TuneList - Make your site Live

Thursday 1 March 2012

BELAJAR PADA PERSPEKTIF AKU....

Assalammualaikum....dia mai dah tudia mai dah!!!...Sapa yang dah mai ni...Bulan MAC ni mai dah...Yang buatkan aku makan tak lalu, tido tak lena...mandi tak basah...haha lebih-lebih..Sumpah aku takut gila kot...Hanya ALLAH yang tahu perasaan aku...Sekarang aku nak luah segala-galanya bagi rasa lega.....Ya ALLAH kurniakanlah aku sedikit ketenangan....



Honestly aku bukanlah pelajar pintar...tapi aku tak dak laa bodo...Aku tak dak la rajin tapi aku memang malas...Study...mungkin masa last minute tu pulun macam bajet genius boleh sumbat segala macam...Tapi tu laa bila kenang balik...Menyesalnya aku tak pulun dulu....Tapi aku tau semua tu dah tak guna...Anyway aku dah usaha...Sekarang masa untuk tawakal saja...Tapi bohong la kalau aku cakap tak takut lansung..Tapi nak buat camna redah ja laa haha..





Sekarang aku nak cakap BELAJAR PADA PERSPEKTIF AKU...Honestly deeply truly aku sangat tak suka sistem pembelajaran di MALAYSIA.....Maksud aku..setiap orang ada kelemahan dan kelebihan....Kenapa perlu mengambil berbagai jenis subjek yang terlalu banyak yang kadang kala melangkau kemampuan pelajar..Memang tak dinafikan ramai yang cemerlang kian tahun...Tapi aku nampak macam kita terlalu pentingkan KUANTITI dari KUALITI....Contohlaa Kalau seseorang tu dapat straight A....Tapi sorang lagi tak dapat straight A...Tapi dia punya markah dalam satu subjek contahlaa ADDMATH dia lagi tinggi dari yang dapat straight A...Pastinya lebih banyak tawaran biasiswa akan diberi pada si straight A tu....Dan dalam masa yang sama kita telah bazirkan kelebihan pelajar yang cemerlang dalam ADDMATH tu atau senang kata diabaikan...Ni cuma pendapat tak matang aku lagi  jahil tak tau apa-apa...




Lagi satu mentaliti orang kat MALAYSIA ni pon masalah jugak...Ibu bapa sentiasa mahukan anak dia PERFECT dalam pelajaran....Hantar tusyen sana sini....Tapi tahukah meraka kadang kala batin anak-anak mereka menjerit kerana terasa bagaikan hamba abdi kepada peperiksaan....Adui exam oriented ni memang membuatkan ramai student kat negara kita ni stress muntah hijau...Aku pon dari kecik mindset aku....belajar rajin-rajin...nanti jadi pandai dapat kerja bagus...dan aim utama aku nak jadi KAYA...hahahahaha..itulah mentaliti masyarakat kita....Yang akhirnya ilmu yang dipelajari tak ada makna apa-apa kecuali untuk mengaut kekayaan bukan demi kebaikan makhluk kat bumi ALLAH ni....


AYAH : Besar nanti jadi engineer tau

MAK :  X de x de besar nanti jadi doktor

ANAK : aku nak jadi petani jaa (dalam hati)


Oke mostly pelajar kat negara kita ni...banyak menghafal...kadang-kadang tak tau pon depa hafal apa....segala fomula addmath....kimia fizik dan boleh dikatakan semua subjek....Kita belajar bagaikan menghafal...dan lepastu dicurahkan pada kertas exam dan hilang terus..So tiada pengaplikasian ilmu yang kita pelajari sia-sia....sangat-sangatlaah rugi kalau macam tu...Kualiti pekrja kat MALAYSIA pon akan LOW laaa sebab tak ada semangat belajar dan mengkaji pada diri kita...yang ada hanyalah menghafal benda yang sememangnya ada dan hanya setakat itulah kita...Bukannya tak ada orang yang bersemangat dalam mengkaji tapi mereka terkongkong dengan sistem pembelajaran yang boleh dikatakan lebih teruk dari buruh kanak-kanak hahaha...


HAFAL DAN HAFAL



Tapi sistem exam oriented ni ada baiknya jugak...sebab masyarakat kita ni selagi tak paksa tak buat la dia...Tapi sampai bila trademark ni nak melekat kat kita...Sampai kiamat??? Agaknya laaa....Aku bukannya mahu apa...aku just mahu menjadi pelajar yang bebas...Iaitu kita bebas belajar mengikut minat kita....Dan kalau jawab exam tak perlu memberi jawapan yang sebijik macam dalam skima jawapan..Tapi kalau membawa maksud yang sama tetap betol...Ramai pelajar yang faham akan apa yang mereka pelajari..tapi mereka tak ingatlaa ayant sebijik macamana nak jawab...tapi kalau jawab ikot suka habis salah semua...AHHHH sampai bila nak jadi macam ni....Mungkin kepesatan dunia membuatkan semua ni terjadi...Apa yang aku impikan ialah...belajar dengan minat yang mendalam...diberi peluang memberi pendapat sendiri dan diberi masa untuk memahami...Diberi peluang untk mempraktikkan apa yang dipelajari..bukan hanya hafalan semata-mata...Itulah pendapat aku....Aku rasa eksperimen kat sekolah tu macam aci celop jaaa....Dan kadang-kadang tak buat pon buat report teruih...tudia hebat sungguh..




Jadi macam mana aku nak buat ni....aku tak boleh duduk diam jaa~..Aku tak mau jadi mangsa....Tapi aku tak boleh nak salah kan sapa-sapa....Aku kena tertus berusaha...Macamana yaaa...Aku kena berani hadapi sebarang kemungkinan selepas ini....Baik atau buruk result aku nanti bukanlah noktah dalam perjuangan aku..haha nak sedapkan hati yang dah kelat ni...Aku percaya 100% pada apa yang ALLAH dah bagi kat aku sebab DIA dah kata man jadda wa jadda....Bermakna kalau aku tak dapat adalah aku salah kat mana-mana..Ouh ya untuk menguatkan lagi semangat aku...Aku memang kagumlaa dengan satu watak dalam filem hindustan ni...walaupun hanya watak..tapi dia cukup memberi inspirasi kat aku...Nak tau sapa...beliaulah RANCHODDAS CHANCHAD lakonan mantap AAMIR KHAN hero pujaan aku...Mesti hangpa penah tengok kan filem yang sangat femes iaitu 3 IDIOTS...sapa x penah tengok tu aku sarankan tengok hahaha...





SIAPA RANCHODDAS CHANCHAD NI ??





Hahaha nama pon dah keling...aku nak bagitau perangai-perangai dia yang aku kagum..

DIA BELAJAR UNTUK MEMAHAMI BUKAN UNTUK HAFAL

DIA BELAJAR KAT MANA2 KELAS DIA SUKA

DIA IKHLAS TOLONG KAWAN DIA

DIA SANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH

DIA TAK PERNAH TUNJUKKAN KESEDIHAN

DIA TAK BERDENDAM

DIA SANGAT MENCINTAI ILMU

DIA TAK TAKUT NAK HADAPI HIDUP

DIA PENYABAR

DIA NAKAL HAHAHA

Dia ni memang pakej lengkaplah sebagai seorang pencinta ILMU...Dalam cerita ni dia telah disuruh oleh majikan yang membelanya untuk menyamar menjadi anaknya dan mendapat sijil..Tapi dia go on ja dan belajar bersungguh-sungguh...Sebab dia percaya....

TAK PERLU KEJAR KEJAYAAN...TAPI KEJARLAH ILMU...NANTI KEJAYAAN YANG AKAN KEJAR KAMU...

Hebatkan prinsip dia....Aku kagumlah...betullah..kalua kita asyik mengejar kejayaan..tak mungkin kita akan perolehnya lagi...Tapi kalu kita kejar ilmu sudaha pasti kejayaan akan kejar kita..INSHAALLAH...Dia ni bukanlah NERD yang belajar dua puluh empat jam...tapi dia jenih yang seronok belajar..dan menghayati apa yang dipelajarinya...Hahaha kalau ada peti ais dia pomen habis-habisan untuk memahami betul-betul struktur dalam peti ais ni..Tak perlu jadi NERD untuk berjaya...tak perlu takut untuk buat kesalahan..Kerana kesalahan itu adalah guru terbaik kita...




Jadi aku dah nekad aa pun nak jadi lepas ni aku akan redha..sebab akunak bangun semula dan kejar cita-cita aku walaupun  jatuh banyhak kali..Aku nak jadi sahabat ilmu pengetahuan..Aku nak menghayati betul-betul ILMU ALLAH yang sangat luas..Aku nak explore dunia yang penuh keajaiban...AKU INGIN BEBAS dari cengkaman ini..Aku ingin jadi SEORANG YANG CINTAKAN ILMU...Aku ingin bangunkan sesuatu yang memberi manfaat kepada seluruh umat manusia...Aku perlu letakkan kekayaan di bahagian yang agak bawah...Kerana aku ingin meletakkan KEBAHAGIAAN di bahagian atas...Dengan menjadi seorang yang bahagia..andalah orang yang terkaya di DUNIA INSHAALLAH....





Kalau kita jatuh bangunlah semula...Dan apabila kita berdiri semula...Janganlah jadi seperti patung....Bergeraklah bagi mengorak langkah...Dan terus berlari...semakin laju dan tiada henti....

Sama-samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik..SALAM UKHWAH semua...

3 comments:

  1. Wa salute ah sama lu, ranchoddas chanchad! haha.. 3IDIOTS,, sesuai ngan jiwa kita >.<

    ReplyDelete
  2. so true!and we shd learn from other countries which priotize practise more than theory!Unlike us,we,students just vomit all the things swallowed from 4-inch-books back on the papers and tht's just it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnx adilah u always understand what I'm trying to express hahaha

      Delete