Assalammualaikum
hidup.Alhamdulillah UPU dah keluar.Aku dapat apa yang aku memang
nak.Sememangnya mak aku hepi gila sebab aku dapat dekat.Universiti yang
terletak di negeri kelahiran aku.Universiti Sains Malaysia.Aku harap pilihan
aku ni akan membawa kebaikan buat aku di masa hadapan.Aku turut hepi buat
kawan-kawan aku yang dapat masuk ke U pilihan masing-masing.Buat yang tak dapat
apa yang dihajati mungkin ini lah titik permulaan kejayaan yang tak terduga.
Yeayyy |
Sains komputer.Alhamdulillah.Aku harap aku dapat curahkan passion aku dalam bidang ini.Dulu main-main programming ingat tak dak lah nak serius sangat.Aku berpegang kat apa yang mak kata kat aku takkan laa adik saja-saja dapat elok untuk subjek tu.Mak abah aku memang menyokong.Mak dengan abah aku open minded.Alhamdulillah.Mereka tak skeptik dengan course ni.Yup mereka berpandangan jauh.Jadi aku memilih bidang ini tanpa rasa ragu-ragu dan curiga.Salah satu aku risau kalau susah nak catch up kalau further dalam engineering yang lain.Sebab aku bukan spesis rajin sangat.Software engineering ^_^ I'll do the best.
Sumpah
tak sabar nak masuk U.Ye lah dok menganggur je kat rumah.Hahaha heksaited dia
tak terkata.Jujur aku katakan aku sayangkan UiTM sebab U itu sangat
memartabatkan anak bangsa.Disitulah aku mengenal erti hidup di
university.Banyak suka duka dengan kawan-kawan.Dengan lecturer-lecturer yang baik
hati yang kenal akan student-student dia dan kakitangan yang helpful.Tapi aku
tak boleh skeptic dengan USM mungkin di situ tidak kurang hebatnya.Tak kenal maka tak cinta.Walau apa
pun UiTM masih ada di hatiku haha.Buat kawan-kawan yang masih dapat meneruskan
di UiTM banggakan UiTM oke.
Rindu gila laa |
Aku
rasa sedih jugak sebab dah berpisah jauh dengan klasmet yang disayangi.Tak pe
bermula di tempat baru akan buat kita lebih kuat.Aku berazam nak buat yang
terbaik.Lagi satu, Penang dah memang bukan orang lain kat aku.Nak balik rumah
pon dalam 30 minit sampaila.So boleh balik selalu hahaha.Tempat dia pon cantik
dan banyak mall.Wallawehh.USM aku datang.Yuran dia sedikit mahal juga.Tapi
takpe USM ni APEX.Dah macam-macam aku gugel fasal USM ni.Menarik.Orentasi dia
siap kena pegi kem.Awesome.Sekarang ni nak kena buat banyak preparation.Barang-barang
tak de lah nak beli sangat.Cuma ada lah “sikit” nak beli.Tak payah bawak barang banyak sangatlah minggu orentasi.Nanti balik rumah amek la haha(bahagia).Borang-borang.Serta
nak study balik programming.Serta persiapan mental dan stamina.Penting tu.Cousin
aku pon ada belajar kat sana.So nak risau apa laa kan.Kampung belah mak aku pon
dekat.USM ni university in garden.Mungkinkah lebih hijau dari PALAM.Esok lusa
nak pegi tengok lah.
Apa yang aku baca dalam buku panduan tu.Tak leh bawak kenderaan bermotor dalam kampus.Baru berangan nak drive.Tapi tu second year baru boleh.Tu pon kena aktif wahaha.Dengar-dengar senior cakap ramai bawak basikal.Wah nak kena bodek mak abah beli basikal laa.Boleh jaga badan.pfffttt.Bilik kat sana tak lah cun sangat.Ye lah U lama.Tapi bolehlah.Janji wifi laju.Tu dah cukup bahagia.Tengok-tengok video kat Youtube badan dakwah USM ni aktif.So aku tak risau sangat.Terjaga lah kot aku.Harap ada kakak-kakak yang sudi kutip aku masuk group usrah haha. :D
Jadi
aku doakan semua kawan-kawan yang lain pon berjaya.Syukur weh kita dapat masuk
U.Orang lain berhempas pulas nak masuk ada tak dapat.Yang penting harapan mak
bapak.Dan tugas kita untuk berbakti.Nanti dah masuk update-update lah
cerita.Kbye.
No comments:
Post a Comment