TuneList - Make your site Live

Sunday 4 March 2012

ada APA dengan MUSLIMAH ??

Assalammualaikum...sedikit boshan hari ni...Jadi nak tulis belog haha...Kelmarin ada tengok satu video CIK BEAH OSEM...klau nak tgok ini linknya..
Amboi panjang lebaq link dia...Video tu bertajuk MAWAR....mesti boleh jangka kan apa yang dimaksudkan dengan video ni...Mesti ayat ni dah terbentang kat atas kepala...



Wanita ibarat mawar berduri di dalam bekas kaca...Cantik di mata...Namun sukar didekati...



Aku pon tak tahula berapa puluh kali aku dengar ayat ni dalam ceramah...tak pun dalam novel Fatimah Syarha..haha..Tapi sampai bila aku nak dengar jaa...Hemm hati ni kadang-kadang rasa kosong jaaa bila terkenang keadaan diri sendiri...MUSLIMAH...jauh sekali untuk menggelarkan diri aku MUSLIMAH...Terlalu banyak cacat celanya dalam diri aku...Sampai kadang-kadang aku rasa dah tak boleh nak dipulihkan...Tapi aku tak mahulah jadi macam ni selama-lamanya...sebab aku YAKIN dengan firman ALLAH...

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Jadi aku nak memperingat diri aku balik....Talking is nothing..Doing is something..So lets make a change....AMEEN..Macam mana nak mula untuk menjadi seorang MUSLIMAH ni....Sekali lagi nak cakap...MUSLIMAH ni bukan hanya pada PAKAIAN semata-mata...tapi pada AKHLAK,PERIBADI,DAN AMAL SOLEH....Hanya menutup aurat tidak mencukupi sekiranya tidak punya akhlak....Tetapi sekiranya sekadar punya akhlak tapi tak tutup aurat..ibarat baju yang terkoyak....



Okela sekarang ni ramai laa wanit-wanita...yang berani dengan lantangnya menolak HUKUM ALLAH..dengan hujah-hujah yang kelihatan selfish yang berbunyi seperti ini..."Eleh tak semestinya orang yang pakai tudung tu baik...Kalau pakai tudung tapi perangai macam tut2...buat apa.." Wah apa yang aku boleh katakan kepada orang sebegini ialah depa seolah-olah begitu berani melawan perintah ALLAH...Dan sangat kelihatan bertapa prejudisnya mereka terhadap orang yang menutup aurat...MOGA DIBERIKAN HIDAYAH...AMEEN..



Kalau nak tahu pakai tudung ni bukan WAJIB pon...HAH?? APA HANG MEREPEK ni nabilah???? Ehh mana ada aku merepek...USTAZ AZHAR IDRUS yang cakap....Sebenarnya pakai tudung tu tak wajib pon apa yang wajib ialah menutup AURAT...Sapa setuju angkat tangan haha...Tak kisah lah nak pakai apa..janji kamu tutup aurat....Wait a minute....Tutu AURAT oke..BUKAN tutup KULIT...haha syaratnya mestilah LONGGAR tidak jarang...senang kan...Kalau nak bergaya...bergayalah..ISLAM tak pernah halang,,,dan janganlah lebih-lebih kerana boleh menyebabkan berlaknya TABBARUJ...Siyesli tak rimas ka pakai baju ketat-ketat depan orang....haha kat rumah x pa laa.....



Jadi untuk menjadi muslimah yang sejati kena ada ilmu dan amal....Aku rasa ilmu ni ciput sangat...banyak lagi nak kena tahu...So mari mula mengumpul ILMU...Dengan ilmu dangan otomatiknya kena ada AMAL..barulah kita berjaya...Lagu NAZRY JOHANIE bekas ketua kumpulan RAIHAN yang berjudul MUSLIMAH ni memang menyentu hati sebab liriknya sangat menyanjung wanita....

MUSLIMAH

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Oke lirik lagu ni dah full package untuk kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjadi muslimah sejati....AMEEN...Aku tak nak laa mula sorang-sorang..Aku nak ajak kawan-kawan...Supaya meriah sikit perjuangan ini..Jom laa jadi MUSLIMAH...tak rugi malah dapat tiket msuk SYURGA...tak ka besar hadiah tu...Honestly kalau tengok diri aku yang lagha' sekarang ni aku rasa masa aku terlalu singkat untuk aku berlengah-lengah...For those kawan-kawanku..doakanlah aku supaya berjaya..dan aku akan doakan kamu semua...AMEEN....
SEKIAN SALAM UKHWAH =)


No comments:

Post a Comment