Assalammualaikum
hidup.Rumah aku senyap sunyi.Sekarang pukul dua pagi.Semua orang dah diulit
mimpi.Macam biasa tengah pagi buta ni lah aku nak hapdet blog.Tajuk entry macam
aneh.Saja nak sembang tentang hidup.Bukankah itu topik yang selalu kencang
dibualkan.Sebab kita masih diberi peluang untuk hidup.Alhamdulillah.
Pendiam.Introvert.Penyengap.Atau
apa saja gelaran yang mahu diberi.Aku adalah salah seorang yang pernah menjadi
pendiam.Malah sekarang masih ada juga.Mungkin ada yang kenal aku rasa aku ni
bising-bising orangnya.Suka bergurau sengal.Tapi aku sebenarnya mengambil masa
untuk develop diri aku agar aku bukanlah sang pendiam.Mungkin sisi pendiam aku
masih boleh dilihat oleh orang-orang yang rapat dengan aku.Aku latih diri aku
untuk petah berkata-kata.Benda ni jadi lebih giat bila aku masuk
hostel.Komunikasi dan teamwork amat diperlukan.Senang kata dari introvert aku
nak jadi extrovert.Apa yang buat aku mahu keluar dari dunia diam itu sebab
orang selalu menganggap yang si pendiam itu pemalu,tidak konfiden atau
anti-sosial.
Berhujah depan
cermin adalah hobi aku.Aku menjadi pendiam kala dulu sebab aku memang begitu
wataknya.Aku suka sangat membaca.Terutama tentang fakta,cerita atau
psikologi.Jadi masa aku banyak di dalam bilik membaca semua buku.Jangan salah
faham aku hanya suka membaca tapi aku agak malas study haha.Aku suka muzik.Masa
kecil aku banyak dihabiskan bersama keyboard.Kalau keluar bermain aku tak tahu
kenapa anak-anak jiran aku yang perempuan tak berapa suka kawan dengan
aku.Kalau aku naik basikal depa kata aku nak show off basikal aku.Kalau aku ada
mainan baru pon kata macam tu.Tapi bab nak pinjam mainan aku tu nombor
satu.Sampai buaian yang ayah aku buat kat aku kat pokok depan rumah pon habes
rosak.Pity me.Aku tak suka melawan apa lagi gaduh.Kalau aku gaduh pon aku akan
menangis diakhirnya.Sebab tu aku lagi suka main dengan kawan abang aku.Budak
lakikisah apa main je la.Segala aktiviti tak bertauliah aku buat.Tapi tak la
semua benda aku ikot.Sebab tu aku lagi suka duduk rumah baca buku.Aku enjoy
dengan apa yang aku buat.Mula lah dunia aku yang pendiam.
Menurut buku yang
aku baca si pendiam ni bukannya pemalu.Ada juga si bising yang pemalu.Malu tu
adalah orang yang takut dengan judgement orang lain.Cumanya si pendiam ni lebih
suka banyak masanya dihabiskan sendirian.Lebih suka berfikir.Dia tak kisah
kalau tak ada sapa-sapa dengan dia asalkan dia enjoy apa yang dia buat.Dan
kerjanya lebih mantap kalau dia buat sensorang.Cuma apabila ramai orang dia
kurang selesa.Jadi tiada salahnya jadi pendiam.Sebab tu antara karakteristik
manusia.Cuma penilaian orang lain yang buatkan golongan pendiam ni rasa
tertekan.Dan merasakan orang di dunia ni semuanya perlu menjadi extrovert.Cuma
kalau anti-sosial tu lain la.Ni cuma pendiam.
Aku cuba menjadi extrovert sebabnya aku nak buktikan pada diri aku yang aku boleh menjadi keduanya.Dan menjadi extrovert kini dah terbiasa dengan aku.Aku suka sembang dengan orang even aku tak kenal.Aku suka kalau diberi peluang untuk bercakap.Aku suka kalau diberi peluang untuk berdebat.Tapi jauh kat lubuk hati aku,aku masih aku yang dulu.Bahagian diri aku yang pendiam masih ada.Cuma ada waktu dan tempatnya.Bagi aku tiada salahnya menjadi pendiam.Dunia kini terlalu menginginkan manusia yang mampu menjual diri mereka sendiri.Contoh yang paling besar adalah interview.Sekarang ni nak layak apa-apa pun perlukan interview.Sosial skill kena besar.Sebab itulah ramai yang introvert kena keluar dari dunia mereka.
Of course we can !! |
Bagi orang yang
pendiam aku amat memahami rasa menjadi begitu.Kita ada salah silah
masing-masing kenapa kita pendiam.Disebalik diam itu ada bakatnya.Kadang-kadang
bakat itu hanya tercurah dikala kita bersendiri.Tetapi dunia amat memerlukan
kita untuk mengeluarkan bakat itu.Bakat yang dikurnia Tuhan itu harus kita
manfaatkan demi kebaikan orang lain.Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi.Diam
tak bermaksud bodoh.Malah lebih banyak kita diam kuranglah dosa kan.Jadi buat
mereka yang extrovert hormatilah golongan yang introvert kerana kita saling
memerlukan.Semua orang ada bakat yang perlu dikongsikan agar dunia ini menjadi
lebih baik.Dan buat para introvert tidak salah mahu mencuba menjadi
extrovert.Sebab bagi aku kita berjaya buktikan yang kita boleh jadi
keduanya.Tapi kalau lebih selesa jadi diri sendiri.Itu lebih baik :D
No comments:
Post a Comment