TuneList - Make your site Live

Sunday, 28 April 2013

Buah fikiran kanak2 rebena PRU13

Assalammualaikum hidup.Baru2 ini mendapat mood yang berkobar-kobar untuk mencoret buah fikiran ini.Acap kali sahaja di corong2 media heboh sungguh dengan politik.Bukak TV3 penoh dengan pro kerajaan.Sampai nak sampai segmen sukan baru laah berita2 ini stop.Aku sekadar suka-suka mendengar hujah2 kerajaan.Lepas tu aku jamu mata hujah2 pembangkang serta penyokong mereka yang tidak ada peluang untuk bersuara di media massa.Aku sebagai golongan kanak2 RIBENA hanya mampu mengangguk2 kadang2 menggeleng2 melihat telatah mereka.Pabila terasa logik kepala kepala ini mengangguk2 tatkala terasa sampah aku hanya mampu membulatkan mata.
 
 
 
Ada golongan di alam maya ini yang hanya tahu menyumbang kata yang menjentik jiwa sesetengah pihak.Masing2 sangat2 kagum dengan parti masing2.Hingga seakan2 hujah mereka mengalahkan calon2 yang bakal bertanding.Mereka lebih mengetahui kelansungan manifesto2 yang dibentang.Lebih pakar dalam soal belanjawan meskipun SPM mereka...(haha x tahulah)Ishh2 hebat betul mereka ni.Aku sering membayangkan mereka ini hanya insan2 kaki intenet yang bertafakur di depan lappy membuka FESEBOK 24/7 mengskrol NEWS FEED x henti2.Mengharap2 ada kotak merah di bahagian atas(notification).Hahaha geek saja.Fakta2 mereka berdasarkan page2 tertentu dan senjata mereka adalah MR GOOGLE yang ada segala fakta dan auta.Aku bayangkan saja laa.Tak tahu lah kalau mostly mereka adalah insan yang berkaliber senantiasa.
 
 
 
Aku sebagai kanak2 REBENA yang belum layak mengundi tidak kisah sekiranya sapa2 hendak menaikkan manifesto parti2 kegemaran mereka.TETAPI.mengapa perlu cemari keharmonian ini dengan menunjal2 sesama sendiri.Rambut sama hitam tapi hati pon sama HITAM laa kot.Apa salahnya perbincangan itu bersifat membina seperti kritik2 membina bukan caci maki bersemburan hina.Aku tahu bukan semua manusia ini sempurna tapi kalau dah ada akal tu kalau aku panggil insan tak sempurna mau kena penyepak.Aduhai Malaysia dah puas bergomoi2 dia singgah YOUTIUB sat bukak GWIYOMI.Oh yeahh sekarang kan dunia social network.Apa saja benda aneh cepat aje jadi TREND nya.Begitulah dunia akhir zaman dimana fitnah itu amat dekat(AL_MASIH).Anak2 muda ada yang ambik tahu.Ada yang suka2 usha.Ada yang x kesah lansung.Masalahnya bagi aku aku hanya mampu menilai melalui mentaliti aku seadanya.Siapa yang menang aku tak kisah asalkan kurangkan KORUPSI tingkatkan PRESTASI.Aku sebagai generas masa hadapan amat perharap tampuk pimpinan ini diwarisi insan sewajarnya.Soal kaum aku tahu ramai orang MELAYU amat mementingkan KETUANAN mereka di tanah yang makmur ini.Dan hal ini menyebabkan kaum2 lain yang kian hari bertambah gah mahu menuntut hak2 mereka yang seakan2 terabai sejak dahulu.
 
Aku amat kagumi ideologi dalam sebuah filem HENDOSTAN yang bertajuk My Name Is Khan lakonan mantap oppa shah rukh khan.Ahjussi dah kot.Dalam tu mak kepada Khan ni ada cakap dekat anak dia dia lukis dua gambar seorang Hindu.Seorang ISLAM.Dan dua2 orang ni bagi gula2 dekat Khan.Dia cakap dekat khan ada beza ke dua orang ni?? Khan cakap x de laa dua2 pon baik.Last2 mak dia cakap dalam dunia ni ada dua jenis orang sahaja baik dan jahat.Tu jeee.Agama itu adalah jalan hidup masing2.Hidayanh itu milik ILAHI.Kita yang dipilihnya harus bersyukur.Namun kita jangan lupa kita diperintahkan untuk berbuat baik sesama makhluk tak kiralah siapa kita.Andainya seluruh dunia boleh berfikiran sebegitu kan bagus.Tapi x dinafikan masing2 amat mementingkan perkauman hingga kita pon kena turut sama berjuang supaya kita bukan dalam golongan yang ditindas.Jadi aku harap anak2 MELAYU tidak muda alpa kerana yaaa mungkin mereka menjanjikan kesamarataan.Namu kebenarannya sekadar mana.Kita harus bersedia kerana dunia sekarang dipenuihi bukan hanya watak baik dan jahat.Malah ada macam2.
 
Aku hanya mampu berdoa agar rakyat jelata membuat pilihan yang bijak bukan untuk kepentingan diri tapi demi kepentingan MALAYSIA.Aku hormati pemimpin sedia ada yang juga banyak menyumbang meskipon ada berita yang x sedap saja didengar(x pasti kebenaranyya).Namun aku juga kagumi sesetengah pemimpin2 dari pembangkang yang punyai kaliber yang utuh.Wait and see.Itu shaja.Harapnya nanti siapa pon yang memerintah harap2 keamanan yang dijana.Jikalau dusta itu benar2 berlaku akan ku bangun berjuang juga menggulingkan tampuk yang hanya membawa durjana itu.Cheeewaah.Aku sayang negara aku dimana aku dapat belajar keharmonian pelbagai kaum.Tapi ada saja pembangkit yang mencetus ketidakamanan ini.Oke sudah cukup cukup sudah aku bebel kat blog.Oke salam ukhuwah.

Random Punya

Assalammualaikum hidup.Hope semua orang yang sentiasa sayangi sihat2 belaka yang dekat mahupun jauh.Aku disini baik2 sahaja.Masih bernafas masih bersyukur.Masih mencari masih terkebil.Itulah hidup yang sebenarnya adalah perjalanan bukan destinasi.Kita harus merasakan diri kita ini asing dari bumi fana ini kerana tempat yang hakiki kita akan kembali adalah di syurga sana.InsyaAllah.Waaaa falsafah habes laaa.
 
Sekarang ini aku tengah ambik HERBALIFE.Hahaha jeng3.Aku sebenarnya dah lama nak guna benda ni sebab dok tengok testimoni2 yang berjaya serta kawan2 yang berkaliber sentiasa dok promote.Then tak sangka pulak mak aku beli masa aku balik.Jadi kami sama2 laaa berHERBALIFE di rumah.Aku bukan laa nak kurus semedang niat aku.Aku risau pasal kesihatan aku.Aku kaget memikirkan lemak2 yang bergumpalan disekeliling jantung aku.Aku risau nanti aku sakit susah nak buat macam2.Allah dah amanahkan badan aku ni suruh jaga elok2.So sekarang ni baru seminggu lebih laa aku guna.
 
 
 
Dalam dok guna ni,aku mula insaf dengan cara hidup aku yang dulu2.Buat yang mengenali aku tahu laa cemana aku makan.Macam x makan seminggu laaa.Depa akan pelik kalau aku tetiba makan sikit.Nasik aku mesti menggunung laa.Lauk pon ikot sama menggunung apa lagi peyott pon jadi laa gunung everest.Bertapa x sihatnya.Kesian usus aku.Then sejak2 ni aku mula makan dengan lebih sihat iaitu breakfast dengan shake,lunch macam biasa dinner dengan shake.Masa lunch tu aku makan sikit je boleh kata 1/4 lebih daripada yang aku biasa makan.Banyak sayur dan buah.Aku dah x dak rasa pedih ulu hati yang aku selalu rasa dulu.Sebab aku belajar adab2 makan Rasulullah.Aku kunyah makanan aku lumat2 dan berhenti sebelum kenyang.Aku pon rasa cepat kenyang.Sekarang ni nak habiskan nasik yang banyak aku dah rasa pelik dan aku x larat.
 
 
 
Dah seminggu aku x minum air manis2.Aku minum air kosong,tea mix(teh dalam HERBALIfE)dengan shake.Alhamdulillah bila minum shake rasa kenyang dan kalau lapar pon minum air sebab tu sebenarnya signal badan x cukup air.Aku pon work out laa tetiap pagi.Disebabkan motivate punya pasal aku dah x bangun lambat.Dan aku rasa makin cergas dan enegertic sekarang.Oke mesti ramai tertanya2 pasal berat.Aku x timbang pon sebab rumah ni x dak penimbang.X beli2 lagi.Asyik lupa ja.Tapi aku boleh rasa kesan dia,seluar dan baju aku dah longgar.Tu baru seminggu.Aku harap kesan ni berterusan laaa jangan laa sekejap jee.Aku rasa badan ringan sikit aa sekarang.So x rugi pon kalau kita amalkan gaya hidup sihat ni.SIYESLY.Tetiap minggu jogg.Doakan aku agar terus motivate dan istiqamah yee.
 
 
 
Oh yaa bila laa result ni nak keluaq yee.Aku memang akan menerima apa sahaja result yang akan datang sebab aku dah buat plan untuk dua kemungkinan.Aku percaya apa yang ALLAH bagi tu dah the best.Kita dah usaha macam mana pon itu yang dah tertulis.Yang penting dah usaha.Aku x nak jadi macam sem lepas betapa aku sukar menerima hakikat.Aku just nak baiki diri aku yang lompang ini ke arah yang lebih baik.Apa yang penting pengalaman aku kat PALAM tu tetap awesome.Aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku pilih.Sebab itu dah ditulisNYA maka aku redha.Oke sampai sini saja.SALAM UKHWAH.

Thursday, 11 April 2013

Sahabat Kapal

Peace be upon my life.Yeahh I know the title is kinda weird.But if you translate it to English.You'll find it normal.Hahaha yeaah friendship.I believe that all of us had been in this voyage of friendship.And for those who don't believe in it maybe you had been betrayed by someone.Beleive me,you'll find someone right for you if you also try to mend yourself.Cause being a lonely soul is no good at all.Our heart need a warm joke and  soothing souls.Actually friends is just like your siblings but being separated for long long time ago.And maybe they are the closest person that you ever had :D
 
 
 
For today I would like to talk about one of my bestfriends.All my bestfriends are special with their own qualities.Non of them could be compared cuz they are truly different with their own characters.The one that I wanna talked about is someone who I just say for farewell.The short moment of the foundation make us have to say goodbye so soon.Hearing her name might be so common.But aborting her name,she is the one who you can rarely find.FARAH AMIRA BINTI ABDUL RAHIM.Okay what can I describe about her is she is pretty,smart and decent.You can see her in person below haha :D
 
GAMBAQ CURI
 
 
 
Honestly for the first time I saw her was in the orientation week.I kept watching her cuz she remind me so much about my bestfriend when I was in high school.PUTRI NURUL ASHIKIN.I'm not talking about their personalities but their looks.Both of them are so lean and pretty.And the most obvious is the spectacles.Hahaha since that I always notice her eventhough I don't know her at all.We only knew each others when I had to sit beside her on a program.I asked for her name and assumed her as a science student but I was wrong.She was in the same boat as me.ENGINEERING.We even held hands together and sang a nasheed about friendship.Unfortunately she did not even remember that was me when I asked her back.LOL.
 
 
 
The story became more interesting when we were in the same class.I never expect that.Since we were in the same block and her house is just above my house,we often be together.We went to class every morning together with other classmates.At the beginning I'm not really close to her,thats because I'm not really know her.I thought she was so girly and decent and serious.How can someone like me who extremely crazy,weirdo and kinda boyish become her friend.Haha how prejudice I am on that time.SORRY.But as time pass by,I get to know her better.She was actually as crazy as me.(maybe more??)And also can be a laugh machine.Since I knew her true colours everything became more colourful.
 
 
 
I could say that she understand me well.I never meet someone who know me very well.Yeahh she is actually so universal.I thanked God for that.I love technology so much.And she was an expert in it.I felt so glad when I talk about all those stuff cuz she understood well about it.So we shared a lot about the technologies and gadjets.She loves K-POP and so me.She likes musics just like me.She so in arts.Thats perfect.We love to talk about art and try to be artistic by opening art class while getting bored in lecture.But we are not similar in everything.Of course it will never happend.haha.I never feel uncomfortable when I talked with her.I felt easy whenever we remained in silence for whiles.Sometimes we always do an endless chatting that we talked about everything.I just love to hear her stories and  never get bored even she told me the same stories(she never notice that haha).
 
She loves to watch PORORO and I started calling her with that name.(sometimes kikiaq)She loves to watch KOREAN dramas(almost all).Besides,she was a brilliant student eventhough she did not exert so much effort.And all she did is stay focus in class.I envied her for that cuz I never really focus in the class.She help me a lot in my studies.Eventhough sometimes she's getting explode when trying to teach me.She try to be patient.I can see her face became all red(almost boiled).Hahaha not everyone can stand with me while trying to teach me.Thanks a lot bucuk.We usually studied together and helped each other.How I miss that moment.When I can't focus in the lecture hall,she always make me focus by asking me questions.And she never let me sleep.She'll find ways to disturb me and keep me awake.But when se was deadly sleepy she will lay her head on my shoulder and take a nap.Actually I am a pillow to my friends in the lecture hall(girls only haha)due to my well developed figure..oppsss...haha.And I don't mind.
 
 
 
What amazed me more about her is,she is the one who can see my sadness when everyone else clearly blinded about it.I don't really like to cry in front of my friends,so I often cried inside.And some time my sob could be heared.I never expect she will pat on my back.And called my name"CHEEE NAAAAB".And that simple action sooth me so much.Maybe she understand that I don't like to be pitied.So she just pat on my back and make sure no one else realised(but after that I'll cry out loud).Thanks for that.When she know I'm so gloomy,she let me to have my space.And when she know that I'm already well she just be neutral with me.And that things really cherish me back.Her practical jokes always make me give out a sincere laugh.I still remebered the night that she saying 'bad word' so much and we laugh like a whore.She seldomly speak all those words without purpose.But on that cheeky night everythings revealed.HAHA.And whenever I asked her something she always have something to give(the answers).Thats amazing.Do you have psychics??
 
I have a lil problem with my room mate,so I sleep at her room so often.What a generous friend,a single bed divided by two and both of us sleep on it.She did not mind at all(I'm not sure bout this cuz I extremely consume space).And we shared lots of stories before we really sleep.The funny things was that she always talk in her sleep.Hahaha it happened all the times while I'm not really sleeping yet.And now I really miss all those nonsense things she spoke(sometimes make sense).The warm and tenderness she gave could never be replaced.And the most precious thing she left me is FAFA.A fat yellow chick.FAFA is taken from her name cuz FAFA look just like her.hahahahaha.To be true,FAFA is F******** damn cute that I can squeeze and hug it.(The gender of FAFA is undefined)That fat chick can reduce my 'rindu'. XD
 
 
 
Before I forget,our most favourite activity is to hang out in front of our block.There were a table and benches that officially ours.ehhhh.Hahaha we will definitely mad if someone else sit there.We used to spend our evening eating,chatting and resting.She and I will lay ourselves on the bench and watched the clear sky.Letting our mind to be free and watch the birds flying so high.Such a splendid moment.haaaaa.The main things to be talked is about life.I love to talk about future with her.She was a person that full with wisdom.I think she was a good observer and grow up based on what she see.And surely she was more matured than me eventhough I am older for a few days.And with her thoughts and opinions made me opened my eyes cuz my mentality is just better than a kid due to my circumstance.Discussing about future and sometimes about marriage.krikk krikk krikk.A part of that,when we got nothing to do at night we will go down to our port and watched the stars.What a great view.The starry sky made me so calm and drifted in my dream.And we even layed for hours.But sometimes the "Pak Guard" always spoil the mood.So many times we get kantoi.haha but then I just love to watch the stars.And I'm not sure if I will do this thing again.hurmmmm...
 

 
 
Now all of that will remain as memories.I hope that I will meet her again.I have to admit that the first night I'm at home after the foundation,I can't sleep well.What a hard night.Without my conscious my tears ran down so much.And when I woke up in the morning my pillow was wet with my tears.I really not ready for the farewell.But to be real,I need to overcome it cuz people come and people go.I just can pray for the best for both of us.To FARAH BUCUK if you read this,forgive me for all my wrong.Thanks for everything.Lets chase our dream and never give up.Lets meet again someday.If you marry with 'someone' from KEDAH surely we can always meet.HAAHAHAHA joking.For those who read this,please appreciate your friends,cuz we never know what will happen.Love them as much as you love yourself(I love you ).We can never live alone in this world.Don't walk behind or in front of your friends.But walk beside them.The journey would be more meaningful and full of bless.May ALLAH bless us and together we seek the key to JANNAH.InsyaALLAH.
 
Another great friends..Bakal ditulis tentang mereka...weeeee
 
Stay healthy pls
 

Monday, 8 April 2013

Sayang....

Assalammualaikum hidup.Disebabkan aku masih belum dapat kerja untuk penuhi kesenggangan ini maka banyak laa masa aku nak hapdet blog yang poyo ini.Kuang3 tajuk hari ini macam gedik semacam ye.Haa nak tahu gedik tak gedik entry ni baca laa.Ceyyy bajet orang nak baca blog dia lettuw.Apa2 je laa.
 
 
Sayang apa khabar dengan mu.Haaa bukan pasal lagu tu yang aku nak habaq mai.Tapi recently aku baru baca SOLUSI edisi ke 53 kot tak silap.Yang agak menyentapkan urat saraf aku dikala aku alpa menelan cikedis-cikedis dunia.Yup apakah yang aku baca tu.SOLUSI mengetengahkan tentang MEZALIMI DIRI SENDIRI.Dasyatkan tajuk dia.Ramai yang menyangka mereka ini benar2 menyayangi diri mereka dengan memanjakan diri ke SPA setiap minggu atau berlari2 atas threadmill.Namun menyayangi fizikal bukahlah prioriti dalam mencintai diri.
 
 
Apa benda laa menzalimi diri sendiri ni??Well dalam erti kata mudah yang lain ialah kita melanggar segala perintahnya.Analoginya macam ni kita ni suka sangat makan benda manis.At last kita dapat "sweet pee"yakni kencing manis.Salah kita laa makan banyak sangat benda manis.Kita dah zalimi diri kita yang sihat padahal kita boleh elak dan kita tahu makanan manis membahayakan jika berlebihan.Haaa macam tu laa lebih kurang.Kalau kita ni banyak buat dosa last2 neraka laa jawabnya.Tak ke kita menzalimi diri kita sendiri.
 
 
 
 
Kata lawan bagi zalim ialah adil.Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.Jika kita selalu menghukum orang lain zalim kerana menindas kejam dan sebagainya,dalam x sedar kita pon zalim jugak sebenarnya.Zalim pada diri sendiri.Zalim pada diri sendiri adalah punca kita zalim pada orang lain.Ye laaa bila hati dah kelam mula lah macam2.Entah2 kita ni lebih zalim dari Adolf Hiltler.Di balik muka2 yang innocent tu mungkin terlindung seorang yang sangat zalim.
 
 
 
Tak kesian ke kat diri kita bila kat akhirat nanti.Ye laah kita ni main buat benda ikut suka hati kita.Ye laa ada yang kata kubur lain2.Hebakk mu hebakk.Kita mengumpat orang kita zalimi diri kita.Kita lawan cakap mak bapak kita zalimi diri.Kita saji mata kita dengan benda yang "baik" kita zalimi diri kita.Banyak sebenarnya jenayah kita kat diri kita.Moga kita dijauhi dari menjadi golongan yang rugi sebab kita sebenarnya tahu.
 
 
 
Jadi solusinya kita kenalah sayang kat diri kita.Aku pon rasa bersalah sebab dah banyak kekejaman aku buat kat diri aku.Sekarang aku nak belajar SAYANG diri aku.Hemm biarlah sikit2 asalkan terkesan dihati.Cemana nak SAYANG diri ekk?? Amal makruf nahi munkar laaa.Cakap senang nak buat tu depend laa kat diri sendiri.Kat dunia yang maha luas ni banyak benda baik kita boleh buat.So don't waste it laa.Kalau kita wat benda baik kita dah labur saham kat akhirat.Diri kita yang dapat benefit nanti.
 
Oke laa sampai sini saja apa yang aku nak tulis hari ni.Ada rezeki leh tulis lagi.Banyak benda aku nak tulis sebenarnya.Bagi mengingatkan diri aku yang selalu lupa.Jom sama-sama kita mencari yang MAHA SATU.Rahmat ALLAH tu sangat luas jangan pernah putus asa.INSYAALLAH...Oke SALAM UKHUWAH :D

Saturday, 6 April 2013

Belajar menerima dan mencintai DIRI

Assalammualaikum hidup.setelah sekian lama tidak menghupdate blog.Hari ini rasa nak update blog.Sebab sekarang ini akan wujud waktu senggang yang sangat panjang.Hal ini kerana saya dengan rasmi nya telah mengakhiri kisah saya sebagai seorang pelajar asasi PALAM.Weeehaaaa kelegaan sementara yang dirasai amatlah menyamankan walhal result akan keluar tak lama lagi.Bagi mengisi masa kosong sepanjang cuti ini masih dalam perancangan.
 
 
 
Oke berbalik pada tajuk entry kali ini.Aku rasa benda ini amat perlu aku tahu.Yelah kita sebagai manusia ni selalu je rasa tak cukup.Kita nampak orang lain punyai segalanya.Kita hanyalah picisan-picisan sahaja.Aku akui aku pon selalu gak laa rasa camtu.Dan at the same time aku rasa down gila.Aku rasa I got nothing.Tapi bila aku pikir2 balik.Semua yang tuhan dah plan kat kita ni dah cantik.Kita cuma kena laluinya dengan baik agar kita makin dekat dengan ALLAH.
 
Setiap manusia ada kekurangan ada kelebihan.Sebab itulah kita saling melengkapi.Tak semestinya kalau orang itu pandai melukis,kita pon nak kena pandai gak.Tak salah tu,manusia ini dilahirkan dgn genetik yang unik bagi setiap seorang.Jadi mustahil lah untuk kita ada abiliti yang sama.Kalau sama pon caranya berbeza.So tak payah laa kita nak rasa down dengan hal2 macam ni.Mungkin laa kita ni agak terperuk sikit dengan mentaliti orang kita.Haa apakah mentaliti tersebut....
 
 Masyarakat kita hanya spesifikasikan kepandaian tu hanya pada angka dan tulisan.Atau erti kata lain akedemik semata-mata.
 
Haa.Betul ke tidak aku tak tahu laa.Tapi yang selalu aku nampak macam tu lah.Sebenarnya skop kepandaian tu amatlah luas.Cuma yang paling diiktiraf tu akedemik laa.So tak payah laa kita risau akan statement sebegitu.Sebab kalau kita risau kita pon sama je laa.Apa yang boleh kita buat ialah keep think positive dan terus berusaha menggilap apakah kelebihan kita.Sebab kalau nak terus dengar apa orang kata atau menerima pandangan2 yang terlebih darjah umpama menadah tangan mengumpul tahi.Ehh.haha maksudnya useless laa.
 
 
 
 
Diri kita memanglah tidak akan pernah perfect.Jadi janganlah kita terlalu kejarkan kesempurnaan yang tak bersebab.Tapi setiap hari tambahlah ilmu kita,belajar benda baru,baiki kesalahan lalu untuk menjadi lebih baik.Kita mestilah sentiasa optimis dengan apa yang kita buat.Janji apa yang kita buat tu x melanggar syariat.Hemm tak semestinya kalau kita gagal hari ini kita gagal selamanya kan.Haaa jadi kita kenalah rancang hidup kita betul2 agar x menyesal.Perancangan kita janganlah hanya tertumpu pada yang tinggi.Tapi plan laa jugak hidup kita andai kata kita tidak dapat apa yang sebenarnya kita inginkan.So x de laa kita cuak sangat andai ada apa2 jadi.Sebab itulah kita kena belejar terima diri kita seadanya.Agar kita ni jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
 
Kalau kita asyik nak bandingkan kita dengan orang lain.Kita memang x kan pernah rasa cukup.Sebab dah terang tant tang Allah jadikan kita ni berbeza2.Salah satu solution untuk masalah ni ialah, tak perlulah kita nak berlumba dengan orang lain,tapi lumbalah dengan diri kita sendiri.Kalau hari ini kita malas baca Al-Quran,besok2 kita rajin baca Quran siap tafsir lagi.Haa lumba dengan diri sendiri ialah kita mengatasi diri kita yang dulu untuk jadi lebih baik.Konsep ini amat simple.So x de lah kita nak rasa iri hati ke sakit mata ke tengok orang lain.Sebab tu lah kita kena sentiasa berlapang dada.
 
 
 
Oleh itu,belajar lah untuk menerima setiap inchi diri kita  sendiri.Sebelum kita layak mencintai orang lain kita kena tahu macam mana nak cintai diri kita dulu.So kalau2 rasa nak give up tu jangan laa.Sebab hidup kita kat dunia ni dah ditulis cantik oleh ALLAH.Cuma kita lah yang harus bijak memilih cara yang tepat untuk menyusuri jalan yang indah itu.Well bila aku fikir balik,banyak benda lagi yang aku x buat.Dan aku x da masa nak rasa give up.Hidup kat dunia ni adalah ladang akhirat.So stop worrying and start living.Sebab semua masalah tu ada solusinya.Hemm hiduplah dengan niat untuk berbakti semula kepada dunia dan manusia.Itulah yang sepatutnya.Segala bentuk kekayaan dan kesenangan janganlah dijadikan matlamat hidup tapi jadikan sebagai alat untuk kita capai kejayaan.
 

 
Sampai sini je entry kali ni.Aku nak kena tengok2 balik hidup aku.Agar aku dapat merealisasikan impian aku untuk mencari yang MAHA SATU.Sesengguhnya rahmat ALLAH itu sangatlah luas.Oke bye.SALAM UKHUWAH :D