TuneList - Make your site Live

Monday 8 April 2013

Sayang....

Assalammualaikum hidup.Disebabkan aku masih belum dapat kerja untuk penuhi kesenggangan ini maka banyak laa masa aku nak hapdet blog yang poyo ini.Kuang3 tajuk hari ini macam gedik semacam ye.Haa nak tahu gedik tak gedik entry ni baca laa.Ceyyy bajet orang nak baca blog dia lettuw.Apa2 je laa.
 
 
Sayang apa khabar dengan mu.Haaa bukan pasal lagu tu yang aku nak habaq mai.Tapi recently aku baru baca SOLUSI edisi ke 53 kot tak silap.Yang agak menyentapkan urat saraf aku dikala aku alpa menelan cikedis-cikedis dunia.Yup apakah yang aku baca tu.SOLUSI mengetengahkan tentang MEZALIMI DIRI SENDIRI.Dasyatkan tajuk dia.Ramai yang menyangka mereka ini benar2 menyayangi diri mereka dengan memanjakan diri ke SPA setiap minggu atau berlari2 atas threadmill.Namun menyayangi fizikal bukahlah prioriti dalam mencintai diri.
 
 
Apa benda laa menzalimi diri sendiri ni??Well dalam erti kata mudah yang lain ialah kita melanggar segala perintahnya.Analoginya macam ni kita ni suka sangat makan benda manis.At last kita dapat "sweet pee"yakni kencing manis.Salah kita laa makan banyak sangat benda manis.Kita dah zalimi diri kita yang sihat padahal kita boleh elak dan kita tahu makanan manis membahayakan jika berlebihan.Haaa macam tu laa lebih kurang.Kalau kita ni banyak buat dosa last2 neraka laa jawabnya.Tak ke kita menzalimi diri kita sendiri.
 
 
 
 
Kata lawan bagi zalim ialah adil.Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.Jika kita selalu menghukum orang lain zalim kerana menindas kejam dan sebagainya,dalam x sedar kita pon zalim jugak sebenarnya.Zalim pada diri sendiri.Zalim pada diri sendiri adalah punca kita zalim pada orang lain.Ye laaa bila hati dah kelam mula lah macam2.Entah2 kita ni lebih zalim dari Adolf Hiltler.Di balik muka2 yang innocent tu mungkin terlindung seorang yang sangat zalim.
 
 
 
Tak kesian ke kat diri kita bila kat akhirat nanti.Ye laah kita ni main buat benda ikut suka hati kita.Ye laa ada yang kata kubur lain2.Hebakk mu hebakk.Kita mengumpat orang kita zalimi diri kita.Kita lawan cakap mak bapak kita zalimi diri.Kita saji mata kita dengan benda yang "baik" kita zalimi diri kita.Banyak sebenarnya jenayah kita kat diri kita.Moga kita dijauhi dari menjadi golongan yang rugi sebab kita sebenarnya tahu.
 
 
 
Jadi solusinya kita kenalah sayang kat diri kita.Aku pon rasa bersalah sebab dah banyak kekejaman aku buat kat diri aku.Sekarang aku nak belajar SAYANG diri aku.Hemm biarlah sikit2 asalkan terkesan dihati.Cemana nak SAYANG diri ekk?? Amal makruf nahi munkar laaa.Cakap senang nak buat tu depend laa kat diri sendiri.Kat dunia yang maha luas ni banyak benda baik kita boleh buat.So don't waste it laa.Kalau kita wat benda baik kita dah labur saham kat akhirat.Diri kita yang dapat benefit nanti.
 
Oke laa sampai sini saja apa yang aku nak tulis hari ni.Ada rezeki leh tulis lagi.Banyak benda aku nak tulis sebenarnya.Bagi mengingatkan diri aku yang selalu lupa.Jom sama-sama kita mencari yang MAHA SATU.Rahmat ALLAH tu sangat luas jangan pernah putus asa.INSYAALLAH...Oke SALAM UKHUWAH :D

No comments:

Post a Comment