TuneList - Make your site Live

Sunday 28 April 2013

Buah fikiran kanak2 rebena PRU13

Assalammualaikum hidup.Baru2 ini mendapat mood yang berkobar-kobar untuk mencoret buah fikiran ini.Acap kali sahaja di corong2 media heboh sungguh dengan politik.Bukak TV3 penoh dengan pro kerajaan.Sampai nak sampai segmen sukan baru laah berita2 ini stop.Aku sekadar suka-suka mendengar hujah2 kerajaan.Lepas tu aku jamu mata hujah2 pembangkang serta penyokong mereka yang tidak ada peluang untuk bersuara di media massa.Aku sebagai golongan kanak2 RIBENA hanya mampu mengangguk2 kadang2 menggeleng2 melihat telatah mereka.Pabila terasa logik kepala kepala ini mengangguk2 tatkala terasa sampah aku hanya mampu membulatkan mata.
 
 
 
Ada golongan di alam maya ini yang hanya tahu menyumbang kata yang menjentik jiwa sesetengah pihak.Masing2 sangat2 kagum dengan parti masing2.Hingga seakan2 hujah mereka mengalahkan calon2 yang bakal bertanding.Mereka lebih mengetahui kelansungan manifesto2 yang dibentang.Lebih pakar dalam soal belanjawan meskipun SPM mereka...(haha x tahulah)Ishh2 hebat betul mereka ni.Aku sering membayangkan mereka ini hanya insan2 kaki intenet yang bertafakur di depan lappy membuka FESEBOK 24/7 mengskrol NEWS FEED x henti2.Mengharap2 ada kotak merah di bahagian atas(notification).Hahaha geek saja.Fakta2 mereka berdasarkan page2 tertentu dan senjata mereka adalah MR GOOGLE yang ada segala fakta dan auta.Aku bayangkan saja laa.Tak tahu lah kalau mostly mereka adalah insan yang berkaliber senantiasa.
 
 
 
Aku sebagai kanak2 REBENA yang belum layak mengundi tidak kisah sekiranya sapa2 hendak menaikkan manifesto parti2 kegemaran mereka.TETAPI.mengapa perlu cemari keharmonian ini dengan menunjal2 sesama sendiri.Rambut sama hitam tapi hati pon sama HITAM laa kot.Apa salahnya perbincangan itu bersifat membina seperti kritik2 membina bukan caci maki bersemburan hina.Aku tahu bukan semua manusia ini sempurna tapi kalau dah ada akal tu kalau aku panggil insan tak sempurna mau kena penyepak.Aduhai Malaysia dah puas bergomoi2 dia singgah YOUTIUB sat bukak GWIYOMI.Oh yeahh sekarang kan dunia social network.Apa saja benda aneh cepat aje jadi TREND nya.Begitulah dunia akhir zaman dimana fitnah itu amat dekat(AL_MASIH).Anak2 muda ada yang ambik tahu.Ada yang suka2 usha.Ada yang x kesah lansung.Masalahnya bagi aku aku hanya mampu menilai melalui mentaliti aku seadanya.Siapa yang menang aku tak kisah asalkan kurangkan KORUPSI tingkatkan PRESTASI.Aku sebagai generas masa hadapan amat perharap tampuk pimpinan ini diwarisi insan sewajarnya.Soal kaum aku tahu ramai orang MELAYU amat mementingkan KETUANAN mereka di tanah yang makmur ini.Dan hal ini menyebabkan kaum2 lain yang kian hari bertambah gah mahu menuntut hak2 mereka yang seakan2 terabai sejak dahulu.
 
Aku amat kagumi ideologi dalam sebuah filem HENDOSTAN yang bertajuk My Name Is Khan lakonan mantap oppa shah rukh khan.Ahjussi dah kot.Dalam tu mak kepada Khan ni ada cakap dekat anak dia dia lukis dua gambar seorang Hindu.Seorang ISLAM.Dan dua2 orang ni bagi gula2 dekat Khan.Dia cakap dekat khan ada beza ke dua orang ni?? Khan cakap x de laa dua2 pon baik.Last2 mak dia cakap dalam dunia ni ada dua jenis orang sahaja baik dan jahat.Tu jeee.Agama itu adalah jalan hidup masing2.Hidayanh itu milik ILAHI.Kita yang dipilihnya harus bersyukur.Namun kita jangan lupa kita diperintahkan untuk berbuat baik sesama makhluk tak kiralah siapa kita.Andainya seluruh dunia boleh berfikiran sebegitu kan bagus.Tapi x dinafikan masing2 amat mementingkan perkauman hingga kita pon kena turut sama berjuang supaya kita bukan dalam golongan yang ditindas.Jadi aku harap anak2 MELAYU tidak muda alpa kerana yaaa mungkin mereka menjanjikan kesamarataan.Namu kebenarannya sekadar mana.Kita harus bersedia kerana dunia sekarang dipenuihi bukan hanya watak baik dan jahat.Malah ada macam2.
 
Aku hanya mampu berdoa agar rakyat jelata membuat pilihan yang bijak bukan untuk kepentingan diri tapi demi kepentingan MALAYSIA.Aku hormati pemimpin sedia ada yang juga banyak menyumbang meskipon ada berita yang x sedap saja didengar(x pasti kebenaranyya).Namun aku juga kagumi sesetengah pemimpin2 dari pembangkang yang punyai kaliber yang utuh.Wait and see.Itu shaja.Harapnya nanti siapa pon yang memerintah harap2 keamanan yang dijana.Jikalau dusta itu benar2 berlaku akan ku bangun berjuang juga menggulingkan tampuk yang hanya membawa durjana itu.Cheeewaah.Aku sayang negara aku dimana aku dapat belajar keharmonian pelbagai kaum.Tapi ada saja pembangkit yang mencetus ketidakamanan ini.Oke sudah cukup cukup sudah aku bebel kat blog.Oke salam ukhuwah.

No comments:

Post a Comment