TuneList - Make your site Live

Tuesday 11 June 2013

Kompleks otak aku

Assalammualaikum hidup.Dah lama aku tak buat sesi luah otak kat blog.Rasa nak luahkan semua yang terbenak.Aktiviti pebret aku baru-baru ini adalah menyetalk seorang insan bernama Fynn Jamal.Opkoz aku suka anaknya yang comel tahap lapan.Tapi yang paling kick aku punya otak adalah puisi-puisi serta penulisannya.Aku tahu ramai yang akan sangka cara sampaiannya terlalu direct.Tapi aku suka yang tu tak payah kias-kias terus je sentap kat hati.Mostly apa yang dia tulis kena dengan jiwa aku.Tak hairanlah dia ramai peminat sebat apa yang dia tulis memang kena.Hahaha aku paham sesetengah manusia susah nak terima.So aku tak salahkan hangpa.Banyak lagi benda yang boleh baca.Carilah daripada sumbangkan caci maki.
 
Rasa bangga bila banyak generasi muda yang ada banyak idealogi dan pandangan bernas.Tapi suara-suara itu hnya terngiang-ngiang di laman sosial.Kalau dihala suara itu kepihak yang ada kuasa nyata dipekuk telinga.Katanya kita masih muda masih mentah.Walhal masa muda inilah otak ada pada tahap optimum.Mungkinkah pengalaman penyebabnya.Maka kalau tak bagi peluang memang tak kan pernah ada lah pengalaman itu.Aku generasi Y.Memang kenalah dengan aku sebab aku asyik tanya WHY WHY WHY.Kita hanya boleh sembang kencang dengan kawan-kawan sepermainan.Tapi nyata idea-idea kita hanya akan jadi kepul-kepul awan yang meneduhkan lagi hati yang memang dah kelam.Amboi ayat.
 
Hidup ni kena berani.Macamana nak jadi berani tu?Aku pon tak pasti.Memanjangkan leher cuba menelah masa depan.Mata jadi berbinar.Banyak kes dia.Hemm sebab tu lah kena jadi berani.Anak-anak Malaya ni dah cukup tuah.Makan mostly semuanya cukup.Pakai tak kalah gaya tak lepas trend.Yang susah tu ada.Tapi yang boleh hidup tu banyak.Telinga ni suam aja mendengar semua kebejatan sosial.Ntahlah aku no komen.Jujur aku pon selalu terdetik nak buat benda-benda pelik semua tu konon nampak cool.So aku rasa aku paham.Tapi semua tu bisik-bisik tengik dari setan.Kalau kita tak cuba cari Tuhan memang kita rasa hidup kat dunia ni selamanya.Realiti kita tengah kumpul bekal nak bawak balik.Tapi mostly sibuk nak buat bekal lain.Takpe starting point spiritual journey kita tak sama bak kata Matluthfi.Tapi jangan sampai tak jumpa jalan.Sebab kita dah nampak terang-terang jalan lurus tu.Aku doakan kita semua selamat.
 
Cita-cita?Benda ni yang aku semak nak fikir.Sebabnya tak pernah tetap.Susahnya.Apakah itu PASSION??Aku tak jumpa-jumpa.Cemana rasa dia.Aku cuba buat PASSION tu tapi aku pun tak pasti.Tapi aku percaya selagi kita pijak kat bumi yang nyata dan niat kita elok mesti Tuhan bagi jalan.Kita sering ingat semuanya akan jadi elok-elok sahaja.Hakikatnya kita akan diuji.Ujian itu menilai sejauh mana tulus hati kta yang kita rasa kononnya suci.Aku nak ingatkan diri balik.Jadilah insan untuk berbakti.Bukan nak makan sorang-sorang.Tak best lansung makan sorang-sorang.Ilmu kat diri ni macam semut.Apa sangatlah yang aku belajar.Kadang-kadang tak lekat pun.Dah tulis kat exam semua pon hilang masa tu.Normalah memmori manusia.Tapi kalau tak ingat lansung tu parah.haha(gelak hambar)
 
Apekah yang aku merepek ni.Aku hanya mahukan hari yang lebih baik penuh dengan harapan.Dimana bila aku jalan-jalan semua orang aman-aman dan happy aje.Sukarnya benda tu kat akhir zaman.So pilihan kita sekarang satu aja berjuang berhabis-habisan bagi bahagia yang mungkin bukan disini tapi disana. :D

No comments:

Post a Comment