TuneList - Make your site Live

Saturday 6 April 2013

Belajar menerima dan mencintai DIRI

Assalammualaikum hidup.setelah sekian lama tidak menghupdate blog.Hari ini rasa nak update blog.Sebab sekarang ini akan wujud waktu senggang yang sangat panjang.Hal ini kerana saya dengan rasmi nya telah mengakhiri kisah saya sebagai seorang pelajar asasi PALAM.Weeehaaaa kelegaan sementara yang dirasai amatlah menyamankan walhal result akan keluar tak lama lagi.Bagi mengisi masa kosong sepanjang cuti ini masih dalam perancangan.
 
 
 
Oke berbalik pada tajuk entry kali ini.Aku rasa benda ini amat perlu aku tahu.Yelah kita sebagai manusia ni selalu je rasa tak cukup.Kita nampak orang lain punyai segalanya.Kita hanyalah picisan-picisan sahaja.Aku akui aku pon selalu gak laa rasa camtu.Dan at the same time aku rasa down gila.Aku rasa I got nothing.Tapi bila aku pikir2 balik.Semua yang tuhan dah plan kat kita ni dah cantik.Kita cuma kena laluinya dengan baik agar kita makin dekat dengan ALLAH.
 
Setiap manusia ada kekurangan ada kelebihan.Sebab itulah kita saling melengkapi.Tak semestinya kalau orang itu pandai melukis,kita pon nak kena pandai gak.Tak salah tu,manusia ini dilahirkan dgn genetik yang unik bagi setiap seorang.Jadi mustahil lah untuk kita ada abiliti yang sama.Kalau sama pon caranya berbeza.So tak payah laa kita nak rasa down dengan hal2 macam ni.Mungkin laa kita ni agak terperuk sikit dengan mentaliti orang kita.Haa apakah mentaliti tersebut....
 
 Masyarakat kita hanya spesifikasikan kepandaian tu hanya pada angka dan tulisan.Atau erti kata lain akedemik semata-mata.
 
Haa.Betul ke tidak aku tak tahu laa.Tapi yang selalu aku nampak macam tu lah.Sebenarnya skop kepandaian tu amatlah luas.Cuma yang paling diiktiraf tu akedemik laa.So tak payah laa kita risau akan statement sebegitu.Sebab kalau kita risau kita pon sama je laa.Apa yang boleh kita buat ialah keep think positive dan terus berusaha menggilap apakah kelebihan kita.Sebab kalau nak terus dengar apa orang kata atau menerima pandangan2 yang terlebih darjah umpama menadah tangan mengumpul tahi.Ehh.haha maksudnya useless laa.
 
 
 
 
Diri kita memanglah tidak akan pernah perfect.Jadi janganlah kita terlalu kejarkan kesempurnaan yang tak bersebab.Tapi setiap hari tambahlah ilmu kita,belajar benda baru,baiki kesalahan lalu untuk menjadi lebih baik.Kita mestilah sentiasa optimis dengan apa yang kita buat.Janji apa yang kita buat tu x melanggar syariat.Hemm tak semestinya kalau kita gagal hari ini kita gagal selamanya kan.Haaa jadi kita kenalah rancang hidup kita betul2 agar x menyesal.Perancangan kita janganlah hanya tertumpu pada yang tinggi.Tapi plan laa jugak hidup kita andai kata kita tidak dapat apa yang sebenarnya kita inginkan.So x de laa kita cuak sangat andai ada apa2 jadi.Sebab itulah kita kena belejar terima diri kita seadanya.Agar kita ni jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
 
Kalau kita asyik nak bandingkan kita dengan orang lain.Kita memang x kan pernah rasa cukup.Sebab dah terang tant tang Allah jadikan kita ni berbeza2.Salah satu solution untuk masalah ni ialah, tak perlulah kita nak berlumba dengan orang lain,tapi lumbalah dengan diri kita sendiri.Kalau hari ini kita malas baca Al-Quran,besok2 kita rajin baca Quran siap tafsir lagi.Haa lumba dengan diri sendiri ialah kita mengatasi diri kita yang dulu untuk jadi lebih baik.Konsep ini amat simple.So x de lah kita nak rasa iri hati ke sakit mata ke tengok orang lain.Sebab tu lah kita kena sentiasa berlapang dada.
 
 
 
Oleh itu,belajar lah untuk menerima setiap inchi diri kita  sendiri.Sebelum kita layak mencintai orang lain kita kena tahu macam mana nak cintai diri kita dulu.So kalau2 rasa nak give up tu jangan laa.Sebab hidup kita kat dunia ni dah ditulis cantik oleh ALLAH.Cuma kita lah yang harus bijak memilih cara yang tepat untuk menyusuri jalan yang indah itu.Well bila aku fikir balik,banyak benda lagi yang aku x buat.Dan aku x da masa nak rasa give up.Hidup kat dunia ni adalah ladang akhirat.So stop worrying and start living.Sebab semua masalah tu ada solusinya.Hemm hiduplah dengan niat untuk berbakti semula kepada dunia dan manusia.Itulah yang sepatutnya.Segala bentuk kekayaan dan kesenangan janganlah dijadikan matlamat hidup tapi jadikan sebagai alat untuk kita capai kejayaan.
 

 
Sampai sini je entry kali ni.Aku nak kena tengok2 balik hidup aku.Agar aku dapat merealisasikan impian aku untuk mencari yang MAHA SATU.Sesengguhnya rahmat ALLAH itu sangatlah luas.Oke bye.SALAM UKHUWAH :D

 

2 comments:

  1. suka baca ni... penuh ngan inspirasi....
    aku pun ada masalah yang sama...
    dalam proses mencari diri sebenar....
    huhuhu..
    so sama2 la kita baiki diri....

    ReplyDelete