TuneList - Make your site Live

Tuesday 6 March 2012

OBSESIKU DENGAN NOVEL....

ASSALAMMUALAIKUM.....hari ini nak tulis belog lagi haha...hari ini nak cakap pasal fevret kesukaan obsesiku...Semua orang mesti ada kegemaran masing-masing...Bohong gila la lau tak dak..tu tak normal namanya...Dalam dunia ni banyak benda sangat yang aku suka...dan ada sebahagian tu tak termilik sampai sekarang...Tu lah manusia nampak dunia ja kan...haha..





Firstly aku memang suka sangat membaca..haha kedengaran nerd gila...Aku suka baca novel...tapi bab-bab buku belajaq ni...kureng sikit..tak tau kenapa....Tapi aku minat sesetengah penulis sahaja yang menepati citarasa aku...Pengarang-pengarang yang berjaya menyentuh hati aku ialah....

NO 1
ANDREA HIRATA


SASTERWAN ANDREA HIRATA
Mesti ramai yang kenalkan....Dialah pencetus LASKAR PELANGI...iaitu filem yang banyak menerima anugerah...Satu aku suka pasal buku2 dia ni...cerita dia adalah mengenai realiti hidup masyarakat kat tempat dia..dan watak-watak dalam ceritanya sentiasa OUT OF BOX....Walaupun cerita dia mostly berbackground kan kampung kat indon..tapi mimpi watak2 lam cita tu melangkaui batas pemikiran...waaa...Banyak inspirasi yang boleh didapati dari novel2 beliau...Beliau telah mengajar untuk terus mengejar mimpi walaupun payah...I LOVE YOU lah ANDREA...memang tak rugi la baca trilogi novel dia ni!!!


Aku ada dua ja EDENSOR dan MARYAMAH KARPOV....
LASKAR PELANGI dan SANG PEMIMPI aku pinjam dekat FILZAH....
Kami bergabung haha..JIMAT
NO 2
HLOVATE



Sapa tak kenal HLOVATE walaupun identiti beliau sangatlah misteri....Karya HLOVATE ni banyak menginsafkan aku...Meskipun cerita dia kita boleh teka dari jahat jadi baik..tapi apa yang dia cuba sampaikan adalah realiti anak muda sekarang..Bahasa dia yang cukup santai membuatkan aku berasa lepak membaca novel2 dia....Dia punya pemikiran jenis yang open minded tapi berlandaskan hukum ALLAH...Sapa yang pernah baca mesti dapat rasa apa yang aku rasa...Memang sesuai la untuk remaja2 yang dok terumbang ambing macam aku ni haha....The best novel of HLOVATE yang aku baca ialah CONTENGAN JALANAN..very2 deep story dan bisa meruntunkan hati yang keras INSHAALLAH


ANTARA KOLEKSI AKU..



NO 3
HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY

HENSEM GAK PAK HABIBURRAHMAN NI

Sapa tak kenal penulis novel yang pernah melakar fenomena melalui AYAT-AYAT CINTA ni...Siyesly karyanya sangat lah hidup dan membangun jiwa..Aku dalam proses mengkhatam semua novel dia...Kalau baca novel dia ni aku rasa macam betul2 masuk dalam cerita tu dan aku watak utama cheewah...Memangla kalau tengok FILEM AYAT-AYAT CINTA tu tak sehebat membaca novelnya...kerana novel itu memang hebat bagi aku dan penuh dengan ILMU....Nanges kot baca haha...Selain tu BUMI CINTA , DALAM MIHRAB CINTA , KETIKA CINTA BERTASBIH ,PUDARNYA PESONA CLEOPATRA....memang aku suggest hangpa baca laaa...Rugi gila tak baca....sangat menyentuh hati dan membuatkan kita terbuai dengan keindahan cinta ALLAH....
KOLEKSI CIPUT

NOVEL NI MEMANG EPIC...TAPI AKU BACA ON9 PUNYA JA HAHA

NO 4
FATIMAH SYARHA NOORDIN

COMELNYA FATIMAH SYARHA

Mesti ramaikan yang pernah baca...Bagi aku dia ni macam bayangan kepada HABIBURRAHMAN laa..sebab karya dia persi karya HABIBURRAHMAN cuma dia dalam skop kat MALAYSIA....Bermula dari SYABAB MUSAFIR KASIH...hati aku memang tersentuh dengan kisah yang cuba disampaikan mengenai perjalanan hidup seorang pemuda yang penuh dugaan...memang best la...Lepas tu aku mula terjebak dengan SEINDAH MAWAR BERDURI diikuti TAUTAN HATI dan PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL...Walaupun bagi aku watak utamanya macam terlalu perfect...tapi aku kagum dengan cara dia nak menjadikan watak tu sebagai contoh...Novel terbaru dia SEBARKAN CINTAMU memang tip top laa....Kalau sapa nak tahu pasal POLIGAMI memang sesuai laa baca...FULL PACKAGE untuk tahu semuanya....memang salute laa kak TIMAH haha...


YANG NI MEMANG MUST READ PUNYA


NO 5
STIEG LARSSON



A LEGEND

Novelis dari SWEDEN yang cukup terkenal dengan novel aksi fiksyen iaitu THE GIRL WITH THE DRAGON TATTOO...Perghhhh cerita dia memang bestlah....Memang rasa aksi-aksi dalam cerita tu....Aku paling suka watak LISBETH SALANDER yang pelik tu haha....Dah khatam ketiga-tiga novel dia yang memang best iaitu THE GIRL WITH THE DRAGON TATTOO, THE GIRL WHO PLAYED WITH FIRED dan THE GIRL WHO KICKED THE HORNET'S NEST...Memangla novel ni agak XXX tapi tujuan novelis ini adalah untuk membela orang yang dieksploitasi mereka punya XXXX...oke faham tak....Sayangnya NOVELIS ni dah meninggal so dah takdak novel yang best dari beliau...



TERBAIK LA!!!

NO 6
DAN BROWN




Yang ni merupakan novelis yang tak perlu diperkenalkan...sebut saja THE DA VINCI CODE mesti semua orangtau kan...Aku suka dengan jalan cerita novel dia yang memang adventure melalui watak ROBERT LANGDON seorang pakar dalam dunia simbol...The best NOVEL yang aku penah baca ialah THE LOST SYMBOL...memang tip top laa....Tapi kalau baca novel DAN BROWN ni kena hati-hati laaa sebab novel-novel dia boleh dikatakan semua berkaitan dengan FREEMASON...dan dia adalah orang yang berpihak pada FREEMASON pada pandangan aku...haha...Jadi baca untuk sekadar mengetahui tak pa kot =)




NO 7
NICHOLAS SPARKS


PAK CIK HENSEM NI MESTI BYK PENGALAMAN BERCINTA
TU NOVEL MELETOP UH....


Kalau novel cinta english aku suka NICHOLAS SPARKS punya novel memang sweet...Hahaha tapi novel cinta BI ni bukan macam novel cinta melayu kawin anak DATO' sana sini...gaduh-gaduh hahaha...klishe laa....Tapi novel N.S memang jalan cerita dia unik...Cinta yang matang laaa...Cinta yang tak disangka...Aku suka DEAR JOHN....JOHN TYREE yang panas baran jatuh hati kat SAVANNAH...JOHN mempunyai bapa yang ada autistik...memang sedeh jugak laa nvel ni...SAVANNAH yang byk tolong ubah hidup JOHN...tapi at last depa tak bersama..lau nak tau kena la baca..haha...THE LAST SONG pon best jugak...ada menyelitkan  pengorbanan seorang bapa...AMAZING FACT abou N.S ni mostly novel dia telah diFILEMkan..AWESOME kan....






Buat masa ini tiada lagi novelis-novelis lain yang berbekas kat hati aku haha...Bagi aku mereka ni memang epic....dan masterpiece mereka memang awesome...Sebenarnya negara kita ramai sasterawan yang TIP TOP...cuma budaya membaca belum benar-benar terserlah di tanah air kita CHEEWAH....Jadi sampai sini saja hahaha...SALAM UKHWAH....


TEDDY AKU PON LAYAN NOVEL HAHAHAHA......

1 comment:

  1. aku suka gilaaaaa hlovate!
    really inspiring motivating and tunjuk kat aku yang semua orang boleh berubah..
    semoga kita ke jalan yang lebih baik :)
    insyaAllah

    ReplyDelete