.Nak kesan muka penjenayah pon guna teknolgi komputer.Bidang kimia ,perubatan pon guna komputer weh.So budak-budak CS ni boleh menyelit kat mana-mana aja.Ni aku cakap based on apa aku dah pernah belajar dan rujukan yang aku baca.Kalau nak tahu lebih lanjut memang google ada jawapan.Mungkin ada yang cakap."Kawan aku belajar CS tapi modem kat rumah dia rosak pon aku yang tolong.Aku belajar medic"Hahhaaa.Salahkan kawan kau tu jangan nak salahkan CS.Macam konsep kau makan kat kedai, makanan tu tak sedap.Adakah kau pergi marah makanan kau tu.Mestilah cari tukang masak.Untuk cemerlang dalam semua bidang mesti ada passion.Kalau rajin dan pandai maka senanglah nak sukses.Kalau belajar pon mahu tak mahu.Doktor pon ada yang tak cekap.Mungkin dulu dia study aje.Praktik kurang.Macam itulah konsep dia.
 
Sekali lagi ini hanyalah pandangan kanak-kanak rebena yang agak ganas.Banyak lagi aku tak belajar.Panjang lebar aku cakap kalini.Tak apa ini baru permulaan.Janganlah rasa down apa yang kita ada.Tak guna kalau kita nak cakap-cakap selagi kita tak buktikan.Nak bagi orang diam senag aje.BUKTI.Buat insan-insan yang skeptic hormatilah bidang minat orang lain.Kita saling memerlukan.Jangan sombong.Jangan prejudis.Kita sama-sama ada cita-cita.Jadi jangan burukkan imej cita-cita kita dengan menunjal orang lain.Kbye.

No comments:

Post a Comment